Mari join..:)

Wednesday, January 29, 2014

Minum petang bersama ayah.

Menenangkan diri selepas kejadian sedih hari Isnin lepas. Makan Gado Gado kat Medan selera depan Menara Condong Teluk Intan. Nyaman aih. Berdua ja kami.

Monday, January 27, 2014

Couple seat.

Tengok wayang kat Pacific petang tadi. Berzaman dah kot tak tengok kat situ. Cite I,Frankenstein.

Masa beli tiket. Aku ada la tepi tu. Gemok yang beli tiket. Masa pilih seat aku nampak dia tunjuk bawah sekali. Aku tanya la "dok depan sekali ke?" Dia cakap haah. Padahal tengok banyak je seat kosong. Tapi orang tu issue ticket dah pun. redha jelah.

Gi makan jap baru g balik. Laksa tu bau semacam tapi Gemok cakap okey je. First time makan laksa rasa macam nak muntah dengan bau dia. Macam hanyir. Urghh. Spoil.

Masuk panggung dia cakap nak g toilet jup. Tapi dia escort masuk hall dulu. Aku kalut la mintak tiket nak tau seat nombor berapa. Dah kate depan kan. Satg orang marah kalau diri lama2 cari seat. Malu pun malu.

Pastu dia bagi gak tiket. Dia cakap sebenarnya kite dok belakang ni je. Pastu dia blah. Aku terpinga2 ja. Pas dia masuk balik terus dia cakap kat aku. "Tadi masa beli tiket kan dia ada sekali. Takkanla tak pasan amik seat apa."

Mana la tau. Dah tak pernah dok couple seat. -.-"

Sunday, January 26, 2014

Dah kawin dah...

Semalam abang Fizah bertunang. Jadi aku lepak umah fizah dari Jumaat malam lepas tuisyen. Ni pun kat umah dia lagi ni. Line tenet kurang sikit sini. Tapi better la dari umah aku kat kampung.

Sedara mara Fizah ramai yang datang dari Perak. Malu tapi last2 dapat anak dua orang.hehe. Takdela. Kakak sepupu fizah ada anak kembar. Comel betul. Tu yang jadi macam anak tu. Dari lepas diorang balik semalam aku dah rindu kat babies tu. Masa majlis semalam aku dok pegang kembar tu. Jap abang pastu adiknya pulak. Pegang dua2 sekali tak mampu la.

Fizah cite. Jumaat tu. Ex dia nikah dah. Aku kenal la jugak ex dia tu sebab ada jumpa beberapa kali pastu yang aku dok jual kek kat kilang tu,ayah dia la yang buat kek kek tu.

Aku tanya Fizah,sedih ke. Dia kate biase je.

Fizah kapel ngan laki tu 3tahun camtu. Tapi kawan dari lepas SPM la. Katenye dulu laki tu jenis ambik mudah hubungan diorang. Macam main tarik tali la jugak laki tu. Fizah rase macam dia yang terhegeh2 kat laki tu. Last2 dia tawar hati dah kat laki tu. Baru la laki tu pulak yang hegeh2 nak kat dia. Pulak. Macam kes aku jugak la dulu. Pastu abang fizah ngan kawan dia ada g jumpa laki tu. Laki tu cakap fizah takmau kat dia sebab tak setaraf. Hmm pulak dah. Fizah taktau pun pasal abang dia gi jumpa laki tu tu.

Aku ada kawan biasa dengan orang. Takdela suka pun lagi. Sebabnye ala korang tau kan aku suka sapa. Tapi sebab cinta aku pun macam sebelah tangan la jugak maka ada la mase tu aku cuba bagi peluang kat laki lain untuk rapat. Tapi laki tu suka rendah diri sangat. Cakap tak hensem la ape la. Last2 aku pun boring dan tawar hati. Terus abaikan dia. Pastu sampai sekarang pun ada mesej aku jugak kadang2. Tapi serius memang aku takde hati dah nak berkawan pun dengan dia. Biarlah aku takde hubungan istimewa pun dengan Gemok asalkan aku hepi kawan macam dia. Bagi aku,memang sekarang aku nampak kesian. Tapi satu hari nanti mesti ada orang yang sayang aku macam apa yang aku rasa dengan Gemok. Allah kan Maha Adil. Dulu sedih takkan selamanya sedih kan. Walaupun tak tau lagi bila dan siapa. I'm positive.

