Mari join..:)

Monday, February 17, 2014

Never thought that I could inspire others...

Hamboi tajuk...Tak bole panjang lagi ke? Nak lawan Panic! At the disco punya tajuk lagu ka letak panjang2.huhuhu..

Baru baru ni. Kakak sulung Gemok,aku panggil Kak Ilah join Shaklee. Ala sape tak tau Shaklee kan. Produk best,murah lak tu. Aku rasa 50% Wanita Malaysia guna. Mak aku tak,sebab kami orang kampung jerrr... Tapi jangan tak tau. Dulu mak aku ada makan VCOA Treenea yang aku jual dulu tu. Support bisnes anak katakan.

Ok lah. So untuk bulan pertama dia dapat bonus RM200++. Dan dia teruja. Sape tak teruja kan tetiba dapat duit. Join berape je. Pulang modal dan untung dah. Siap suh aku join bawah dia. Haha tengoklah. Hidup aku pun caca marba sekarang. Nak bisnes kena hati tenang weh. Kalau tak nanti customer mintak pencerahan pasal produk,aku cite pasal produk lain pulak. Tak ke haru namanya tu.

So. Gemok kan tau semua yang aku buat. Dia kan penasihat peribadi aku. So dia tau la camne aku berbisnes dulu. Ada Facebook page,ada blog. So depa pun wat jugak. Pastu tanya aku camne nak bagi orang ramai beli. Aku dulu bisnes pun kecil kecilan sangat. Tapi boleh pulak orang mintak tunjuk ajar!Haha kelass kau Jah. Eh bukan Jah,Huda.

Aku just share ape yang aku tau. Macam korang tengok kat blog. Bila ada customer tanya,haruslah tau pasal produk tu. Then aku share. Walaupun diorang beli kat orang lain. Tak kisahla,rezeki masing masing. Yang penting everyone happy. Cewah.

Bulan depan pun. Ajak gi ceramah Dr.Azizan. Aku dulu rajin gi jugak. K.Ilah nak ikut,tapi dia masa tu pregnant anak nombor dua,alahan teruk sangat. Sian tengok. Masa tu tak nampak yang K.Ilah macam minat nak niaga. Sebab dia kerja stabil,keje gomen. Kaya la. Tapi family Gemok memang biasa niaga. Even Gemok pun biasa jugak. So tak heran la minda bisnes tu ada. Aku memang zero. Huhu.

Cuma tu la. Tak expect pulak orang nak mintak pendapat aku. Aku suka kalau dapat sumbangkan inspirasi kat orang. Macam motivate others. Walaupun aku tak bagus mana. Aku tau cara belajar yang bagus. Tapi aku dulu memang malas. Otak senang merewang ke mana mana. Lagipun dulu. Bila aku belajar rajin sikit,result aku menurun! Terus taknak belajar rajin2 sangat. Haha yelah tu. Perasaan ja. Ataupun mungkin masa tu aku fikir dengan belajar,result akan bagus. Terlalu yakin pada diri sendiri sampai lupa nak bergantung pada kuasa Allah. Sebab tu Allah bagi pengajaran. Ya2. Tepat sekali.

Satu yang aku kesal. Aku tak dapat inspire adik2 aku. Sebab diorang tak penah nampak aku belajar kot. Atau aku tak cukup bagus untuk dicontohi. Semua bila nak exam akan cakap "yong..aja math eh nanti.." .Tapi benda tu tak terjadi pun. Tak pasti halangannya aku atau diorang. Mungkin aku.hmm.

Pape pun,thanks Gemok dan K.Ilah. Bukan syok sendiri. Saja nak poyo je cite semua ni.hahaha

No comments:

Post a Comment