Mari join..:)

Wednesday, February 26, 2014

Rahsia hidup bahagia..Husnuzzon:)

Rahsia hidup bahagia..
Bersangka Baik dengan Allah dan bersangka baik sesama manusia :
Jika manis, Allah mengajarku erti syukur.
Jika pahit, Allah mengajarku erti sabar.
Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal.
Bila cemas, Allah mengajarku erti raja(mengharap).
Jika sedikit, Allah mengajarku erti qanaah(berpada-pada).
husnuzan... :)

Monday, February 24, 2014

Untuk kamu.

untuk kamu :          jangan salah kan sy..   
   
Jangan salahkan si dia kalau dah mula berubah . Sebab si dia tak akan berubah kalau kita sendiri yang mula berubah dahulu.         

Jangan salahkan si dia kalau dah mula mengabaikan kita . Sebab dulu kita pernah abaikan dia, tanpa satu text pun kita tak pernah cuba nak send .Mungkin dulu si dia anggap kita busy, selalu sabar tunggu kita, tapi sekarang kita pula yang terkena balik.      

   Jangan salahkan si dia kalau dah tak wish "Good Morning" "Wake Up dear" "Good Night" "Sweet dream" . Sebab dulu dia selalu send wish kat kita, tapi kita tak pernah pun nak wish balik . Sekarang kita pulak yang tertunggu² wish dari si dia.         

Jangan salahkan si dia kalau sekarang dia dah tak ambil berat pasal kita .  Dulu si dia lah yang kesah sangat pasal kita, kalau kita sakit, si dia selalu doakan tuk kita, tapi kita tak pernah pulak nak ambil berat pasal dia . Tanya tentang sihat pun tak.Kejamnya ! sampai dia tak kesah pasal kita lagi dah .         

Jangan salahkan dia kalau dah tak sayangkan kita lagi .Dulu mungkin dia yang sayang, cinta kepada kita, tapi kita tak pernah tunjukkan kasih sayang kita .         
Mungkin kita tak anggap dia penting dalam hidup kita. Sekarang kita pulak yang memerlukan kasih sayang dari dia.         
Mungkin dulu kita lah yang mahukan dia, sungguh² dapatkan dia, bagi harapan, ambil hati dia, sampai dia terima kita dengan ikhlas . Indahkan saat tu..         

Tapi itu semua dulu . Sejak berubah, dia tak rasa lagi apa itu erti sayang, cinta, setia, jujur dan ikhlas dalam hati .

Bagi dia, semua ini adalah ujian dalam hal percintaan, tapi dia sedar yang kita hanya inginkan dia bila kita BOSAN .       

  Kata² manis pun dia dah tak kesah lagi .      
   Bila kita happy, kita text dengan yang lain .    
     Bila kita susah, kita cari dia. Sekarang hati dia dah tertutup          Kalau sekarang rasa menyesal dan mohon maaf, mungkin dia maafkan tapi kalau dia putuskan hubungan??          ketahuilah bahawa dia mahukan yang terbaik dalam hidup dia dan hidup kita .          Maksudnya, dia tak nak sakit hati dan terluka.          T/N : Jangan indah saat mula saja, tapi kekalkanlah hingga ke akhir .●          ~~~Baca dan fahamkan.. 

Jika engkau.

• Jika Saya Penting,Awk Pujuklah Saya ..         
• Jika Saya Menangis,Awk Tanyalah Saya ..         
• Jika Saya Membisu,Awk Tegurlah Saya .. 
• Jika Saya Salah,Awk Betulkan Saya ..     
• Jika Saya Berubah,Awk Maafkanlah Saya ..       
• Jika Saya Lupa,Awk Ingatkanlah Saya ..         
• Jika Saya Pergi,Awk Doakanlah Saya ..         
• Jika Saya Masih Bertahan,Awk Hargailah Saya        

#in my dreams#

Sunday, February 23, 2014

Goodbye.

Aku rasa aku takda makna dalam hidup sape2. Tersisih dalam family sendiri. Dan di sekeliling ni takde yang menghargai. Aku patut seriously fikir untuk pergi dari sini. Bye.

Takde kawan.

Aku jenis orang yang tak ramai kawan. Sejak kecik aku kawan dengan orang yang dekat2 saja. Adik2,jiran belakang dan tepi rumah,sepupu2,opah,tok,mak long,mak andak dan pak anjang. Aku mula ada rakan sebaya bila masuk sekolah.

Start sekolah. Ada kawan2 5 tahun,dan 6tahun. Kawan semua orang. Tapi di sekolah saja. Sebab rumah aku jauh dari rumah kawan sebaya dan aku kecik2 camtu tak pandai lagi merayau kecuali dengan orang2 dalam perenggan pertama tadi. Kebanyakan masa aku ikot ayah kemana saja.

Start sekolah rendah. Still sama,cuma lebih ramai kawan. Hujung darjah 1 aku dapat basikal hadiah dari ayah. Sehingga darjah5,baru lah aku mula rajin merayau selepas or sebelum sekola agama petang. Sampai satu hari kena marah sebab merayau jauh2 dan balik masa senja. Ayah mak tak bagi kawan dengan sorang budak ni sebab dia jenis liar suka merayau.

