Mari join..:)

Friday, February 21, 2014

Sakit hati.

Pagi2 dah tajuk negatif. Merosakkan pagi Jumaat yang indah saja.

Sampai kilang aku terus scan in dan masuk toilet. Biasanya bukan buat ape pun. Basuh muka,betul2 tudung pastu kuar. Tadi masuk2 nampak member tegur dia awalnya. Selalu bila aku da dalam toilet baru dia muncul.

Dia tanya aku "kete tak siap lagi ke?" Aku jawab "kalau kete dah siap takdela sampai kilang awal macam ni..." Baru 6.45. Kan aku masuk keje kol 8. Kalau nak datang awal pun agak2 la jugak kan. 

Dia kata lamanya tak siap2 lagi.. Aku pun cite la pasal bengkel yang kuang ajo sangat tu. Okey aku eksiden 27/1. Hari yang sama dah sain claim form,repot polis semua. Prosedur biasalah kan. Tokey bengkel tu nampak okey je. Dia yang bawak aku dari tempat kejadian ke balai polis Kampar. Sembang2 pun okey la. So dia cakap kalau ada problem nanti dia kol. Biasalah janji semua bengkel camtu kan. Padahal kalau kite yang tak kol memang tak la diorang nak wat keje. Lambat2 je semua.

Aku tak kol bengkel pun sampai la Ahad masa ayah nak hantar aku gi stesen bas. Kami terus gi bengkel tu tengok keta. Tengok kete aku dah dihimpit macam2 kete lagi. Nak cari mula2 pun aku tak nampak. Masa tu orang lain yang ada. Adik beradik togey kot. Sebut togey sebab geram.

Pastu sembang2 ngan dia. Dia dok ulang 3minggu siap 3minggu siap. Okey fine. Tunggu 3minggu.

Balik Penang. Aku kol dia, kiranya ni minggu kedua lah kan. Dia kata tunggu orang insurans mai tengok. Lepas orang insurans datang boleh start wat keja. Okey.

Pastu aku kol lagi. Dia cakap insurans dah mai tengok. Kita tunggu sparepart pulak. Mungkin tak siap lagi minggu depan. Nanti dia kol. Okey takpe.

Isnin aku kol. Dia cakap kete aku kat Perodua. Sebab under warranty lagi,dia takleh buat. Okey fine. Die bagi nombor orang tu. Aku mula geram. Tak bagitau ape terus hantar je. Bukan aku patut tau ke kete aku ada mana. Dah tu,nape ni baru dia hantar. Nape tak minggu lepas. Die ni mabuk makan oren banyak sangat kot masa raya.

Selasa tu. Aku kol Perodua. Dia cakap baru submit form. Aku dah pelik. Dia kata mungkin kena ada report bomba lah nanti. Siap kata claim form yang aku sain dulu 27/1 tu ada kat dia ni.

Aku kol ayah aku. Bagitau yang kes aku ni pelik,napa nak submit form 2kali. Tapi ayah tanya aku nak suh dia buat macam mana. Okey sentap. Kalau tak mintak tolong ayah aku nak mintak tolong sape. Kalau suh adik aku apis tu wat sakit ati lagi jela. Okey fine biar aku je yang pegi bergaduh. Gemok takde selasa tu so dia taktau ape cite pun. Tunggula kot2 taun depan ke baru dapat jumpe ngan dia baru aku cite.

Aku kol perodua lagi petang tu. Tak bole jadi camni. Ape pun kena tanya. Dia cakap submit form dan insurans tengok kena wat 2kali la sebab bengkel lain2. Aku tanya bukan sekali ke sebab insurans still sama. Pastu dia try check tengok dalam sistem. Bengkel haritu tak pernah submit form pun dan tengok keadaan kete aku dia tau yang bengkel tu tak pernah bukak pun. WHAT THE ****!!!!! KO SIMPAN KETE AKU 3MINGGU TAK BUAT APE PASTU MENIPU PULAK KATE INSURANS DAH MAI TENGOK SIAP ORDER DAH SPAREPART!!!! MEMANG WTF la bengkel tu. Perodua siap cakap "bengkel yang sama ada hantar 1 lagi kete myvi sebelum awak." Bila tanya owner ke yang suruh hanta sini,dia cakap ya. Bila yang dia kol aku!!! Aku yang tanya dulu kat dia baru dia cite. Masa tu dah selamat dihantar pulak tu. Okey aku tanya perodua bila siap. Aritu Gemok da cakap mesti lagi 2bulan la kalau Perodua. Paling cepat pun 59 hari. Bila cakap kat ayah pasal 2bulan tu dia bebel napa aku tak hati2 bawak kete. Urghhh. Dua2 nye..

Perodua tu kate tak tau lagi bila siap. Tak bole nak estimate lagi. Dia cakap depa ngah siasat lagi punca kebakaran. Sebab bahaya dari kemek saja. Sah2 la lambat. Ingat aku tak biasa tengok kete tersadai kat Perodua berbulan2 masa keje markono dulu. Perodua ni pun lebih kurang je,kata da submit form pastu kate baru nak submit pulak. Mentang2 aku ni takde duit,senangla orang suka2 aniaya aku kan. Fine.

Aku akan bagitau semua sedara mara jiran tetangga pasal bengkel ni. SUN HUP LEAK kat kampar. Cakap auta je lebih. Tak buat kate tak buat. Yang menipu kenapa. Mentang2 aku jauh tak bole gi serang dia. Lagipun pompuan kan. Nak wat ape sangat.

Urghhh.




No comments:

Post a Comment