Mari join..:)

Wednesday, April 23, 2014

Nurani.

Ni bukan tajuk lagu Eisya yang femes dulu tu,tapi tajuk lagu Kristal. Lagu wajib bila gi karaoke. Ada kenangan la. Satu,sebab Razlan. Dua,sebab aku pernah 2 kali gi karaoke dengan dia dan kali pertama tu,aku suka nak nyanyi lagu tu. Pastu kali kedua gi,dia nyanyikan lagu tu. Suara dia ada sikit macam Razlan. Hehe.

Jangan menangis..nurani
Jangan bersedih..nurani...

Paling sedih part tengah tu...
Biarkan saja masa..yang membongkar rahsia..
Mengapakah kita bertemu dan berpisah..
Sedang cinta kita.. bukan kita yang menyusun..
Awal kisah..sampai ke akhir cerita..

Ni la persoalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri. Bila aku berfikiran rasional,aku akan tengok orang lain dan fikir,kisah orang lain lebih tragis dari aku. Aku baru kena sikit. Aku patut bersyukur. Masa rasional aku fikir,ni perkara biasa. Semua orang akan rasa. Semua orang akan lalui. Lepas alami macam2,baru la manusia akan matang. Tapi bila rasa hati tu menekan, terasa dunia tak adil. Rasa nak membentak. Macam budak tak dapat mainan. Eh tapi masa aku kecik aku tak gila benda. Aku faham keadaan kalau ayah mak tak belikan. Aku just fikir,bila aku ada duit sendiri nanti aku gi beli sendiri. Dan seingat aku,memang aku jarang mintak dibelikan benda. Takut ditolak.

Balik dari amik kete kat ipoh. Mak dan adik naik dengan aku. Mak cite pasal majlis tunang sepupu aku. Dah cite tu mak tanya "kau camne?mak dia tak cakap pape?" cepat aku geleng dan tukar topik. Aku dah agak soalan ni akan keluar. Memang mak ingat aku akan kawin dengan dia. Maklumlah,dia pernah datang rumah. Mak dia pun pernah berkunjung ke rumahku. Pernah aku cuba menerima orang lain,aku cerita pada mak. Tunjuk gambar lagi. Tapi mak aku tak minat pun nak tanya lebih2. Nama ke apa,dia tak tanya pun. Aku saja berkisah pada mak yang aku ada orang lain,menipu diri sendiri,mak,adik2,juga Gemok. Tapi tak berhasil pun. Sebab aku bukan suka pun. Kiranya special juga lah dia tu sebab mak aku dah terima. Tapi terima pun,bukannya bakal bersatu. Restu memang penting,tapi tanpa jodoh apa yang kita bole buat pun.

Aku benar2 tak kuat kali ni. Tak seperti masa lalu. Mungkin sebab dulu cuma crush,tanpa apa2 hubungan maka mudah melupakan dan melepaskan. Yang ini,satu yang benar istimewa...

Ya Allah,bantulah aku.

No comments:

Post a Comment