Mari join..:)

Saturday, March 1, 2014

Azam bersenam.

Minggu lepas K.ilya+mila ajak join badminton. Budak2 JCY semua. Perempuan ja kot. Nak buat 2/3. Raket pinjam depa punya. Bayar RM20. Liga beregu. Aku boleh pi join. Huhu.

Lepas bagi nombor badge (J000521) aku ok ja. Bila dah Khmais aku da nervous. Rasa nak tarik diri la pulak. Aku penah main pun zaman bila dulu. Belajar main masa sekola rendah. Tak pernah main serius. G pun tak bagi aku main. Sebab taw aku ni dah berapa lama tak main. Nanti tangan terketar ketar katenye. Huhu. Tapi aku nak jugak main. Siap nak beli kasut. Raket.Tracksuit semua. Dia cakap kat aku raket rm300 paling murah. Pastu semalam dia gi carrefour belakang umah dia tunjuk Yonex RM59 ja. Aku mula la nak jogging la ape la baru2 ni. Sebab sedar aku tak pernah hidup cara sihat. Kalau tak jogging nak berbasikal. Nak pinjam basikal G tapi kena angkat masuk umah yang tak larat. Berat jugak aku rasa. Tapi aku prefer basikal dari jogging. Haha. Semalam aku mintak G bawak aku beli kasut dan track. Aku balik OT 7.30. Pastu kami gi pekan BM. Ada yang ringan dan murah RM29 ja kot. Tapi macam kasut budak sekolah. Gi Perda pun RM39 tapi tak berapa selesa aku rasa. Last gi Pacific kedai BATA. Haha. Rm65.90. Dah tu baru teringat tak beli tracksuit lagi. Adoiyai. Pusing balik gi Perda tengok uptown. Letih ooo. Dah dapat semua dia cakap "tengokla berapa lama dia nak jogging ni." Hoho. Aku nak beli track 2helai pun dia tak bagi. Tak nak aku bazir. Malam tadi kol 3lebih baru tido so pagi tadi tak jogging la. Harap la petang ni aku boleh gi jogging. Rumah sini petang2 ramai orang kat padang depan blok aku ni. Segan la. Nak jogging sampai umah kak Ilya pastu pusing balik. Tengok mampu ke tak. Huhu.

No comments:

Post a Comment