Berkawan dengan diorang ni walau bagaimanapun,pergi balik sekolah saja. Sabtu ahad aku tak ke rumah mereka ni. Aku cuma akan ke rumah mereka bila ada kawan lain ataupun diorang yang bawak. Aku tak berani nak datang rumah orang,bagi salam kate nak jumpa. Segan sangat3.

Sekolah menengah. Kawan2 di sekolah saja. Masa cuti,aku dok diam2 di rumah. Kalau keluar pun,dengan ayah gi pekan,balik kampung atau gi rumah sedara mara.

Di sekolah,aku tak ramai kawan. Mula2 masuk,aku ke mana2 berseorangan. Sebab lihat kawan2 semua dah ada kawan. Malu nak bercampur. Rendah diri menebal. Start kelas baru lah ada kawan sikit2. Itupun kawan dekat2 meja. Lama2 baru lah mula ada kawan ramai. Sampai lah form3. Aku cuma ada sorang kawan baik pada satu2 masa. Aku tak biasa berkawan ramai2 sekali sebab aku cepat rimas. Aku rasa macam tak adil nanti pada semua kawan jadi pada satu masa,ada sorang saja yang betul2 aku layan. Sampailah dewasa ni.

Start form4. Ramai yang pindah. Dapat kawan baik baru,Fizah. Satu kelas dan satu bilik. Kenal dari form 1 tapi tak rapat. Kenal pun masa form 1 tu sebab kami sama2 lompat kelas. Budak pandai kononnya kami ni sebab lulus PTS.

Kami berkawan sehingga sekarang. Di Honda pun kerja sama2. We called us bestfriends forever-BFF. Aku selalu gi rumah dia,dia pun pernah datang rumah aku. Sejak habis sekola rendah,takda lagi kawan datang ke rumah aku selain Fizah. Dan selepas tu,Gemok pula datang. Sampai sekarang,2 orang ni saja kawan yang pernah datang ke rumah.

Start sekola menengah,aku mula fikir kawan takkan sentiasa bersama. Takkan kekal dengan kita. Buktinya,aku sentiasa ke mana2 seorang. Start form1 tanpa sesapa dikenalu. Form4,matrik,Unimas sampaila alam pekerjaan. Semua orang ada hidup masing2. Takde yang sentiasa bersama sehingga dewasa. Sekarang pun,Fizah kat KL dan aku masih di Penang.

Sekali sekala bila dia balik kampung dan ada masa terluang,we will spend time together. Datang rumah dia,tido sana or keluar shopping or tengok wayang.

Selain dia,Gemok. Bermula dengan rasa selesa berkawan,dia saja satu2nya lelaki yang rapat denganku. Akhirnya rapat dengan family dia, dan sekarang,tiada apa. Berkawan memang bagus,tapi persahabatan lelaki dan perempuan tiada good ending. Akan sendiri terpisah bila berjumpa kebahagiaan masing2. Aku faham benar itu. Selepas berpisah dengan kawan2 baik terdahulu,aku sedar tiada yang kekal denganku. Terpisah oleh takdir dan ruang.

Ada kekurangannya sifat setia pada seorang kawan ni. Bila dia sibuk,aku terlantar sendiri. Bila dia ada masa,barulah kami akan buat macam2 aktiviti. Tapi boleh melatih sifat sabar. Selalu menunggu dan terus tunggu. Sampai satu masa mereka yang akan tinggalkanku.

Biarlah..dunia ni rasa kosong sekosong kosongnya.. Tiada family,tiada kawan. Cuma aku yang perlu kuat mengharungi cabaran hidup seterusnya. Tiada yang akan menemani,tiada yang membantu. Cuma aku dan Tuhanku. Di setiap kesempitan,di setiap kelapangan. Siapalah aku.

Cakap senang..tapi nak buat tu...hmm

Friday, February 21, 2014

10 perkara perlu tahu tentang wanita(Gadis)

1. Wanita suka di peluk , Ini kenyataan. Hampir 95 % wanita terasa selamat dalam pelukan lelaki yang dicintainya. Kalau tak percaya cubalah tapi jangan sampai ambil kesempatan.  
     
2. Wanita tak suka bila teman lelakinya          mempunyai kawan wanita.Dia akan merasa cemburu.Kalau dia mengizinkan sekali pun itu kerana dia sanggup mengorbankan perasaannya untuk teman lelakinya supaya dia tidak terasa          terkongkong.         
3. Wanita tidak suka diuji kesetiaannya. Hati2 kerana wanita mempunyai perasaan yang sangat rapuh.    
    
4. Wanita suka lelaki yang bertanggungjawab. 
       
5. Bila seorang wanita menyatakan yang dia ok selepas anda menyakitinya,dia bohong!!!         
6. Bekas kekasihnya sentiasa ada dalam          fikirannya tapi andalah yang berada di hatinya.         
7. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang beri perhatian padanya dan baik terhadapnya.         
8. Setelah sorang wanita jatuh cinta, dia akan sering bertanya-tanya mengapa aku tak bertemu lelaki ini lebih awal.      

9. Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia karena dia memang tak berminat denganmu.         

10. Jika dia mengatakan dia tidak peduli,          kadang2 dialah orang yang paling peduli padamu.

Sangat betul!

Sakit hati.

Pagi2 dah tajuk negatif. Merosakkan pagi Jumaat yang indah saja.

Sampai kilang aku terus scan in dan masuk toilet. Biasanya bukan buat ape pun. Basuh muka,betul2 tudung pastu kuar. Tadi masuk2 nampak member tegur dia awalnya. Selalu bila aku da dalam toilet baru dia muncul.

Dia tanya aku "kete tak siap lagi ke?" Aku jawab "kalau kete dah siap takdela sampai kilang awal macam ni..." Baru 6.45. Kan aku masuk keje kol 8. Kalau nak datang awal pun agak2 la jugak kan. 

Dia kata lamanya tak siap2 lagi.. Aku pun cite la pasal bengkel yang kuang ajo sangat tu. Okey aku eksiden 27/1. Hari yang sama dah sain claim form,repot polis semua. Prosedur biasalah kan. Tokey bengkel tu nampak okey je. Dia yang bawak aku dari tempat kejadian ke balai polis Kampar. Sembang2 pun okey la. So dia cakap kalau ada problem nanti dia kol. Biasalah janji semua bengkel camtu kan. Padahal kalau kite yang tak kol memang tak la diorang nak wat keje. Lambat2 je semua.

Aku tak kol bengkel pun sampai la Ahad masa ayah nak hantar aku gi stesen bas. Kami terus gi bengkel tu tengok keta. Tengok kete aku dah dihimpit macam2 kete lagi. Nak cari mula2 pun aku tak nampak. Masa tu orang lain yang ada. Adik beradik togey kot. Sebut togey sebab geram.

Pastu sembang2 ngan dia. Dia dok ulang 3minggu siap 3minggu siap. Okey fine. Tunggu 3minggu.

Balik Penang. Aku kol dia, kiranya ni minggu kedua lah kan. Dia kata tunggu orang insurans mai tengok. Lepas orang insurans datang boleh start wat keja. Okey.

Pastu aku kol lagi. Dia cakap insurans dah mai tengok. Kita tunggu sparepart pulak. Mungkin tak siap lagi minggu depan. Nanti dia kol. Okey takpe.

Isnin aku kol. Dia cakap kete aku kat Perodua. Sebab under warranty lagi,dia takleh buat. Okey fine. Die bagi nombor orang tu. Aku mula geram. Tak bagitau ape terus hantar je. Bukan aku patut tau ke kete aku ada mana. Dah tu,nape ni baru dia hantar. Nape tak minggu lepas. Die ni mabuk makan oren banyak sangat kot masa raya.

Selasa tu. Aku kol Perodua. Dia cakap baru submit form. Aku dah pelik. Dia kata mungkin kena ada report bomba lah nanti. Siap kata claim form yang aku sain dulu 27/1 tu ada kat dia ni.

Aku kol ayah aku. Bagitau yang kes aku ni pelik,napa nak submit form 2kali. Tapi ayah tanya aku nak suh dia buat macam mana. Okey sentap. Kalau tak mintak tolong ayah aku nak mintak tolong sape. Kalau suh adik aku apis tu wat sakit ati lagi jela. Okey fine biar aku je yang pegi bergaduh. Gemok takde selasa tu so dia taktau ape cite pun. Tunggula kot2 taun depan ke baru dapat jumpe ngan dia baru aku cite.

Aku kol perodua lagi petang tu. Tak bole jadi camni. Ape pun kena tanya. Dia cakap submit form dan insurans tengok kena wat 2kali la sebab bengkel lain2. Aku tanya bukan sekali ke sebab insurans still sama. Pastu dia try check tengok dalam sistem. Bengkel haritu tak pernah submit form pun dan tengok keadaan kete aku dia tau yang bengkel tu tak pernah bukak pun. WHAT THE ****!!!!! KO SIMPAN KETE AKU 3MINGGU TAK BUAT APE PASTU MENIPU PULAK KATE INSURANS DAH MAI TENGOK SIAP ORDER DAH SPAREPART!!!! MEMANG WTF la bengkel tu. Perodua siap cakap "bengkel yang sama ada hantar 1 lagi kete myvi sebelum awak." Bila tanya owner ke yang suruh hanta sini,dia cakap ya. Bila yang dia kol aku!!! Aku yang tanya dulu kat dia baru dia cite. Masa tu dah selamat dihantar pulak tu. Okey aku tanya perodua bila siap. Aritu Gemok da cakap mesti lagi 2bulan la kalau Perodua. Paling cepat pun 59 hari. Bila cakap kat ayah pasal 2bulan tu dia bebel napa aku tak hati2 bawak kete. Urghhh. Dua2 nye..

Perodua tu kate tak tau lagi bila siap. Tak bole nak estimate lagi. Dia cakap depa ngah siasat lagi punca kebakaran. Sebab bahaya dari kemek saja. Sah2 la lambat. Ingat aku tak biasa tengok kete tersadai kat Perodua berbulan2 masa keje markono dulu. Perodua ni pun lebih kurang je,kata da submit form pastu kate baru nak submit pulak. Mentang2 aku ni takde duit,senangla orang suka2 aniaya aku kan. Fine.

