Mari join..:)

Sunday, February 23, 2014

Takde kawan.

Aku jenis orang yang tak ramai kawan. Sejak kecik aku kawan dengan orang yang dekat2 saja. Adik2,jiran belakang dan tepi rumah,sepupu2,opah,tok,mak long,mak andak dan pak anjang. Aku mula ada rakan sebaya bila masuk sekolah.

Start sekolah. Ada kawan2 5 tahun,dan 6tahun. Kawan semua orang. Tapi di sekolah saja. Sebab rumah aku jauh dari rumah kawan sebaya dan aku kecik2 camtu tak pandai lagi merayau kecuali dengan orang2 dalam perenggan pertama tadi. Kebanyakan masa aku ikot ayah kemana saja.

Start sekolah rendah. Still sama,cuma lebih ramai kawan. Hujung darjah 1 aku dapat basikal hadiah dari ayah. Sehingga darjah5,baru lah aku mula rajin merayau selepas or sebelum sekola agama petang. Sampai satu hari kena marah sebab merayau jauh2 dan balik masa senja. Ayah mak tak bagi kawan dengan sorang budak ni sebab dia jenis liar suka merayau.

Berkawan dengan diorang ni walau bagaimanapun,pergi balik sekolah saja. Sabtu ahad aku tak ke rumah mereka ni. Aku cuma akan ke rumah mereka bila ada kawan lain ataupun diorang yang bawak. Aku tak berani nak datang rumah orang,bagi salam kate nak jumpa. Segan sangat3.

Sekolah menengah. Kawan2 di sekolah saja. Masa cuti,aku dok diam2 di rumah. Kalau keluar pun,dengan ayah gi pekan,balik kampung atau gi rumah sedara mara.

Di sekolah,aku tak ramai kawan. Mula2 masuk,aku ke mana2 berseorangan. Sebab lihat kawan2 semua dah ada kawan. Malu nak bercampur. Rendah diri menebal. Start kelas baru lah ada kawan sikit2. Itupun kawan dekat2 meja. Lama2 baru lah mula ada kawan ramai. Sampai lah form3. Aku cuma ada sorang kawan baik pada satu2 masa. Aku tak biasa berkawan ramai2 sekali sebab aku cepat rimas. Aku rasa macam tak adil nanti pada semua kawan jadi pada satu masa,ada sorang saja yang betul2 aku layan. Sampailah dewasa ni.

Start form4. Ramai yang pindah. Dapat kawan baik baru,Fizah. Satu kelas dan satu bilik. Kenal dari form 1 tapi tak rapat. Kenal pun masa form 1 tu sebab kami sama2 lompat kelas. Budak pandai kononnya kami ni sebab lulus PTS.

Kami berkawan sehingga sekarang. Di Honda pun kerja sama2. We called us bestfriends forever-BFF. Aku selalu gi rumah dia,dia pun pernah datang rumah aku. Sejak habis sekola rendah,takda lagi kawan datang ke rumah aku selain Fizah. Dan selepas tu,Gemok pula datang. Sampai sekarang,2 orang ni saja kawan yang pernah datang ke rumah.

Start sekola menengah,aku mula fikir kawan takkan sentiasa bersama. Takkan kekal dengan kita. Buktinya,aku sentiasa ke mana2 seorang. Start form1 tanpa sesapa dikenalu. Form4,matrik,Unimas sampaila alam pekerjaan. Semua orang ada hidup masing2. Takde yang sentiasa bersama sehingga dewasa. Sekarang pun,Fizah kat KL dan aku masih di Penang.

Sekali sekala bila dia balik kampung dan ada masa terluang,we will spend time together. Datang rumah dia,tido sana or keluar shopping or tengok wayang.

Selain dia,Gemok. Bermula dengan rasa selesa berkawan,dia saja satu2nya lelaki yang rapat denganku. Akhirnya rapat dengan family dia, dan sekarang,tiada apa. Berkawan memang bagus,tapi persahabatan lelaki dan perempuan tiada good ending. Akan sendiri terpisah bila berjumpa kebahagiaan masing2. Aku faham benar itu. Selepas berpisah dengan kawan2 baik terdahulu,aku sedar tiada yang kekal denganku. Terpisah oleh takdir dan ruang.

Ada kekurangannya sifat setia pada seorang kawan ni. Bila dia sibuk,aku terlantar sendiri. Bila dia ada masa,barulah kami akan buat macam2 aktiviti. Tapi boleh melatih sifat sabar. Selalu menunggu dan terus tunggu. Sampai satu masa mereka yang akan tinggalkanku.

Biarlah..dunia ni rasa kosong sekosong kosongnya.. Tiada family,tiada kawan. Cuma aku yang perlu kuat mengharungi cabaran hidup seterusnya. Tiada yang akan menemani,tiada yang membantu. Cuma aku dan Tuhanku. Di setiap kesempitan,di setiap kelapangan. Siapalah aku.

4 comments:

  1. sabar eh. saya pun senasib dengan awak.

    ReplyDelete
  2. Jom berkawan.....

    ReplyDelete
  3. Kan... saya langsungla.. bestfriend pun takde.. kawan bese tu ramailah
    .. org yg hadir ni satu persinggahanan kjp je dlm hidop kita

    ReplyDelete
  4. Huhu..bertabahla kite semua..

    ReplyDelete