Mari join..:)

Friday, February 14, 2014

Valentine day,Krismas,Jesus,Quran dan Bible.

Semalam. Kawan sebelah meja,nama Tan. Masa nak balik dia tanya aku "huda u celebrate valentine tak?" Aku geleng terus. Dia terus tanya "u tak boleh celebrate kan. Why ah?" Aku cakap "ala..valentine day tu bukan sweet love story pun. Kan valentine tu bunuh diri. Lagipun valentine tu paderi kan." Adoila huda.jawapan ape kau bagi ni....!

Rupanya dia tak tau valentine tu paderi. Pastu aku sambung "sama juga dengan Krismas. Kami tak boleh wish or celebrate sebab birthday Jesus." Dia tanya "bukan jesus tu nabi u jugak ke. Dia nabi pertama pastu baru nabi Muhammad." Aku jawab "tak. Jesus tu nabi yang second last. Baru Nabi Muhammad. Jesus yang sebenar tak mati kena salib pun. Yang kena salib tu orang lain yang macam Jesus. Masa nak kena salib tu Tuhan tukar Jesus dengan laki lain." Dia gelak sebab aku cakap Tuhan tukar. Aku cakap lagi. "Jesus tu nanti nak kiamat keluar balik. Dia lawan dengan mata satu."

Dia tanya "mata 1 macam dalam Lord of The Ring ka" Aku cakap "tak tengok. Tapi dalam Quran ada cerita semua." Dia cakap "nanti macam mana tau itu Jesus. Dia sudah lama takda nanti takda orang kenal dia pun." Haha aku rasa nak tampar diri sendiri. Tan!!!

Aku jawab "dalam Quran ada cerita semua..." Dia tanya "belum jadi pun ada dalam Quran dah?" Aku cakap "ada. Semua benda pun ada dalam Quran" Dia ingat aku tipu sebab muka tak serius. Haha teruknya aku. Aku sambung lagi. "betul la. Bible pun tu kami punya kitab. Tapi dah banyak tukar. Dah tak betul."

Conversation kami stop sebab ada orang datang. Dia kan HOD,busy. Aku terus cari wikipedia pasal valentine day,Quran dan bible sent kat email dia. Huhu. Aku kena menuntut ni nak berdakwah. Manala tau kan kalau boleh sampai hidayah kat dia melalui conversation tak seberapa camni. Nak tunggu sempurna baru bole berdakwah memang takkan berjalan la dakwah tu.

P/s:Nampak comel bila dia bertanya dengan baby face dia tu.huhu

No comments:

Post a Comment