Aku rasa aku spesies cam fizah jugak. Kan kami sama zodiak. Cewah konon bila sama zodiak perangai pun sama. Tapi betul. Memang bila dah tawar hati takde ape yang bole buat kite patah balik. Sapa suruh tak hargai kita kan. Aku rasa sapa pun akan rasa camni. Cuma jodoh je yang bole buat bersama balik. Macam kes Amsal&Raiq. Kawan 3tahun.putus setahun kot. Sambung balik pasty kawin dah pun bulan 11 taun lepas. Memang jodoh kuat.

Sebagai bestfren, aku rasa Fizah mesti kawin dengan orang yang loaded. Sebab biasanya kita jodoh dengan orang sekufu. Macam abang fizah,tunang dengan anak Dato. Sesuai la. Macam mak&ayah aku. Dua2 orang kampung. Kampung lain2 la.Pun sesuai. So aku rasa aku pun akan kawin dengan orang kampung macam aku jugak. Tak tau sape jelah. Sebab aku pun takde teringin nak kawin orang kaya2 ni. Tak sekufu kan. Tak bole bayang pun camne. Huhu.

Ape2 pun. Jodoh memang rahsia Allah. Masa hari kita bernikah nanti kita akan rasa sweetnya Allah.temukan jodoh kita dengan cara begitu begini. Setiap cerita orang tak sama. Lagi sweet dari novel2 rekaan manusia tu.

Thursday, January 23, 2014

Kena tukar...

Semalam lepas meeting. Bos suruh tunggu jap. Samada nak sebut pasal confirmation or benda lain. Entah.

Pastu katanya aku akan ditransfer jadi process engineer. Sebab dia takda masa nak guide@ambik tau pasal aku. Dia kan manager..memang busy. So jadi proses engineer,dapat H.O.D baru tapi keja lebih kurang sama. Ok la.

Takde mood nak keja.

Friday, January 17, 2014

Hepi besday Kak Ilya...hehe

Pose sakan dengan teddy bear orang. Huhu. Semalam teman hanana pegi pacific belikan hadiah kak ilya.macam jakun la tak pernah dapat bear besar kan. Dulu pun ada la dapat bear nana bagi mase besday bilatah. Dari Didie pun ada masa matrik. Selain tu penah dapat bantal strawberry dan spongebob masa besday. Hehe. Semua dari bestfrensss je... Sygggg korgg Pas beli hadiah cari kek baru gi umah kak shud. Hanana beli kek aiskrim kat kak ilya. Aiskrim coklat. Nyum2. RM55 je 1KG. Atas dia pnuh buah.oh lupe snap! Kol 11 bertolak gi umah sewa kak ilya kat tasik mutiara. Tengok dia dah tido. Aku bukan main ngantok lagi sebab deret ot dari hari rabu pastu rabu tu balik tuisyen dekat kol 11 dah. Tapi kat umah k.ilya tak berani nak tido sebab takut kucing kak As mai tindih aku. Macam kena cabul pulak rasenye. Sobsss. Kak Ilya hepi gile dapat bear tu. Sonok pulak prank kawan2 camni. Aku penah sekali kena prank camtu masa unimas first year. Sem2. Kena curah ngan air.habis basah tilam aku. Aku dahla tido awal pulak. Terkejut la.Huhu. Tak pepasal mandi balik tengah2 malam camtu. Thanx angie and frensss! Neway hepi besday k. Ilya yang ke-30!!! MAY ALLAH BLESS U!

Wednesday, January 15, 2014

Hati ini..

''Hidup aku macam tisu , kotor dibuang bersih dipakai,
''Hidup aku macam pengemis , meminta minta perhatian dri orang.
''Hidup aku macam binatang , dilayan bagai tiada
perasaan. ''Hendak dibuang "sayang" , hendak dilupakan
"rindu" (T.T) 

Buat Ku Menangis..

