Mari join..:)

Monday, March 31, 2014

Menjaga hati yang rapuh

Amin ya rabbal alamin...

Happy Monday!

Di pagi Isnin memohon kesabaran. Huhuhu.. Nampak tak motifnye? Paham2lah Isnin mesti semua lemau semacam je kan. Huhu.

Ape pun. Aku harapkan menjadi orang yang sabar dan tenang macam dulu. Entah kenapa aku boleh berubah...hurmmm..

Aminnnnn

Saturday, March 29, 2014

Fon baru.

Setelah genap 2tahun menggunakan Samsung Galaxy Y. Akhirnya aku mendapatkan fon baru. Lenovo A850. Nampak tak kekedekutan aku di situ. Berapa tahun baru tukar fon. Ayah aku dah berapa bijik fon dah dia pakai. Dila dan Gemok pun.

Y ni okey je. Cuma tak puas je sebab skrin kecik. Aku suka surf tenet. So banyak limitation. Huhu.

Gemok aritu dok sentap ngan aku. Sebab aku banyak merungut pasal Y ni. Slow la. Asyik hang la. Memory asyik full la. Kan dia yang suggest aku beli Y dulu. Tu yang sentap. Pastu aritu marah dengan dia. Aku penah la hempas tepon. Garang pulak aku ni. Sobss.

Ape pun. Fon baru ni pun dia yang beli. Y ni pun dah uzur rupa luaran dia. Memang patut gak la tukar. Fon baru ni takla mahal mana pun. Aku kan kedekut. Dia mintak murah, jadi RM580 kot semua sekali. Sekali cover pink belakang. Memory card semua.

Ape pun. Thank you.

Friday, March 28, 2014

Kalau nak cari jodoh..

Dalam mencari jodoh tidak perlu menuntut yang sempurna, dan mempersulit keadaan yang sebenarnya sederhana.
Karena pada kita juga kelemahan itu selalu ada, namun sempurnakanlah niat awal kita.
Jika ia penuh berkah dan ridha dari-Nya, maka titik kemuliaan menjadi seorang manusia, Insya Allah akan dimudahkan oleh Allah untuk ada dalam diri kita. 

Tak perlu yang sempurna..Andai kata bersamanya menjadikan diri kita lebih baik. Mungkin itulah yang terbaik bagi kita. Allah bagi apa yang kita perlu,bukan apa yang kita mahu...

Dia sayang aku.

Orang yang menasihati kita adalah orang yang sayang kita walau bagaimanapun cara dia tunjukkan. Tapi lumrahnya hati tidak dapat menerima teguran kerana kita tidak dapat menerima kenyataan segala yang dinasihatkan itu sesuatu yang betul tentang kita.
kadang2 kita perlu merendahkan ego yang ada, untuk sesuatu yang lebih bermakna. 

Terima kasih...

Thursday, March 27, 2014

Kan?

Setuju 100%

Akhirnya...ada kipas

Bilik aku kat rumah baru ni takda kipas siling. Pastu sejak duduk dari awal bulan 2 tu memang aku tido dalam bilik je. Bukak pintu bilik luas2. Dahla musim panas ni. Penah tido kat luar. Tapi tak nyenyak. Sekali tu pulak. Pejam mata ja nampak ada benda tengok aku. Sejak kejadian keluarga aku di'buat' dulu. Aku percaya benda yang aku nampak guna mata hati tu. Tu yang terus tak berani tido lua. Dahla muka scary,berdarah,mata merah. So panas camna pun. Tido bilik. Akhirnya dah tak tahan. Mintak Gemok beli kipas. Patutnya dari awal beli dah. Tapi nape entah dok berlengah. So sampai la kipas malam tadi. Jadi la kan. Malam tadi dia mesej aku "tido nyenyak la .

Tuesday, March 25, 2014

Nak kawing please!

Sejak masuk JCY,ramai kawan2 perempuan yang nak berkahwin,baru berkahwin,sedang mengandung dan baru habis pantang. Macam berganti2. Lepas sorang melahirkan,habis pantang,seorang lagi pulak cuti bersalin. Hehe.

Kak Gemok aritu pun baru bersalin. Rasa hepi dapat pegang newborn baby.

Melihat sinar kebahagiaan di wajah ibu2 dan bakal ibu tersebut,aku jadi kepingin....

