Mari join..:)

Sunday, February 16, 2014

Selalu mimpi pelik.

Beberapa  hari ni selalu mimpi family. Macam2 kisah la sampai tak ingat. Tapi ade sekali dulu penah la mimpi nak gi bertunang. Yang herannya kami pulak yang kena ke penang. Hahaha. Nampak sangat mengarut.

Dua hari ni. Sejak2 kete takda ni memang aku dok rumah je. Nak keluar tu kalau bukan Gemok yang bawak memang aku dok umah jela. Minggu lepas gi tuisyen so ahad je aku pulun tido. Minggu ni takda tuisyen aku bantai tido sampai petang. Hampir satu hari atas tilam je. Buruk nye perangai. Tak taula ape yang penat sangat. Malam tadi kol 11.30 basuh kain satu baldi pastu rendam ngan comfort biru sambung tido. Kol 10 lebih tadi bangun semata2 fikir nak sidai baju. Huhu.

Semalam Gemok keja. So aku mintak dia tolong belikan biskut feveret aku. Hup seng cream crackers dan Munchys sugar crackers. Kalau bole aku nak yang dalam tin. So agak2 dalam kol 5 dia sampai la umah ni. Sementara tunggu aku tido dulu. Bole plak mimpi dia dah sampai tapi tepon aku orang bawak lari. Berejam gi kejar orang tu padahal gemok ngah tunggu. Lagi pelik aku mengejar tanpa baju yang sempurna. Cis. Nasib mimpi. Last2 dia mesej cakap nak gi makan dan dah sampai berkejar la aku gi mandi. Bisingla dia napa tak mandi dari tadi. Huhu. Aku ingat dia nak hantar biskut je pastu balik. Tak mandi pun takpe kan turun jap amik biskut. Dia cakap kalau dia tak datang kompem aku tak mandi sampai malam. Haha

Turun2 tengok dia belikan jugak biskut dalam tin. Tapi bukan hup seng or munchys.huwaaa. Aku tengok biskut tin tu teringat ayah. Aku kan jenis tak banyak songeh sangat masa asrama dulu. Apa yang ayah mak beli semua aku pakai je. Dulu ayah suka beli sabun buku Fab kaler biru. Ala yang bau punya kuat pastu suka bagi menggelupas kulit jari. Semua orang tak suka sabun tu tapi sebab ayah beli pakai je. Tak cakap pun tak suka. Pakai sampai habis. Same gak biskut tin. Selalu gila beli. Bertin2 dalam loker makanan tu tin saja. Hujung tahun jenuh clearkan tin2 tu.aku sayang nak buang tapi akhir tahun malas nak angkat so penyudahnya tong sampah jugak.tong kosong je. Isinya kompem habis walaupun dengan bersusah payah.

Gemok sentap la bila aku macam tak mau biskut tin tu. Anak ketiga memang sensitip punya orang kan. Aku cakap tak la.aku amik. Cuma aku rasa macam kelakar pulak bawak biskut tin. Betul2 macam budak asrama. Tapi aku memang nak tin tu,senang nak buh biskut nanti. So wat tak tau je orang dok tengok pun. Senyum2 siput jela.

Harini tak rasa lapar sangat pulak. Tadi dah masak air nak wat milo cicah biskut tin. Tapi capai nset taip entri ni baring balik! Huhu. Okey2 bangun dan makan. Semalam masak Pama atas dapur letrik tu elok ja masak. Harini nak makan Pama lagi la. Masak dalam rice cooker takut lama2 rosak rice cooker tu. Kalau dapat makan nasi tengahari ni sedapnya. Nanges.


No comments:

Post a Comment