Aku akan bagitau semua sedara mara jiran tetangga pasal bengkel ni. SUN HUP LEAK kat kampar. Cakap auta je lebih. Tak buat kate tak buat. Yang menipu kenapa. Mentang2 aku jauh tak bole gi serang dia. Lagipun pompuan kan. Nak wat ape sangat.

Urghhh.




kadang kadang..

Kadang2..bila kita sayang seseorang kita suka berlebihan menunjuk..letak gambar di wallpaper henfon,PC,dalam dompet,profile pic whatsapp,wechat,fb,twitter dan sebagainya.

Ade yang tengok gembira,ada yang jeles,tak kurang juga yang meluat. Macam Bella cakap kat aku dulu. Bosan bukak FB sebab semua tunjuk gambar kawin,tunang,anak. Macam nak showoff kat semua orang. Haha

Aku buat jugak. Dulu2 sentiasa update kat status FB pasal dia. Takde gambar la tapi. Sebab aku macam tak suka hubungan yang dihebahkan. Macam orang dok nampak jalan berdua,tangkap gambar dekat2 berdua. Macam rasa tak seronok. Rasa macam luak. Bagi aku bila terlalu dihebahkan ia akan lebih mudah rapuh. Sebab tu kot tak penah ade pakwe. Sebab kalau ada,memang akan sabaaaaaar jelah laki tu dengan banyak kerenah aku. Apaaa pun tak boleh.haha.

Kat blog ni ada jugak cita pasal laki2 yang aku penah minat. Minat ja. Macam Lee Joon,Xing Chinese Unimas dulu,Gapar,ameen budak melanau pun ada kot,pastu H.A dulu memang banyak pastu aku delete semua.tak taulah kalau ada yang tinggal. Tapi semua kenangan jelah. Aku tulis sebab tau tak de orang baca. Pastu aku luah kat blog sebab orang2 tersebut takkan tau. Dengan diorang tak pernah luah pun. Sampai kesudah. Sekarang aku zero feeling pun kat diorang. Teringat camtu jelah.

Yang aku fikir. Kalau kita letak semua di media sosial,adakah orang di sana tu menghargai? Macam kes aku,sah2 diorang tu tak tau. Memang aku tak nak pun diorang tahu. Tapi kalau aku tulis pasal seseorang dan dia baca blog aku dan dia tau itu dia pun.adakah dia appreciate? Ataupun dia cuma baca dan berasa bangga. Kalau Gemok pulak,baca ja sentap. Kata aku tak hargaila, malu pasal dia la. Lain yang elok2 aku tulis tu apa? Bukan semua kawan aku tulis dalam blog tau. Cite dia paling banyak sekali dalam ni aku rasa.

Tapi tulah kan. Bila terlalu menghargai..orang tu takkan peduli...

Monday, February 17, 2014

Never thought that I could inspire others...

Hamboi tajuk...Tak bole panjang lagi ke? Nak lawan Panic! At the disco punya tajuk lagu ka letak panjang2.huhuhu..

Baru baru ni. Kakak sulung Gemok,aku panggil Kak Ilah join Shaklee. Ala sape tak tau Shaklee kan. Produk best,murah lak tu. Aku rasa 50% Wanita Malaysia guna. Mak aku tak,sebab kami orang kampung jerrr... Tapi jangan tak tau. Dulu mak aku ada makan VCOA Treenea yang aku jual dulu tu. Support bisnes anak katakan.

Ok lah. So untuk bulan pertama dia dapat bonus RM200++. Dan dia teruja. Sape tak teruja kan tetiba dapat duit. Join berape je. Pulang modal dan untung dah. Siap suh aku join bawah dia. Haha tengoklah. Hidup aku pun caca marba sekarang. Nak bisnes kena hati tenang weh. Kalau tak nanti customer mintak pencerahan pasal produk,aku cite pasal produk lain pulak. Tak ke haru namanya tu.

So. Gemok kan tau semua yang aku buat. Dia kan penasihat peribadi aku. So dia tau la camne aku berbisnes dulu. Ada Facebook page,ada blog. So depa pun wat jugak. Pastu tanya aku camne nak bagi orang ramai beli. Aku dulu bisnes pun kecil kecilan sangat. Tapi boleh pulak orang mintak tunjuk ajar!Haha kelass kau Jah. Eh bukan Jah,Huda.

Aku just share ape yang aku tau. Macam korang tengok kat blog. Bila ada customer tanya,haruslah tau pasal produk tu. Then aku share. Walaupun diorang beli kat orang lain. Tak kisahla,rezeki masing masing. Yang penting everyone happy. Cewah.

Bulan depan pun. Ajak gi ceramah Dr.Azizan. Aku dulu rajin gi jugak. K.Ilah nak ikut,tapi dia masa tu pregnant anak nombor dua,alahan teruk sangat. Sian tengok. Masa tu tak nampak yang K.Ilah macam minat nak niaga. Sebab dia kerja stabil,keje gomen. Kaya la. Tapi family Gemok memang biasa niaga. Even Gemok pun biasa jugak. So tak heran la minda bisnes tu ada. Aku memang zero. Huhu.

