Mari join..:)

Sunday, January 26, 2014

Dah kawin dah...

Semalam abang Fizah bertunang. Jadi aku lepak umah fizah dari Jumaat malam lepas tuisyen. Ni pun kat umah dia lagi ni. Line tenet kurang sikit sini. Tapi better la dari umah aku kat kampung.

Sedara mara Fizah ramai yang datang dari Perak. Malu tapi last2 dapat anak dua orang.hehe. Takdela. Kakak sepupu fizah ada anak kembar. Comel betul. Tu yang jadi macam anak tu. Dari lepas diorang balik semalam aku dah rindu kat babies tu. Masa majlis semalam aku dok pegang kembar tu. Jap abang pastu adiknya pulak. Pegang dua2 sekali tak mampu la.

Fizah cite. Jumaat tu. Ex dia nikah dah. Aku kenal la jugak ex dia tu sebab ada jumpa beberapa kali pastu yang aku dok jual kek kat kilang tu,ayah dia la yang buat kek kek tu.

Aku tanya Fizah,sedih ke. Dia kate biase je.

Fizah kapel ngan laki tu 3tahun camtu. Tapi kawan dari lepas SPM la. Katenye dulu laki tu jenis ambik mudah hubungan diorang. Macam main tarik tali la jugak laki tu. Fizah rase macam dia yang terhegeh2 kat laki tu. Last2 dia tawar hati dah kat laki tu. Baru la laki tu pulak yang hegeh2 nak kat dia. Pulak. Macam kes aku jugak la dulu. Pastu abang fizah ngan kawan dia ada g jumpa laki tu. Laki tu cakap fizah takmau kat dia sebab tak setaraf. Hmm pulak dah. Fizah taktau pun pasal abang dia gi jumpa laki tu tu.

Aku ada kawan biasa dengan orang. Takdela suka pun lagi. Sebabnye ala korang tau kan aku suka sapa. Tapi sebab cinta aku pun macam sebelah tangan la jugak maka ada la mase tu aku cuba bagi peluang kat laki lain untuk rapat. Tapi laki tu suka rendah diri sangat. Cakap tak hensem la ape la. Last2 aku pun boring dan tawar hati. Terus abaikan dia. Pastu sampai sekarang pun ada mesej aku jugak kadang2. Tapi serius memang aku takde hati dah nak berkawan pun dengan dia. Biarlah aku takde hubungan istimewa pun dengan Gemok asalkan aku hepi kawan macam dia. Bagi aku,memang sekarang aku nampak kesian. Tapi satu hari nanti mesti ada orang yang sayang aku macam apa yang aku rasa dengan Gemok. Allah kan Maha Adil. Dulu sedih takkan selamanya sedih kan. Walaupun tak tau lagi bila dan siapa. I'm positive.

Aku rasa aku spesies cam fizah jugak. Kan kami sama zodiak. Cewah konon bila sama zodiak perangai pun sama. Tapi betul. Memang bila dah tawar hati takde ape yang bole buat kite patah balik. Sapa suruh tak hargai kita kan. Aku rasa sapa pun akan rasa camni. Cuma jodoh je yang bole buat bersama balik. Macam kes Amsal&Raiq. Kawan 3tahun.putus setahun kot. Sambung balik pasty kawin dah pun bulan 11 taun lepas. Memang jodoh kuat.

Sebagai bestfren, aku rasa Fizah mesti kawin dengan orang yang loaded. Sebab biasanya kita jodoh dengan orang sekufu. Macam abang fizah,tunang dengan anak Dato. Sesuai la. Macam mak&ayah aku. Dua2 orang kampung. Kampung lain2 la.Pun sesuai. So aku rasa aku pun akan kawin dengan orang kampung macam aku jugak. Tak tau sape jelah. Sebab aku pun takde teringin nak kawin orang kaya2 ni. Tak sekufu kan. Tak bole bayang pun camne. Huhu.

Ape2 pun. Jodoh memang rahsia Allah. Masa hari kita bernikah nanti kita akan rasa sweetnya Allah.temukan jodoh kita dengan cara begitu begini. Setiap cerita orang tak sama. Lagi sweet dari novel2 rekaan manusia tu.

1 comment:

  1. Betull. Bila kita dah tawar hati. Ckp apa pun xguna dahhh. Xp. Ada jodoh tu nanti. DIA dah tetapkannn yg terbaik utk kita ":)

    ReplyDelete