Dah lama aku rasa nak kawin. Ayat gatal. Tapi niat aku nak berkahwin ialah nak teman. Teman lelaki tak masuk dalam senarai apa-yang-aku-nak sebab kapel cuma hubungan yang rapuh. Bila2 masa boleh ditinggalkan. Dosa pun ya. Dan aku tak pandai nak ber romantika de amor. Masa belajar. Teringin juga nak bercinta. Tapi masa tu duit selalu takda. Bercinta nanti kena pikir duit topup. Beli baju,mekap cecantik. Aku takde duit lebih untuk semua tu. Pikir nak guna duit yang mak ayah cari dengan bersusah payah untuk bercinta,aku tak sampai hati.

Masa form3(flashback jap) aku ade rapat dengan sorang senior form5. Masa form 1 ada program "couple". Kita cabut undi. Nasibla dapat dengan sapa pun. Biasanya  akan dapat senior atau junior. Takde yang dapat sebaya. Masa tu aku tak rapat sangat. Masa form3 akak bilik aku rapat dengan kak ro-z ni. Dia cita kak ro-z ni ada masalah dengan family sampai cakap nak kawin cepat. Aku rasa kesian. So aku tulis surat (kononnya sebagai galakan) pada dia,in english. Poyo je. Pass kat akak tu je.

Dan kak ro-z reply. In arabic! Adoiyai,mentang2 la kelas Thanawi. Eh cop. Thanawi ke akaun tah. Lupa. Yang aku ingat jelas dia ketua rumah sukan Tun Timah masa tu. Err pun ingat2 lupa. Huhu. Yang confirm bilik RKBA. Ni aku ingat. Sebab masa form1 bilik dia bertentangan ja dengan bilik aku.

Pastu kak Ziha yang satu bilik aku tu yang tolong baca dan translate. Hehe layankan aje la aku yang manje ni kan. Hahaha. Aku ingat lagi,kak ro-z tu ada bagi aku satu fail dengan buku2 motivasi. Rasa hepi jugak masa tu sebab dia macam hargai yang aku care pasal dia dulu. Lepas tu dia ada adik angkat,aku macam ter-jeles. Ter ok. Huhu. Takpela aku ni pun bukan jenis yang pandai berhubungan. Sebab tu la teman lelaki pun tak pernah nak cari. Takut orang tu bosan dengan aku,sebab aku tak pandai layan dia. Yup,tu la reason sebenar aku. Nak sweet2 ke,wish gud morning,gud nite. Pastu nak2 pulak kalau dia tak reply,sah2 aku takkan sweet2 sangat dah. Ape pun orang tu kena start dulu. Pastu ikut kepala aku la nak sweet time bila,kena bersabor jela dengan aku. Hahaha. Untung tau,sebab orang yang istimewa ja dapat sweet2 dengan aku. Huhu. Tu pun kalau orang tu hargai la aku. Jangan2 dia rasa biasa ja,aku yang syok sendiri. Sobsss.

Aku rasa aku ni tak matang. Ape pun rasanya laki tu kena la lebih matang dan kena la penyabar dengan aku. Sebab tu la kot kena cari suami yang cukup solat 5waktu. Sebab lelaki yang solat sentiasa sabar dan tenang. Dan yang penting,lelaki tu tau apa yang aku tak tau. Aku blurrr orangnya,clumsy, macam2 lagi. Tak kisah dia belajar tahap mana,asalkan dia tau benda yang aku tak tau. Sebab tu aku suka orang yang jenis hands on,teknikal punya orang. Sebab tangan aku jenis takda kemahiran langsung. So anak aku nanti tak la kesian sangat. Huhuhu. Aku tuptap komputer,kalkulator bolehla. Takpe,yang tu boleh serah kat aku. 24jam pun bole ngadap. Hehehe.

Lepas beberapa ratus episod duka, aku tak taulah akhirnya laki mana la yang akan terima aku. Nak kat yang rajin mengaji,dia tak mau. Nak kat yang biasa2 xhensem tapi bila borak boleh masuk,hmm tak mau jugak. Orang2 yang penah suka aku,aku rejek sebab belum apa2 dah suka. Dok analisa aku macam2. Scary pulak. Haha. Oh rejek sebab kaya pun penah. Maaf aku orang kampung je,nanti family aku rasa tak setaraf pulak. Eh ni aku memilih ke ni?hahaha.

Aku rasa dalam 2tahun lagi kalau tak kawin jugak. Aku nak amik anak angkat. Bab jaga anak aku takde masalah. Aku memang tak sabar nak ada anak yang boleh dimanjakan dan sayang aku as mom. Walaupun tak pro,tapi banyak la jugak timba pengalaman dah. Adik2 kan ramai.T.T

Nak cari anak angkat mata sepet. Huhu.



Saturday, March 22, 2014

Mamat jambu.

Pakai jam pink lagi jambu la. Haha tukar sat. Katanya bila aku pakai jam dia. Jam nampak cantik dan jadi kaler merah. Masa dia pakai nampak oren. Aku cakap sebab aku lagi putih. Haha.