Cuma tu la. Tak expect pulak orang nak mintak pendapat aku. Aku suka kalau dapat sumbangkan inspirasi kat orang. Macam motivate others. Walaupun aku tak bagus mana. Aku tau cara belajar yang bagus. Tapi aku dulu memang malas. Otak senang merewang ke mana mana. Lagipun dulu. Bila aku belajar rajin sikit,result aku menurun! Terus taknak belajar rajin2 sangat. Haha yelah tu. Perasaan ja. Ataupun mungkin masa tu aku fikir dengan belajar,result akan bagus. Terlalu yakin pada diri sendiri sampai lupa nak bergantung pada kuasa Allah. Sebab tu Allah bagi pengajaran. Ya2. Tepat sekali.

Satu yang aku kesal. Aku tak dapat inspire adik2 aku. Sebab diorang tak penah nampak aku belajar kot. Atau aku tak cukup bagus untuk dicontohi. Semua bila nak exam akan cakap "yong..aja math eh nanti.." .Tapi benda tu tak terjadi pun. Tak pasti halangannya aku atau diorang. Mungkin aku.hmm.

Pape pun,thanks Gemok dan K.Ilah. Bukan syok sendiri. Saja nak poyo je cite semua ni.hahaha

Sunday, February 16, 2014

Pipi wanita...

“Malaikat memegang pipi wanita itu dan merasa asing, kemudian bertanya kepada Allah :”Ya Allah mengapa pipinya ranum dan berkilau..?” Allah menjawab : “Pipi itu bukan semata ranum dan berkilau. Di situ tersimpan air mata… dan di situ terletak banyak beban berat.” Malaikat bertanya : “Kenapa mengalirkan air mata? Allah menjawab : “Air mata adalah satu-satunya cara melepaskan beban. Mengalirnya air mata adalah cara untuk mengungkapkan kesedihan, ketidaksenangan, pengaduan, kekecewaan, cinta, kebencian, kerinduan, kesendirian, kebahagian dan segala macam rasa yang ada dalam dirinya…” “Apabila Allah mencintai hamba-Nya, maka Dia akan mengujinya karena senang dengan keluhan (air mata) nya”. Al-Hadits “Sesungguhnya wanita diciptakan dari tulang rusuk. Dan sungguh bagian yang paling bengkok dari tulang rusuk adalah yang paling atasnya. Bila engkau ingin meluruskannya, engkau akan mematahkannya. Dan jika engkau ingin bersenang-senang dengannya, engkau bisa bersenang-senang namun padanya ada kebengkokan. 

Selalu mimpi pelik.

Beberapa  hari ni selalu mimpi family. Macam2 kisah la sampai tak ingat. Tapi ade sekali dulu penah la mimpi nak gi bertunang. Yang herannya kami pulak yang kena ke penang. Hahaha. Nampak sangat mengarut.

Dua hari ni. Sejak2 kete takda ni memang aku dok rumah je. Nak keluar tu kalau bukan Gemok yang bawak memang aku dok umah jela. Minggu lepas gi tuisyen so ahad je aku pulun tido. Minggu ni takda tuisyen aku bantai tido sampai petang. Hampir satu hari atas tilam je. Buruk nye perangai. Tak taula ape yang penat sangat. Malam tadi kol 11.30 basuh kain satu baldi pastu rendam ngan comfort biru sambung tido. Kol 10 lebih tadi bangun semata2 fikir nak sidai baju. Huhu.

Semalam Gemok keja. So aku mintak dia tolong belikan biskut feveret aku. Hup seng cream crackers dan Munchys sugar crackers. Kalau bole aku nak yang dalam tin. So agak2 dalam kol 5 dia sampai la umah ni. Sementara tunggu aku tido dulu. Bole plak mimpi dia dah sampai tapi tepon aku orang bawak lari. Berejam gi kejar orang tu padahal gemok ngah tunggu. Lagi pelik aku mengejar tanpa baju yang sempurna. Cis. Nasib mimpi. Last2 dia mesej cakap nak gi makan dan dah sampai berkejar la aku gi mandi. Bisingla dia napa tak mandi dari tadi. Huhu. Aku ingat dia nak hantar biskut je pastu balik. Tak mandi pun takpe kan turun jap amik biskut. Dia cakap kalau dia tak datang kompem aku tak mandi sampai malam. Haha

Turun2 tengok dia belikan jugak biskut dalam tin. Tapi bukan hup seng or munchys.huwaaa. Aku tengok biskut tin tu teringat ayah. Aku kan jenis tak banyak songeh sangat masa asrama dulu. Apa yang ayah mak beli semua aku pakai je. Dulu ayah suka beli sabun buku Fab kaler biru. Ala yang bau punya kuat pastu suka bagi menggelupas kulit jari. Semua orang tak suka sabun tu tapi sebab ayah beli pakai je. Tak cakap pun tak suka. Pakai sampai habis. Same gak biskut tin. Selalu gila beli. Bertin2 dalam loker makanan tu tin saja. Hujung tahun jenuh clearkan tin2 tu.aku sayang nak buang tapi akhir tahun malas nak angkat so penyudahnya tong sampah jugak.tong kosong je. Isinya kompem habis walaupun dengan bersusah payah.