Semalam Gemok hantar mesej ni. Wat ku nanes terharu dan macam2 lagi. Sobsss.

Tuesday, January 14, 2014

Mak angkat dan kawan baik.

Mak gemok.mak angkat aku.gemok.kawan baik aku. Orang yang tengok kami rapat semua kate ade pape. Bila cerita dengan member2 semua ingat kapel dan mak Gemok bakal mertua. Haha.

Once upon a time, ya memang betul benda tu. Tapi dah lama bukan. Kenapa? Jawapan cliche,aku sesuai jadi kawan ja untuk ramai orang. Hehe. Cliche tapi sentiasa boleh bwat sentap.

Tapi tulah. Aku sendiri takde feeling nak bercinta macam orang lain. So inilah jalan aku. Allah Maha Tahu. Allah tahu aku dari dulu tak nak bercinta. Nak kawin pun teringin tapi tak mampu bayang pape. Sebab kelakar kalau fikir diri sendiri nak kawin. Malang bebenor laki aku tu.

Sonok jadi asy,kawan aku yang nak amik phd tu. Dia cakap,takde laki suka ulat buku cam dia. Pastu dok habiskan masa dengan lecturing, buku2,research. Aku ni apa pun takda. Haha. Dari dulu aku memang tak ambitious. Aku belajar sebab nak belajar. Takde cita2 khusus. Takde matlamat. Asal parents hepi dengan results exam aku,aku okey je. Takyah result bagus sangat. Cukup bagus untuk parents sudah. Tu la dulu cikgu umi maznom bising. Katanya aku boleh dapat result excellent tapi banyak main. Haha padahal memang banyak subjek yang aku tak minat. Dulu jeles dengan sufiah yang genius maths tu sebab bole belajar math tahyah susah2 masuk sekolah macam aku. Melencong dah.

Memang banyak hikmahnya kenal Gemok. Tapi dalam masa yang sama,aku tetap seorang loser. Aku tak pandai nak sayang orang,aku rase. Sebab dengan kawan2 pun bukan semua aku rapat. Walaupun aku care pasal diorang. Tapi jarang buat pape untuk diorang. Macam celebrate besday ke,shopping same2 ke,holiday ke. Tak pernah. Teruk. Aku rasa kalau aku ubah jadi lebih loving,mungkin aku akan dapat cinta. Tapi bagaimana?

Monday, January 13, 2014

Sedih.

Aku memang seorang penyedih sejak kecil. Entah kenape,dari kecik aku selalu hidup dalam dunia aku. Aku berfikir tentang pandangan orang terhadap aku. Layanan orang terhadap aku. Terutamanya yang terhampir denganku.

Masa kecik aku selalu sentap dengan mak. Sebab sejak dapat adik memang ayahlah yang banyak menjaga aku. Bila malam2 menangis ayah yang akan berjaga melayan aku. Mak dengar,tapi dia akan bangunkan ayah untuk pergi kat aku. Jadi sampai besar aku rasa lebih dekat dengan ayah.

Masa aku darjah 3,aku mintak mak tolong ajar aku math. Masa tadika mak aku dah ajar aku bahagi. Aku memang suka math. Jadi selalu tanya mak kalau tak tau. Tapi masa tu mak ngah sibuk. Jadi aku kena marah. Sejak tu tak pernah mintak mak ajar lagi. Aku berusaha belajar sendiri semuanya. Terbawak2 sampai besar. Kat sekolah pun camtu. Lagi suka belajar sendiri. Tak reti pay attention dalam kelas.

Masuk asrama aku selalu sedih bila pisah dengan mak ayah. Rasa ditinggalkan dengan orang2 yang kejam. Peraturan asrama kejam. Senior2 kejam. Dunia kejam. Sampai kawan2 pun pelik kot dengan aku. Sebab selalu sorang. Tapi takla sampai tak berkawan. Cuma aku memang jenis betul rapat sorang dua ja. Aku rendah diri. Kawan2 ramai orang kaya.