Always.

Sunday, March 16, 2014

Planning.

Sambil makan Pama sambil fikir. What am I to do with my life? (you will find it out dont worry)..how am I suppose to know whats right? haa masuk trus lagu britney spears. Nampak sangat ke-kipas-susah-nak-mati-an aku terhadap lagu britney. Ok backstreet boys pun aku hafal gak lagu2 dia. Juga some Westlife's. Tetiba teringt Scott kumpulan Five pulak. Hensemnye. Huhu

Nak tanya. Korang banyak plans tak in life? Macam lagi 5tahun nak ada apa,jadi apa. Lagi 10tahun pulak camne. Aku? None. Yillek. I live in daily basis and accept everything's coming. Konon. Padahal sikit2 stres. Sikit2 serabut.

Bila baca 1artikel dalam Cosmopolitan ni. Aku fikir bestnya kalau aku pun camtu. Tak semestinya berhasil. Tapi dari takde ape langsung. Jadi macam manusia yang useless pulak. Bila takde plan maksudnya usaha pun kurang la kan. Just be spontaneous. Bagus jugak spontaneous,tapi kalau ada plan aku rasa akan perform better in life. Entahlah,pendapat aku je.

So sebagai permulaan,jom beli Shaklee ngan aku. Aku suggest korang try vitamin C dia. Whatsapp taw 017-5049769. Thanks!

Saturday, March 15, 2014

Kek coklat Moist Gemok

Ahh...melting tengok.. Ni semua Gemok wat sendiri...berbakat tak?  Murah ja dia jual. Yang coklat RM5, Coklat Cheese+Coklat Strawberi RM6..

Hai Sabtu!

Semangat ja pagi2 Sabtu..hehe..Sebab pagi ni makan kek coklat buatan Gemok. Dap dap. Petang ni nak gi tuisyen insyaAllah.. Busy day. Hihi.. Semangat!

Wednesday, March 12, 2014

Jangan bersedih..

" LAA TAHZAN INNALLAHA MA'ANA "

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita impikan..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan memimpikan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita rindukan..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan merindukan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak memberi kita seseorang yang kita dambakan..

Insya ALLAH DIA akan memberi kita seseorang yang akan mendambakan kita..

Jangan bersedih hati jika ALLAH tak menyatukan kita dengan seseorang yang kita cintai..

Insya ALLAH DIA akan menghadirkan seseorang yang akan mencintai kita..

Seseorang yang hadir bukan hanya karena apa yang ada pada diri kita..
Akan tetapi ia hadir dan mampu menerima kita apa adanya..

Maka..

Sujudkan diri dan hati serta jiwa kita dalam bertakwa kepada-NYA..

Indahkan akhlak diri dengan sebaik-baiknya akhlak..

Niscaya ALLAH akan memberi kita yang terbaik dengan segala Keindahan hati dan ketakwaannya..

Karena sejatinya jodoh yang akan kita dapat takkan jauh beda dari sifat, pribadi dan akhlak kita. 

Tuesday, March 11, 2014

My love made in heaven..

Pagi2 buta layan jiwang.. Sedih pulak. nnLirik Masih Mencintainya Papinka..  Apa yang aku terbayangkan di depan mata sekarang bukanlah pelamin indah,majlis meriah besar besaran. Cuma majlis akad nikah yang syahdu dan rasa warm dari kasih sayang. Doa dari semua orang dan senyuman ikhlas sang suami... Indahnya.. I'm waiting for you my love.. My love made in heaven but yet not found..


Masih Mencintainya
Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya
Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu
Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya wooo wooo
Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia
Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya wooo wooo huuu 

Saturday, March 8, 2014

Sabarlah..jangan terburu buru..

Jual shaklee pulak!

Salam semua...dah lama blog ni tak menjual barang kan.. Teringat ada membe Taayah haritu bagitau yang dia ada jumpa blog aku tapi masa tu dok jual barang je. Terus malas nak baca. Huhu sedih taw.

By the way,aku rasa blog aku banyak luahan perasaan je. Haha.

Okey lah,nak cite pasal Shaklee.

Haritu ada tulis kat blog ni pasal kakak mr.G jual Shaklee kan. Ala mr.G tu Gemok la. Malas nak taip pepanjang.haha.

Baru2 ni pergi seminar Bangkit 2014 dr.Azizan dengan kak Ilah dan kak Imah. Semangat depa dua orang dengar. Kan dua2 bisnes. Kak Ilah dengan Shaklee,kak Imah pun ada kafe kat rumah dia selain baru jual shaklee gak.Aku cool ja. Bisnes yang aku ada sekarang cuma tuisyen. Dengan G ja aku beria sembang bisnes macam2. Dengan orang lain tak sangat.

