Mari join..:)

Wednesday, April 23, 2014

Nurani.

Ni bukan tajuk lagu Eisya yang femes dulu tu,tapi tajuk lagu Kristal. Lagu wajib bila gi karaoke. Ada kenangan la. Satu,sebab Razlan. Dua,sebab aku pernah 2 kali gi karaoke dengan dia dan kali pertama tu,aku suka nak nyanyi lagu tu. Pastu kali kedua gi,dia nyanyikan lagu tu. Suara dia ada sikit macam Razlan. Hehe.

Jangan menangis..nurani
Jangan bersedih..nurani...

Paling sedih part tengah tu...
Biarkan saja masa..yang membongkar rahsia..
Mengapakah kita bertemu dan berpisah..
Sedang cinta kita.. bukan kita yang menyusun..
Awal kisah..sampai ke akhir cerita..

Ni la persoalan yang selalu aku tanya pada diri sendiri. Bila aku berfikiran rasional,aku akan tengok orang lain dan fikir,kisah orang lain lebih tragis dari aku. Aku baru kena sikit. Aku patut bersyukur. Masa rasional aku fikir,ni perkara biasa. Semua orang akan rasa. Semua orang akan lalui. Lepas alami macam2,baru la manusia akan matang. Tapi bila rasa hati tu menekan, terasa dunia tak adil. Rasa nak membentak. Macam budak tak dapat mainan. Eh tapi masa aku kecik aku tak gila benda. Aku faham keadaan kalau ayah mak tak belikan. Aku just fikir,bila aku ada duit sendiri nanti aku gi beli sendiri. Dan seingat aku,memang aku jarang mintak dibelikan benda. Takut ditolak.

Balik dari amik kete kat ipoh. Mak dan adik naik dengan aku. Mak cite pasal majlis tunang sepupu aku. Dah cite tu mak tanya "kau camne?mak dia tak cakap pape?" cepat aku geleng dan tukar topik. Aku dah agak soalan ni akan keluar. Memang mak ingat aku akan kawin dengan dia. Maklumlah,dia pernah datang rumah. Mak dia pun pernah berkunjung ke rumahku. Pernah aku cuba menerima orang lain,aku cerita pada mak. Tunjuk gambar lagi. Tapi mak aku tak minat pun nak tanya lebih2. Nama ke apa,dia tak tanya pun. Aku saja berkisah pada mak yang aku ada orang lain,menipu diri sendiri,mak,adik2,juga Gemok. Tapi tak berhasil pun. Sebab aku bukan suka pun. Kiranya special juga lah dia tu sebab mak aku dah terima. Tapi terima pun,bukannya bakal bersatu. Restu memang penting,tapi tanpa jodoh apa yang kita bole buat pun.

Aku benar2 tak kuat kali ni. Tak seperti masa lalu. Mungkin sebab dulu cuma crush,tanpa apa2 hubungan maka mudah melupakan dan melepaskan. Yang ini,satu yang benar istimewa...

Ya Allah,bantulah aku.

Saturday, April 19, 2014

Kerana mu.

Kerana mu kujadi begini..pernah dulu ku fikirkan kau yang tercipta untukku..dulu kutak berani melangkah kaki ke arah percintaan kerana tak sanggup dilukai..akhirnya kau tiba..datang bagai pelangi dalam hidupku..kemudian berubah dan melupakan aku..

Salahku..aku yang tidak memahami mahumu..dan bukan yang terbaik untuk kau rindu...

Kini aku tiada tempat lagi di hatimu..tidak kelihatan lagi cinta di matamu..tapi kaumasih sudi membantuku dengan sedaya upayamu..aku berterima kasih..tapi tak mampu untuk menzahirkan..kerana tidak mahu bahagia itu membuahkan harapan dalam hatiku..maafkan..

Kerna Asmara..

Kerna ku terlalu percaya
Pengorbanan ku pastikan terbalas akhirnya
Kerna ku terlalu setia
Tak mungkin berpaling walaupun terduga

(Bridge)
Namun semua itu
Tak lagi bererti
Takkan pernah lagi
Jadi nyata

(Korus)
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini
Tak pernah melihat diri ini
Walau sering ku di sisi
Kerna mu, kerna kamu ku jadi begini
Tak pernah melihat diri ini
Walau sering ku di sisi
Oh kasih ku...

Shazzy:
Malasnya ku melihat kau menghukum diri sendiri
Tanpa sebarang kata mudahnya dia melangkah pergi
Apa gunanya bersedih, apa gunanya bercinta
Sekiranya hati tidak diberikan sepenuhnya

Kerna asmara yang ku puja
Hanya tinggal bayang-bayang di dalam hidup ku
Kerna asmara yang ku damba
Hanya sebuah bisikan pilu di jiwaku

Saturday, April 12, 2014

Ni awek uncle eh?