Tapi masa tu pelik. Kawan2 ramai yang rapat dengan mak. Masa tu aku fikir mak tak pernah sayang aku. Ayah ja yang sayang. Sampai umur aku 14,ayah tengking aku sebab susahkan mak. Memang salah aku sebab mintak tolong mak jahitkan projek aku. Tapi aku sentap. Aku jadikan adik yang dalam kandungan mak masa tu musuh. Aku tak nak jaga dia lepas dia lahir. Mak perasan. Tapi tak tau sebab apa aku camtu. Kebudak budakan betul aku ni.

Tapi ayah sedar bila aku sentap. Sebab bila aku sentap ja automatik dia akan cuba amik hati aku balik. So aku tau la dia tau yang aku sentap. Tapi aku buat2 tak sentap dah lepas tu. Sebab tak nak orang susah hati semata mata nak gembirakan aku. Bila fikir balik Gemok pun cam ayah. Sebab tu aku sayang dia. Hurmm.

Tapi sifat aku ni buatkan aku selalu menyendiri. Macam orang yang tak berkawan. Sejak masuk sekola menengah,aku tak berkawan dah dengan kawan sekampung.mak cakap aku menyombong. Tapi aku kekok sebenarnya. Lagipun diorang pun tak cari aku. Aku jenis pemalu nak pergi rumah kawan2. Kalau diorang datang ajak jalan2 ke takpela jugak. Huhu. Tah pape.

Sampai besar ni. Memang aku berkawan dengan adik beradik je. Tu pun tak la rapat dengan semua. Selalu aku baik dengan adik yang kecik2 je. Sebab yang besar selalu condemn aku. Huhu. Masa kecik aku selalu gaduh dengan dila.tarik rambut pun ada. Tapi bila dia masuk asrama kami start ok. Apis selalu condemn aku sebab pendek. Pastu tak minat buat kerja rumah. Ala time aku buat pun bukan dia nampak. Tapi memang aku tak berapa minat kerja rumah. Tu pun ada hati nak jadi surirumah kononnya. Huhu.

Masa form4 aku selalu nangis sorang2. Tapi aku wat2 macam tido. Dah terer nangis tak kuar bunyi kan. Masa tu aku ada problem kesihatan. Tapi aku tak bagitau family. Yang tau pun fizah dengan mun. Tapi orang lain ingat aku kuat tido. Lepas menangis memang aku senang tido... Ni pun nak tertido dah.

Ramai ingat aku ade pape dengan Gemok. Tapi serius,dia cuma kawan. Aku tak nak suka kat lelaki dulu dah. Tak mau kecewa. Orang cakap "janganlah jadi perempuan yang mahukan lelaki. Tapi jadilah perempuan yang diinginkan semua lelaki." aku tau aku pun tak sebagus mana. Jadi aku cuma boleh improve sikit2 dan tunggu orang yang boleh terima aku seadanya. Yang penting dia sayangkan aku barulah boleh accept kekurangan aku kan. Dan orangnya bukanlah Gemok. Dia wat macam2 untuk aku sebagai kawan. Tapi sebab rapat,kawan2 aku ingatkan kami kapel. Family aku pun ingat camtu. Tapi aku tak pernah bagi harapan kat diorang yang dia tu calon suami. Bila diorang tanya bila nak kawin aku jawab "takde orang nak" je. Aku berkawan pun tak mau. Takde hati nak kawan dengan lelaki. Ni kan pulak nak kawin. Ada hati kat orang,takkan berbalas punya. Jadi tak nak fikir soal tu lagi. Gemok pun bahagia sekarang. Aku dah macam rachel dalam "my heart". Huhu. Dari muda dulu,member laki pun selalu cakap yang aku ni boleh buat kawan je. Camne tah ayat diorang tu. Tapi bermaksud yang camtu la. Macam tak sesuai jadi awek@bini. Haha sadiss.

Dari dulu fikir nak bawak diri. Memang sekarang pun bawak diri kat penang. Selalu terfikir nak balik kerja dekat rumah. Tapi takut nanti bila jadi pape takde tempat nak lari. Bila sedih mak ayah boleh tau. Aku nak diorang ingat aku hepi je. Tapi sekarang memang rindu nak balik rumah. Ada adik yang aku boleh layan. Walaupun apis selalu marah sebab aku selalu manjakan adik. Biarlah. Nak manjakan sapa lagi kalau bukan adik. Anak tak taulah bila tahun baru ada rezeki. Ada gak terfikir nak anak angkat. Tapi susah pulak nanti nak menjaga. Bukan tau sangat.