Setelah dipromote selama 2bulan. Dengan G pun cita macam2 kelebihan Shaklee especially yang paling menarik perhatian aku ialah dalam botol Shaklee takda buh pun gel silika tu. Ala yang serap lembapan tak bagi cepat rosak tu. Serius takda!

Yang menarik lagi Shaklee semua orang pun boleh guna. Lelaki perempuan tua muda semua boleh. Siap ada set untuk produk dia. Contoh set bersalin,set pelangsingan, set kesuburan pun ada.

Aku sekarang makan vitamin C,vitamin E dan GLA. Vit C dan E untuk kulit. GLA untuk kesihatan. Hari2 penghadaman lancar,melabur ja hari2. Selalu seminggu sekali je paling kerap pun. Camna la nak untung bila jarang melabur. Haha ceridak betul.

Dulu aku boring je dengar nama Shaklee. Kat facebook punya ramai wat page invite aku like. Aku like je semua sebagai support sesama Melayu. Lagipun aku tau camne rasa nak kumpul like orang tu. Letih tau. Huhu.

Jadi sape2 nak Shaklee bole pm aku ye kat emel. Emel la yang paling cepat. misshyda@gmail.com. Harga ahli. Cod Simpang Ampat dan bukit Mertajam.

Nanti aku cita lagi k pasal Shaklee. Daa

Wednesday, March 5, 2014

Used to..

I used to live my life try my hardest to please the people who I love. I have no target,no dreams. The only dream that I have is to be a pleasing daughter,sister,friend,wife and mother in this life. The key word is pleasing everyone.

Life is the best teacher. While growing older I know that I cannot please everyone. Steps I taken,that I think to make people I love happy is not enough. I cannot satisfy them. After hard works and tonnes of tears I've shed alone, its still not good enough. I cannot be perfect or satisfying enough to make them happy. In the end,I realised that the pain I carried is meaningless to them.

Now..Just live my life as it goes.. Being pulled and pushed everywhere like a heartless toy..Accept whats coming and cry in the night.

Monday, March 3, 2014

Panjat bukit Bm

Petang tadi panjat dengan G. Ada la suku ketinggian pastu balik. Sebab petang sangat dah. Letih oiii.

Lain kali nak panjat tinggi lagi.

Saturday, March 1, 2014

Azam bersenam.

Minggu lepas K.ilya+mila ajak join badminton. Budak2 JCY semua. Perempuan ja kot. Nak buat 2/3. Raket pinjam depa punya. Bayar RM20. Liga beregu. Aku boleh pi join. Huhu.

Lepas bagi nombor badge (J000521) aku ok ja. Bila dah Khmais aku da nervous. Rasa nak tarik diri la pulak. Aku penah main pun zaman bila dulu. Belajar main masa sekola rendah. Tak pernah main serius. G pun tak bagi aku main. Sebab taw aku ni dah berapa lama tak main. Nanti tangan terketar ketar katenye. Huhu. Tapi aku nak jugak main. Siap nak beli kasut. Raket.Tracksuit semua. Dia cakap kat aku raket rm300 paling murah. Pastu semalam dia gi carrefour belakang umah dia tunjuk Yonex RM59 ja. Aku mula la nak jogging la ape la baru2 ni. Sebab sedar aku tak pernah hidup cara sihat. Kalau tak jogging nak berbasikal. Nak pinjam basikal G tapi kena angkat masuk umah yang tak larat. Berat jugak aku rasa. Tapi aku prefer basikal dari jogging. Haha. Semalam aku mintak G bawak aku beli kasut dan track. Aku balik OT 7.30. Pastu kami gi pekan BM. Ada yang ringan dan murah RM29 ja kot. Tapi macam kasut budak sekolah. Gi Perda pun RM39 tapi tak berapa selesa aku rasa. Last gi Pacific kedai BATA. Haha. Rm65.90. Dah tu baru teringat tak beli tracksuit lagi. Adoiyai. Pusing balik gi Perda tengok uptown. Letih ooo. Dah dapat semua dia cakap "tengokla berapa lama dia nak jogging ni." Hoho. Aku nak beli track 2helai pun dia tak bagi. Tak nak aku bazir. Malam tadi kol 3lebih baru tido so pagi tadi tak jogging la. Harap la petang ni aku boleh gi jogging. Rumah sini petang2 ramai orang kat padang depan blok aku ni. Segan la. Nak jogging sampai umah kak Ilya pastu pusing balik. Tengok mampu ke tak. Huhu.