Gemok sentap la bila aku macam tak mau biskut tin tu. Anak ketiga memang sensitip punya orang kan. Aku cakap tak la.aku amik. Cuma aku rasa macam kelakar pulak bawak biskut tin. Betul2 macam budak asrama. Tapi aku memang nak tin tu,senang nak buh biskut nanti. So wat tak tau je orang dok tengok pun. Senyum2 siput jela.

Harini tak rasa lapar sangat pulak. Tadi dah masak air nak wat milo cicah biskut tin. Tapi capai nset taip entri ni baring balik! Huhu. Okey2 bangun dan makan. Semalam masak Pama atas dapur letrik tu elok ja masak. Harini nak makan Pama lagi la. Masak dalam rice cooker takut lama2 rosak rice cooker tu. Kalau dapat makan nasi tengahari ni sedapnya. Nanges.


Just for some thought.

Friday, February 14, 2014

Valentine day,Krismas,Jesus,Quran dan Bible.

Semalam. Kawan sebelah meja,nama Tan. Masa nak balik dia tanya aku "huda u celebrate valentine tak?" Aku geleng terus. Dia terus tanya "u tak boleh celebrate kan. Why ah?" Aku cakap "ala..valentine day tu bukan sweet love story pun. Kan valentine tu bunuh diri. Lagipun valentine tu paderi kan." Adoila huda.jawapan ape kau bagi ni....!

Rupanya dia tak tau valentine tu paderi. Pastu aku sambung "sama juga dengan Krismas. Kami tak boleh wish or celebrate sebab birthday Jesus." Dia tanya "bukan jesus tu nabi u jugak ke. Dia nabi pertama pastu baru nabi Muhammad." Aku jawab "tak. Jesus tu nabi yang second last. Baru Nabi Muhammad. Jesus yang sebenar tak mati kena salib pun. Yang kena salib tu orang lain yang macam Jesus. Masa nak kena salib tu Tuhan tukar Jesus dengan laki lain." Dia gelak sebab aku cakap Tuhan tukar. Aku cakap lagi. "Jesus tu nanti nak kiamat keluar balik. Dia lawan dengan mata satu."

Dia tanya "mata 1 macam dalam Lord of The Ring ka" Aku cakap "tak tengok. Tapi dalam Quran ada cerita semua." Dia cakap "nanti macam mana tau itu Jesus. Dia sudah lama takda nanti takda orang kenal dia pun." Haha aku rasa nak tampar diri sendiri. Tan!!!

Aku jawab "dalam Quran ada cerita semua..." Dia tanya "belum jadi pun ada dalam Quran dah?" Aku cakap "ada. Semua benda pun ada dalam Quran" Dia ingat aku tipu sebab muka tak serius. Haha teruknya aku. Aku sambung lagi. "betul la. Bible pun tu kami punya kitab. Tapi dah banyak tukar. Dah tak betul."

Conversation kami stop sebab ada orang datang. Dia kan HOD,busy. Aku terus cari wikipedia pasal valentine day,Quran dan bible sent kat email dia. Huhu. Aku kena menuntut ni nak berdakwah. Manala tau kan kalau boleh sampai hidayah kat dia melalui conversation tak seberapa camni. Nak tunggu sempurna baru bole berdakwah memang takkan berjalan la dakwah tu.

P/s:Nampak comel bila dia bertanya dengan baby face dia tu.huhu

Say no to Valentine's day!

Tuesday, February 11, 2014

Tuhan jagakan dia...

hanya dirimu yang ku cinta
takkan membuat aku jatuh cinta lagi
aku merasa..
kau yang terbaik untuk diriku
walau ku tahu kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh dariku
apa adanya..
ku kan tetap setia kepadamu
tuhan jagakan dia
dia kekasihku 'kan tetap miliku
aku sungguh mencinti
sungguh menyayangi setulus hatiku
walau ku tahu ku kau tak sempurna
takkan membuat aku jauh darimu
apa adanya.
ku kan tetap setia kepadamu...

What to do?

Yesss
• Di saat kamu ingin melepaskan seseorang. *Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya.         
• Di saat kamu mulai tidak mencintainya. *Ingatlah saat pertama kali kamu jatuh cinta padanya.         
• Di saat kamu mulai bosan dengannya. * Ingatlah selalu saat terindah bersamanya.         
• Di saat kamu ingin menduakannya. *Bayangkan saat dia selalu setia denganmu.         
•Di saat kamu ingin membohonginya. *Ingatlah saat dia jujur padamu.          "Maka kamu akan merasakan erti kehadiran dia untukmu, Jangan sampai di saat dia sudah tiada sisimu, kamu baru menyedari semua erti dirinya untukmu juga."  :') 

What to do?

Monday, February 10, 2014

Melepaskan...

