Mari join..:)

Monday, January 27, 2014

Couple seat.

Tengok wayang kat Pacific petang tadi. Berzaman dah kot tak tengok kat situ. Cite I,Frankenstein.

Masa beli tiket. Aku ada la tepi tu. Gemok yang beli tiket. Masa pilih seat aku nampak dia tunjuk bawah sekali. Aku tanya la "dok depan sekali ke?" Dia cakap haah. Padahal tengok banyak je seat kosong. Tapi orang tu issue ticket dah pun. redha jelah.

Gi makan jap baru g balik. Laksa tu bau semacam tapi Gemok cakap okey je. First time makan laksa rasa macam nak muntah dengan bau dia. Macam hanyir. Urghh. Spoil.

Masuk panggung dia cakap nak g toilet jup. Tapi dia escort masuk hall dulu. Aku kalut la mintak tiket nak tau seat nombor berapa. Dah kate depan kan. Satg orang marah kalau diri lama2 cari seat. Malu pun malu.

Pastu dia bagi gak tiket. Dia cakap sebenarnya kite dok belakang ni je. Pastu dia blah. Aku terpinga2 ja. Pas dia masuk balik terus dia cakap kat aku. "Tadi masa beli tiket kan dia ada sekali. Takkanla tak pasan amik seat apa."

Mana la tau. Dah tak pernah dok couple seat. -.-"

No comments:

Post a Comment