Mari join..:)

Tuesday, March 25, 2014

Nak kawing please!

Sejak masuk JCY,ramai kawan2 perempuan yang nak berkahwin,baru berkahwin,sedang mengandung dan baru habis pantang. Macam berganti2. Lepas sorang melahirkan,habis pantang,seorang lagi pulak cuti bersalin. Hehe.

Kak Gemok aritu pun baru bersalin. Rasa hepi dapat pegang newborn baby.

Melihat sinar kebahagiaan di wajah ibu2 dan bakal ibu tersebut,aku jadi kepingin....

Dah lama aku rasa nak kawin. Ayat gatal. Tapi niat aku nak berkahwin ialah nak teman. Teman lelaki tak masuk dalam senarai apa-yang-aku-nak sebab kapel cuma hubungan yang rapuh. Bila2 masa boleh ditinggalkan. Dosa pun ya. Dan aku tak pandai nak ber romantika de amor. Masa belajar. Teringin juga nak bercinta. Tapi masa tu duit selalu takda. Bercinta nanti kena pikir duit topup. Beli baju,mekap cecantik. Aku takde duit lebih untuk semua tu. Pikir nak guna duit yang mak ayah cari dengan bersusah payah untuk bercinta,aku tak sampai hati.

Masa form3(flashback jap) aku ade rapat dengan sorang senior form5. Masa form 1 ada program "couple". Kita cabut undi. Nasibla dapat dengan sapa pun. Biasanya  akan dapat senior atau junior. Takde yang dapat sebaya. Masa tu aku tak rapat sangat. Masa form3 akak bilik aku rapat dengan kak ro-z ni. Dia cita kak ro-z ni ada masalah dengan family sampai cakap nak kawin cepat. Aku rasa kesian. So aku tulis surat (kononnya sebagai galakan) pada dia,in english. Poyo je. Pass kat akak tu je.

Dan kak ro-z reply. In arabic! Adoiyai,mentang2 la kelas Thanawi. Eh cop. Thanawi ke akaun tah. Lupa. Yang aku ingat jelas dia ketua rumah sukan Tun Timah masa tu. Err pun ingat2 lupa. Huhu. Yang confirm bilik RKBA. Ni aku ingat. Sebab masa form1 bilik dia bertentangan ja dengan bilik aku.

Pastu kak Ziha yang satu bilik aku tu yang tolong baca dan translate. Hehe layankan aje la aku yang manje ni kan. Hahaha. Aku ingat lagi,kak ro-z tu ada bagi aku satu fail dengan buku2 motivasi. Rasa hepi jugak masa tu sebab dia macam hargai yang aku care pasal dia dulu. Lepas tu dia ada adik angkat,aku macam ter-jeles. Ter ok. Huhu. Takpela aku ni pun bukan jenis yang pandai berhubungan. Sebab tu la teman lelaki pun tak pernah nak cari. Takut orang tu bosan dengan aku,sebab aku tak pandai layan dia. Yup,tu la reason sebenar aku. Nak sweet2 ke,wish gud morning,gud nite. Pastu nak2 pulak kalau dia tak reply,sah2 aku takkan sweet2 sangat dah. Ape pun orang tu kena start dulu. Pastu ikut kepala aku la nak sweet time bila,kena bersabor jela dengan aku. Hahaha. Untung tau,sebab orang yang istimewa ja dapat sweet2 dengan aku. Huhu. Tu pun kalau orang tu hargai la aku. Jangan2 dia rasa biasa ja,aku yang syok sendiri. Sobsss.

Aku rasa aku ni tak matang. Ape pun rasanya laki tu kena la lebih matang dan kena la penyabar dengan aku. Sebab tu la kot kena cari suami yang cukup solat 5waktu. Sebab lelaki yang solat sentiasa sabar dan tenang. Dan yang penting,lelaki tu tau apa yang aku tak tau. Aku blurrr orangnya,clumsy, macam2 lagi. Tak kisah dia belajar tahap mana,asalkan dia tau benda yang aku tak tau. Sebab tu aku suka orang yang jenis hands on,teknikal punya orang. Sebab tangan aku jenis takda kemahiran langsung. So anak aku nanti tak la kesian sangat. Huhuhu. Aku tuptap komputer,kalkulator bolehla. Takpe,yang tu boleh serah kat aku. 24jam pun bole ngadap. Hehehe.

Lepas beberapa ratus episod duka, aku tak taulah akhirnya laki mana la yang akan terima aku. Nak kat yang rajin mengaji,dia tak mau. Nak kat yang biasa2 xhensem tapi bila borak boleh masuk,hmm tak mau jugak. Orang2 yang penah suka aku,aku rejek sebab belum apa2 dah suka. Dok analisa aku macam2. Scary pulak. Haha. Oh rejek sebab kaya pun penah. Maaf aku orang kampung je,nanti family aku rasa tak setaraf pulak. Eh ni aku memilih ke ni?hahaha.

Aku rasa dalam 2tahun lagi kalau tak kawin jugak. Aku nak amik anak angkat. Bab jaga anak aku takde masalah. Aku memang tak sabar nak ada anak yang boleh dimanjakan dan sayang aku as mom. Walaupun tak pro,tapi banyak la jugak timba pengalaman dah. Adik2 kan ramai.T.T

Nak cari anak angkat mata sepet. Huhu.



No comments:

Post a Comment