Mari join..:)

Monday, January 13, 2014

Sedih.

Aku memang seorang penyedih sejak kecil. Entah kenape,dari kecik aku selalu hidup dalam dunia aku. Aku berfikir tentang pandangan orang terhadap aku. Layanan orang terhadap aku. Terutamanya yang terhampir denganku.

Masa kecik aku selalu sentap dengan mak. Sebab sejak dapat adik memang ayahlah yang banyak menjaga aku. Bila malam2 menangis ayah yang akan berjaga melayan aku. Mak dengar,tapi dia akan bangunkan ayah untuk pergi kat aku. Jadi sampai besar aku rasa lebih dekat dengan ayah.

Masa aku darjah 3,aku mintak mak tolong ajar aku math. Masa tadika mak aku dah ajar aku bahagi. Aku memang suka math. Jadi selalu tanya mak kalau tak tau. Tapi masa tu mak ngah sibuk. Jadi aku kena marah. Sejak tu tak pernah mintak mak ajar lagi. Aku berusaha belajar sendiri semuanya. Terbawak2 sampai besar. Kat sekolah pun camtu. Lagi suka belajar sendiri. Tak reti pay attention dalam kelas.

Masuk asrama aku selalu sedih bila pisah dengan mak ayah. Rasa ditinggalkan dengan orang2 yang kejam. Peraturan asrama kejam. Senior2 kejam. Dunia kejam. Sampai kawan2 pun pelik kot dengan aku. Sebab selalu sorang. Tapi takla sampai tak berkawan. Cuma aku memang jenis betul rapat sorang dua ja. Aku rendah diri. Kawan2 ramai orang kaya.

Tapi masa tu pelik. Kawan2 ramai yang rapat dengan mak. Masa tu aku fikir mak tak pernah sayang aku. Ayah ja yang sayang. Sampai umur aku 14,ayah tengking aku sebab susahkan mak. Memang salah aku sebab mintak tolong mak jahitkan projek aku. Tapi aku sentap. Aku jadikan adik yang dalam kandungan mak masa tu musuh. Aku tak nak jaga dia lepas dia lahir. Mak perasan. Tapi tak tau sebab apa aku camtu. Kebudak budakan betul aku ni.

Tapi ayah sedar bila aku sentap. Sebab bila aku sentap ja automatik dia akan cuba amik hati aku balik. So aku tau la dia tau yang aku sentap. Tapi aku buat2 tak sentap dah lepas tu. Sebab tak nak orang susah hati semata mata nak gembirakan aku. Bila fikir balik Gemok pun cam ayah. Sebab tu aku sayang dia. Hurmm.

Tapi sifat aku ni buatkan aku selalu menyendiri. Macam orang yang tak berkawan. Sejak masuk sekola menengah,aku tak berkawan dah dengan kawan sekampung.mak cakap aku menyombong. Tapi aku kekok sebenarnya. Lagipun diorang pun tak cari aku. Aku jenis pemalu nak pergi rumah kawan2. Kalau diorang datang ajak jalan2 ke takpela jugak. Huhu. Tah pape.

Sampai besar ni. Memang aku berkawan dengan adik beradik je. Tu pun tak la rapat dengan semua. Selalu aku baik dengan adik yang kecik2 je. Sebab yang besar selalu condemn aku. Huhu. Masa kecik aku selalu gaduh dengan dila.tarik rambut pun ada. Tapi bila dia masuk asrama kami start ok. Apis selalu condemn aku sebab pendek. Pastu tak minat buat kerja rumah. Ala time aku buat pun bukan dia nampak. Tapi memang aku tak berapa minat kerja rumah. Tu pun ada hati nak jadi surirumah kononnya. Huhu.

Masa form4 aku selalu nangis sorang2. Tapi aku wat2 macam tido. Dah terer nangis tak kuar bunyi kan. Masa tu aku ada problem kesihatan. Tapi aku tak bagitau family. Yang tau pun fizah dengan mun. Tapi orang lain ingat aku kuat tido. Lepas menangis memang aku senang tido... Ni pun nak tertido dah.

Ramai ingat aku ade pape dengan Gemok. Tapi serius,dia cuma kawan. Aku tak nak suka kat lelaki dulu dah. Tak mau kecewa. Orang cakap "janganlah jadi perempuan yang mahukan lelaki. Tapi jadilah perempuan yang diinginkan semua lelaki." aku tau aku pun tak sebagus mana. Jadi aku cuma boleh improve sikit2 dan tunggu orang yang boleh terima aku seadanya. Yang penting dia sayangkan aku barulah boleh accept kekurangan aku kan. Dan orangnya bukanlah Gemok. Dia wat macam2 untuk aku sebagai kawan. Tapi sebab rapat,kawan2 aku ingatkan kami kapel. Family aku pun ingat camtu. Tapi aku tak pernah bagi harapan kat diorang yang dia tu calon suami. Bila diorang tanya bila nak kawin aku jawab "takde orang nak" je. Aku berkawan pun tak mau. Takde hati nak kawan dengan lelaki. Ni kan pulak nak kawin. Ada hati kat orang,takkan berbalas punya. Jadi tak nak fikir soal tu lagi. Gemok pun bahagia sekarang. Aku dah macam rachel dalam "my heart". Huhu. Dari muda dulu,member laki pun selalu cakap yang aku ni boleh buat kawan je. Camne tah ayat diorang tu. Tapi bermaksud yang camtu la. Macam tak sesuai jadi awek@bini. Haha sadiss.

Dari dulu fikir nak bawak diri. Memang sekarang pun bawak diri kat penang. Selalu terfikir nak balik kerja dekat rumah. Tapi takut nanti bila jadi pape takde tempat nak lari. Bila sedih mak ayah boleh tau. Aku nak diorang ingat aku hepi je. Tapi sekarang memang rindu nak balik rumah. Ada adik yang aku boleh layan. Walaupun apis selalu marah sebab aku selalu manjakan adik. Biarlah. Nak manjakan sapa lagi kalau bukan adik. Anak tak taulah bila tahun baru ada rezeki. Ada gak terfikir nak anak angkat. Tapi susah pulak nanti nak menjaga. Bukan tau sangat.

Mata bengkak sangat dah ni. Fikir camna hidup lepas ni. Aku memang lembut hati,tak susah nak pujuk. Tapi cukuplah kot. Tak mau jadi kebencian orang. Tak nak susahkan orang. Tak larat bersedih. Andai tiada iman,pasti ni entri terakhir dari aku. Aku takkan ada dalam dunia lagi. Tapi sabarlah. Ajal maut di tangan Allah. Nasib orang seperti aku. Tiada yang sudi mengerti.

Berbahagialah,Gemok.

No comments:

Post a Comment