Amat berat melepaskan..sesuatu yang disayangi..tetapi semua pun milik Allah. Bila Allah menghendaki diberikan kepada kita,milik kita lah. Bila Allah menghendaki diberikan kepada orang lain, milik orang lain lah. Semua ada bahagian masing2...

Seperti Iris..rasa sepi dan tak berpunya..itulah perasaan aku... Sepanjang hidup yang kulalui tiada yang benar bersama.. Tiada yang cuba memahami..tiada yang cuba menyelidiki..apa yang terselindung di sebalik wajah dan hati..apa saja yang kelihatan itulah yang dirumusi...

Benar..kita cuma dapat apa yang kita perlu bukan semua yang kita mahu..kerna allah lebih tahu..walaupun mahumu beribu yang dapat mungkin satu..

Kufikirkan kamu yang kuperlu..yang kunanti dari dulu..yang akan setia menemani langkahku..tapi nampaknya bukan begitu..its just me again..and you're still there..never be mine...

Ada hikmahnya...

Isnin 27.1 haritu kan aku eksiden dengan lori. On the way balik kampung dari penang. Kena kat area Kuala Dipang. Dekat dengan Caltex simpang Malim Nawar. Selepas  beberapa hari dok terbayang aku akan eksiden teruk di bahagian depan kereta dan aku memang lebih berjaga jaga,akhirnya kena juga. Blur semacam pula dan rasa nyawa hampir melayang masa tu.

Sebaik kena,aku kol ayah. Ayah tak dapat datang cepat sebab jauh. Dia kol sepupu dan makcik kat bukit pekan suruh datang tengok. Aku masih bertenang. Aku tangkap gambar keta dan whatsapp Gemok. Pastu kol Gemok. Takleh nak bercakap. Aku cuma menangis. Talian terputus pastu whatsapp sampai dari dia. Dia kata masa aku kol dia dah dapat rasa aku eksiden dengan lori. Dia tak mesej aku pun sepanjang aku drive Sebab nak aku concentrate. Memang masa kjadian tu aku tak bermesej pun. Cuma tengok jam kat fon ja.2saat dan aku nampak bontot lori. Sempat brek tapi kena juga.

Pakcik Amir datang. Pastu aku naik dengan tokey bengkel ke balai. Tak lama pastu,Wah sampai. Bawak aku gi bengkel dan hantar aku sampai rumah.

Sepanjang seminggu aku rungsing di rumah. Sensitif tak bertempat. Akhirnya Ahad aku pulang juga ke Penang. Tu pun sebab fikir dah janji dengan tuan rumah baru nak jumpa. Ambik kunci dan bagi deposit. Dalam perjalanan ke stesen bas,Gemok mesej.

Sampai Penang,Gemok jemput. Gi umah tuan umah tu dan pastu baru gi umah sewa baru tu. Amik kunci dan pastu gi cari barang untuk umah baru. Sempat lagi tengok Robocop. Haha. Malam tu aku tido rumah lama lagi. Belum angkat barang ke umah baru pun.

Esok paginya. Dia hantar aku gi kerja. Balik pun dia jemput. Malam tu kami angkat barang. Dengan mak abah dia sekali. Kesian. Tapi masa tu rasa macam masuk asrama pulak. Sebab aku dah pindah 2-3kali tapi semuanya aku setel sendiri. Kalini ada bantuan. Hehe. Malam tu,aku tido umah dia. Sebab tak sure transport lagi.

Esok paginya. Dia juga yang hantar gi kerja. Balik naik van kilang. Malam datang hantar makanan pulak. Terharu. Dahla jauh. Rumah dulu 5km je takpela. Esoknya aku nak balik kerja awal. Van kilang kol 7. Mintak dia jemput 5.30. Dia datang juga.

Jumaat aku balik 7.30 pun dia datang jemput. Gi makan pastu tengok maharaja lawak mega Final. Esoknya hantar aku gi tuisyen lagi kat Penang. Mula nak suruh dia hantar sampai Jeti ja. Tapi dia hantar sampai depan rumah. Balik pun dia jemput kat jeti. Sempat gi beli my feveret oblong lagi. Hehe.

Tadi pun hantar makan lagi. Berapa hari ni dok bincang pasal beli langsir,TV, iron board pun. Huhu. Haa jangan fikir bukan2,aku dok sorang. Jumpa pun kat bawah je.

Malam tadi masa nak datang hantar makanan, dia kononnya nak surprisekan aku. Tapi nada aku biasa ja. Terus dia sentap. Pastu aku update status pulak cakap sedih sebab kol 10 baru nak tanya lapar tak. Lagi sentap la. Adoiii merajuk pulak.

Jujurnya aku bersyukur dia sudi tolong. Bukan takda kawan pompuan. Tapi sejak di penang kebanyakan kawan pompuan kat sini memang jarang yang baik hati dan tak berkira. Ada la peristiwa dulu masa baru sampai penang. Sejak tu aku serik dah. Gemok pun,dia yang offer nak hantar@jemput gi balik kerja. Sementara dia masih cuti. Bila dia stat keja esok ni,susahla dah. Tu yang kena naik van jugak. Takkanla nak susahkan dia hari2. Berpada2 la kan.

Thank you my best friend! Allah ja bole balas pertolongan anda...