Malam tadi Gemok belajo buat pizza ngan kakak2 dan abang2 ipa dia. Aku tengok sekejap pastu gi duduk ngan anak buah dia. Alya dan haris.

Aku sampai mula2 tu Alya dok haiiiiiii sambil lambai2 kat aku excited. Kan kerap jugak jumpa. Pastu dah lama duduk tu. Bole pulak dia tanya nama aku apa. Haha

Aku malas nak jawab. Aku gelak je. Pastu dia cakap "ni awek uncle eh?"

Huhu. Bahagia setaman sekejap. Jap jela. Sebab bukan betul pun.T.T

Jodoh pasti bertemu...

Hurm...lirik lagu afgan untuk kuhayati....

"Jodoh Pasti Bertemu"
(haa aaa...haa aa)
andai engkau tau betapa ku mencinta
selalu menjadikanmu isi dalam doaku
ku tahu tak mudah menjadi yang kau minta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu
andai engkau tahu betapa ku mencinta
ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
(ku tuliskan dinadiku, kau yang tercipta untukku, akan memilikimu)
ooooo
jika aku bukan jalanmu
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
(jika aku bukan jalanmu)
ku berhenti mengharapkanmu
jika aku memang tercipta untukmu
ku kan memilikimu
jodoh pasti bertemu... 

Wednesday, April 2, 2014

3weeks.

Takut dengan pertambahan usia.sobsss.

Dinner semalam.

Semalam tengahari kantin buat chicken chop. Tapi aku tak lalu makan. Tak selera. Pastu makan jagung n pisang je. Pastu lapar beli keledek goreng.

Pukul 4.30 ingat nak makan. Semangat nak order. Sekali tak boleh. Sobsss. Terus mesej Gemok cakap nak makan chicken chop. Huhu motip sangat padahal tengahari tak nak makan aku kate chicken chop tu.

Balik tu lepas bagi kek2 kat customer. Kami bergerak la. Aku cakap nak makan aidys. Tapi dia cakap jem nak ke sana. Jalan lama dan highway jem. So gi cari kedai western food area sini je. Sampai nak dekat Tol Jawi. Punya jauh.huhu. Dia cakap ni nak balik kampung dia ke ape. Huhu.

Dah kami cari kedai tepi jalan je. Bukan taw sangat kedai makan area sini pun. So order la grilled chicken chop. Dia order chicken chop black pepper. Lepas order aku nyesal. Nak tukar.tapi dia tak mau.T.T

Dah sampai. Aku dok wat puppy eyes tapi dia dok makan fries tu dengan sangat berselera. Tetiba pastu dia tukar pinggan ngan aku. OMG! Terharuuuu. Huhu

Aku pulak rasa bersalah. Tapi dia makan dengan lahapnya je. Aku offer ayam aku pun dia tak mau. Dia makan sesudu je ayam aku. Dahla ayam tu lagi besar dari yang grilled.huhu tapi sebab lapar. Habisssss. Aku cakap kat dia semalam perut aku sengkak masa nak makan set nasi kat kedai tomyam tapi arini aku memang lapar. Huhu gemukla aku.T.T


Maaf.

- Maafkan saya yang selalu buat awak marah,         
-Maafkan saya yang selalu ganggu awak,        
- Maafkan saya yg selalu menjadi beban kepada awak,         
-Maafkan saya yg selalu merindui awak,         
-Maafkan saya yg x leh menjauhkan diri dari awak,         
-Maafkan saya yg terlalu mencintai awak,         
-MAAF kalau saya tak seperti yg awak inginkan... 

Kadang² kita penat KEJAR ORANG YANG TAK PERNAH PANDANG kita. Penat NAK JAGA HATI ORANG sampai HATI SENDIRI TAK TERJAGA..          Penat TUNGGU ORANG YANG LANGSUNG TAK SEDAR KEHADIRAN kita. Tapi disebabkan ada PERASAAN SAYANG, kita bertahan dalam TANGISAN   

Budak PTS.

Fizah bagi rajah ni kat grup whatsapp tadi. Dia cakap huda hang mesti bole jawab sebab ni soalan PTS dulu. Yup kami dua2 budak PTS. Soalan camni memang banyak masa tu.

Asal sebut budak PTS je orang cakap budak pandai. Sedangkan aku guna alasan budak PTS tu bila result tak berapa memberangsangkan. Aku cakap "takpela result kureng pun,otak tak sampai tahap tu lagi. Bila result ok,alhamdulillah sebab mak ayah hepi. Huhu.

Gemok pulak cakap,

"Nasib baik xlompat.kalau x kurang kemahiran hidup..zzzz"

Cis.