Mari join..:)

Tuesday, January 14, 2014

Mak angkat dan kawan baik.

Mak gemok.mak angkat aku.gemok.kawan baik aku. Orang yang tengok kami rapat semua kate ade pape. Bila cerita dengan member2 semua ingat kapel dan mak Gemok bakal mertua. Haha.

Once upon a time, ya memang betul benda tu. Tapi dah lama bukan. Kenapa? Jawapan cliche,aku sesuai jadi kawan ja untuk ramai orang. Hehe. Cliche tapi sentiasa boleh bwat sentap.

Tapi tulah. Aku sendiri takde feeling nak bercinta macam orang lain. So inilah jalan aku. Allah Maha Tahu. Allah tahu aku dari dulu tak nak bercinta. Nak kawin pun teringin tapi tak mampu bayang pape. Sebab kelakar kalau fikir diri sendiri nak kawin. Malang bebenor laki aku tu.

Sonok jadi asy,kawan aku yang nak amik phd tu. Dia cakap,takde laki suka ulat buku cam dia. Pastu dok habiskan masa dengan lecturing, buku2,research. Aku ni apa pun takda. Haha. Dari dulu aku memang tak ambitious. Aku belajar sebab nak belajar. Takde cita2 khusus. Takde matlamat. Asal parents hepi dengan results exam aku,aku okey je. Takyah result bagus sangat. Cukup bagus untuk parents sudah. Tu la dulu cikgu umi maznom bising. Katanya aku boleh dapat result excellent tapi banyak main. Haha padahal memang banyak subjek yang aku tak minat. Dulu jeles dengan sufiah yang genius maths tu sebab bole belajar math tahyah susah2 masuk sekolah macam aku. Melencong dah.

Memang banyak hikmahnya kenal Gemok. Tapi dalam masa yang sama,aku tetap seorang loser. Aku tak pandai nak sayang orang,aku rase. Sebab dengan kawan2 pun bukan semua aku rapat. Walaupun aku care pasal diorang. Tapi jarang buat pape untuk diorang. Macam celebrate besday ke,shopping same2 ke,holiday ke. Tak pernah. Teruk. Aku rasa kalau aku ubah jadi lebih loving,mungkin aku akan dapat cinta. Tapi bagaimana?

4 comments:

  1. ish. nape malang pula. InsyaAllah. ALLAH dah tetapkan jodoh yg terbaik untuk setiap umatnya :) salam maulidur rasul sis!

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Hihi..sy pelik sikit.sbr jelah org tu nnt dpt wife sengal camni..hehe

    ReplyDelete
  4. lar...kite mati2 igt gemok tu boifren awak, bakal hasben awak. bukan ke??

    ReplyDelete