Friday, February 7, 2014

Cuba loosen up

One friend of mine nana ada bagi satu quote kat group whatsapp.  The less u give a damn, the more happier you are.

Betul juga camtu. Kadang2 aku terlalu fikir sangat. Dan banyak masa memang jarang bercerita ngan sesapa. Jadi muka selalu ketat,berkerut. Memang muka sukar didekati. Dan buat orang senang salah faham. Tak bercerita sebab takut orang judge. Kat blog cerita apa pun takpe sebab kebanyakannya tak kenal. Haha.

Dulu2 blog aku banyak luahan perasaan. Status FB pun. Mesti orang stres tengok. Sebab ada orang komen cakap camtu. Camne orang bole tak serabut tengok kalau aku pun serabut dengan sendiri. Haha.

Malam tadi kol 4pagi mimpi sedih. Orang kate tak elok nangis bila bangun tido. Sebab macam tak syukur nikmat kot. Tapi bukan bangun2 terus nangis. Aku nangis dalam hati dari dalam mimpi lagi. Bila bangun. Aku fikir balik mimpi tu,cuba tafsirkan dan mesej. Baru nangis betul2. Tak dapat bayang keadaan aku.perasaan aku. Menjadi keping keping...setelah kau pergi...

Ya Allah,kuatkanlah hatiku dan berikan aku ketabahan menghadapi segala dugaan hidup. Hidup ni cuma pentas ujian. Orang yang tabah InsyaAllah berjaya dan gembira...

Wednesday, February 5, 2014

Nasi Ayam My Sayang.

Amboi my sayang pulak. Huhu. Nasi ni Gemok bagi. Nasi mak dia masak dengan sambal tu. Ayam,sup,kicap Gemok yang wat. Nampak menarik tak? I like!

Naik van kilang.

Pagi tadi start naik van kilang. Setelah 2hari Gemok hantar gi kerja. Sian gak dia hantar. Jauh kot. Dengan tak mandi lagi tu. Tapi wangi so takpe. Haha

Van kilang sampai 6.20 katenye. Maka aku agak bangun 5.45 ok la. Dulu masa kja canon. Masuk kol 8 tapi kena naik bas 6.30. Sampai canon kol 7. Hari first aku bangun 5.30 kot. Punya awal. Last2 aku bangun 5.55 setiap hari. Penah sekali ja terjaga 6.15. Nasib baik makteh kejutkan. Dia heran napa aku tak bangun2. Betul tudung pun dalam bas. Nasib bas tunggu sebab makteh suh tunggu jap. Kalau kena tinggal memang haru.

Aku cite kat Fizah. Dia terkejut campur hairan bila aku cakap bangun punya awal camtu. Dia cakap masa sekolah kan hang kuat tido. Haha kuang ajaq!. Sejak aku masuk matrik aku dah tak kuat tido kot.

Sambung balik cite.

Aku bangun 5.50 tadi. Relak2 sebab solat kat kilang. Nak smayang kat umah memang tak dan dah sebab masuk waktu pun 6.17. Van sampai 6.25. Aku seram dah jalan tengah gelap camtu pastu kena tunggu dalam 5minit tepi tu. Kalau kena pape memang selamat la. Ish scary.

Sampai kilang 6.45 terus punch. Gi opis. Semua orang terkejut tengok mai awal. Tapi pas solat aku tido jela kat meja. Dapatla 10minit pun tido. Sakit tengkuk tido camtu. Kesannya sampai sekarang mata ngantuk pedih. Berapa hari dah tak cukup tido. Muka pun jadi kusam semacam ja.

Ngadu kat Gemok. Dia cakap. Bertahanla 4minggu. Ambik pengalaman. Sobsss.

Saturday, February 1, 2014

Stress.

Tanpa kereta orang cakap patah kaki. Tapi kes aku bukan patah kaki lagi. Lumpuh terus. Nak gi keje takleh.nak gi tuisyen lagi la. Memang lumpuh.

Masa mula keje memang ade lesen siap. Mak janji dapat keje nanti mak belikan motor. Okay lega. Tapi last2 tumpang kete orang. Berbulan jugak la. Sampai la orang yang menumpangkan tu dok tarik muka. Aku pun da tak sanggup menumpang dah. Beli kete tergesa2.

Tapi dah dapat kete. Masalah bile eksiden pulak. Sebelum ni takpela apis ade leh ambik anta gi keje. Sekarang ni memang takde la.sewa teksi la kot 2minggu. Gila. Mau rm500 kot 2minggu.gi balik keje je pun. Nak naik van kilang aku keje normal. Kalau syif takpela.

Nak pinjam moto@kete kat umah ni. Jangan harapla. Suma nya orang guna. Aku je poyo sanggup balik kampung sebab ingat mak nak gi klang.kene la guna kete aku. Kete ayah bukan leh jalan jauh pun. Bila aku takde kete wa fikirla  sendiri. Sape kate anak sulung best?

Nak benti dok umah pun susah jugak sebab takde pendapatan. Lagipun barang kat penang kena angkut jugak. Memang ikot hati nak benti je. Lepas dapat kete baru gi keje balik. Boleh camtu?