Mari join..:)

Monday, February 10, 2014

Ada hikmahnya...

Isnin 27.1 haritu kan aku eksiden dengan lori. On the way balik kampung dari penang. Kena kat area Kuala Dipang. Dekat dengan Caltex simpang Malim Nawar. Selepas  beberapa hari dok terbayang aku akan eksiden teruk di bahagian depan kereta dan aku memang lebih berjaga jaga,akhirnya kena juga. Blur semacam pula dan rasa nyawa hampir melayang masa tu.

Sebaik kena,aku kol ayah. Ayah tak dapat datang cepat sebab jauh. Dia kol sepupu dan makcik kat bukit pekan suruh datang tengok. Aku masih bertenang. Aku tangkap gambar keta dan whatsapp Gemok. Pastu kol Gemok. Takleh nak bercakap. Aku cuma menangis. Talian terputus pastu whatsapp sampai dari dia. Dia kata masa aku kol dia dah dapat rasa aku eksiden dengan lori. Dia tak mesej aku pun sepanjang aku drive Sebab nak aku concentrate. Memang masa kjadian tu aku tak bermesej pun. Cuma tengok jam kat fon ja.2saat dan aku nampak bontot lori. Sempat brek tapi kena juga.

Pakcik Amir datang. Pastu aku naik dengan tokey bengkel ke balai. Tak lama pastu,Wah sampai. Bawak aku gi bengkel dan hantar aku sampai rumah.

Sepanjang seminggu aku rungsing di rumah. Sensitif tak bertempat. Akhirnya Ahad aku pulang juga ke Penang. Tu pun sebab fikir dah janji dengan tuan rumah baru nak jumpa. Ambik kunci dan bagi deposit. Dalam perjalanan ke stesen bas,Gemok mesej.

Sampai Penang,Gemok jemput. Gi umah tuan umah tu dan pastu baru gi umah sewa baru tu. Amik kunci dan pastu gi cari barang untuk umah baru. Sempat lagi tengok Robocop. Haha. Malam tu aku tido rumah lama lagi. Belum angkat barang ke umah baru pun.

Esok paginya. Dia hantar aku gi kerja. Balik pun dia jemput. Malam tu kami angkat barang. Dengan mak abah dia sekali. Kesian. Tapi masa tu rasa macam masuk asrama pulak. Sebab aku dah pindah 2-3kali tapi semuanya aku setel sendiri. Kalini ada bantuan. Hehe. Malam tu,aku tido umah dia. Sebab tak sure transport lagi.

Esok paginya. Dia juga yang hantar gi kerja. Balik naik van kilang. Malam datang hantar makanan pulak. Terharu. Dahla jauh. Rumah dulu 5km je takpela. Esoknya aku nak balik kerja awal. Van kilang kol 7. Mintak dia jemput 5.30. Dia datang juga.

Jumaat aku balik 7.30 pun dia datang jemput. Gi makan pastu tengok maharaja lawak mega Final. Esoknya hantar aku gi tuisyen lagi kat Penang. Mula nak suruh dia hantar sampai Jeti ja. Tapi dia hantar sampai depan rumah. Balik pun dia jemput kat jeti. Sempat gi beli my feveret oblong lagi. Hehe.

Tadi pun hantar makan lagi. Berapa hari ni dok bincang pasal beli langsir,TV, iron board pun. Huhu. Haa jangan fikir bukan2,aku dok sorang. Jumpa pun kat bawah je.

Malam tadi masa nak datang hantar makanan, dia kononnya nak surprisekan aku. Tapi nada aku biasa ja. Terus dia sentap. Pastu aku update status pulak cakap sedih sebab kol 10 baru nak tanya lapar tak. Lagi sentap la. Adoiii merajuk pulak.

Jujurnya aku bersyukur dia sudi tolong. Bukan takda kawan pompuan. Tapi sejak di penang kebanyakan kawan pompuan kat sini memang jarang yang baik hati dan tak berkira. Ada la peristiwa dulu masa baru sampai penang. Sejak tu aku serik dah. Gemok pun,dia yang offer nak hantar@jemput gi balik kerja. Sementara dia masih cuti. Bila dia stat keja esok ni,susahla dah. Tu yang kena naik van jugak. Takkanla nak susahkan dia hari2. Berpada2 la kan.

Thank you my best friend! Allah ja bole balas pertolongan anda...

1 comment:

  1. bila nak kahwin? hehe. sesuai sgt dah tu ciri cirinya.

    ReplyDelete