Mata bengkak sangat dah ni. Fikir camna hidup lepas ni. Aku memang lembut hati,tak susah nak pujuk. Tapi cukuplah kot. Tak mau jadi kebencian orang. Tak nak susahkan orang. Tak larat bersedih. Andai tiada iman,pasti ni entri terakhir dari aku. Aku takkan ada dalam dunia lagi. Tapi sabarlah. Ajal maut di tangan Allah. Nasib orang seperti aku. Tiada yang sudi mengerti.

Berbahagialah,Gemok.

Wednesday, January 8, 2014

Miss U Gemok.

Sedih tak dapat sambung master lagi.

Aku tertunggu2 nak start master March ni.  Dah plan nak amik ape,kat mana. Tapi dah due date untuk application. huwaaaaa.

Dalam masa yang sama,aku kenal 1whp. Aku ragu2 nak buat sebab kalau hangat2 taik ayam baik jangan buat. Tapi pastu aku fikir. Kalau nak sambung belajar kena ada duit. Kalau tak dapat mybrain kenala guna duit sendiri. Kalau tak sambung master pun. Ptptn tak habis bayar lagi. Kereta. Sekurang kurangnya kalau tak dapat juta2 pun,aku boleh setel hutang dah cukup. Tak seronok hidup berhutang. Lepas tu nak kawin pun takla susahkan mak ayah kan. Hewhew. Macamlagemoknakkawindenganaku.

Korang doakan aku berjaya gak tau. Aku doakan korang pun berjaya dalam apa jugak yang korang buat. Hihi.

#mengantuk sebab terbangun awal harini.huhu. Chaiyok!





Kita mulakan 2014 dengan...!

2012 lepas berenti Honda aku start buat tuisyen. Dalam April camtu. Aku join hometuitionjob.com. Alhamdulillah,tak susah pun nak dapat job. Sebab as a part timer,masa yang ada pun malam weekdays n weekend je kan. Weekends kalau boleh aku taknak kacau. Sebab kalau balik kampung takdela kena cancel kelas. Masa tu fikir camni la. Padahal weekends la masa paling sesuai nak buat kelas kan. So start 2014 aku start buat weekend. Sebab aku pun tak kerap balik kampung macam dulu2. Sebulan 2kali. Ok kan camtu.

Sekarang still buat tuisyen jugak. Ada student baru,yang lama pun ada. Alhamdulillah..Masih dipercayai untuk mengajar. Bukan apa,kadang2 orang kurang yakin dengan part timer compare dengan cikgu sekolah. Orang tanya aku dapat banyak ke. Aku senyum je. Sebab aku tak amik mahal walaupun ramai member suh aku letak harga lagi tinggi.

2014. Aku nak stat dengan bisnes baru. Cari orang. Haa takut je orang dengar. Kalau sebut MLM dan cari orang,semua pun takut. Takut dibenci la,takut tak dapat orang dan sebagainya. Percayalah,semua yang join pun takut semua tu. Tapi ada sebab napa semua jadi berani. Sebab mereka ada sebab yang lebih besar dari fikirkan ketakutan tu.

Lagipun MLM ada banyak. Kebanyakan guna sistem piramid. Ni yang tak betul. Aku sekarang join 1whp. Bole google tengok. Ramai yang join sebab modal rendah. RM55 ja. Kalau myvi aku tu full tank la. hehe. Ramai join sebab takde sistem piramid. Ya ada upline ada downline. Tapi takde istilah kita cari duit,upline yg kaya. Kita cari duit,kita la kaya. Lagi kuat kita usaha,lagi masyukkk la.
Kita buat relak2,hepi2. Semua pun hepi.

Aku join pun sebab tengok senior aku buat. Senior masa Unimas. Tapi dia amik civil. Masa final sem dia sama bilik dengan coursemate aku Nana. Dia pun tak kontek aku suh join ke ape.Dia letak status kat fb je. Pastu aku kaji sikit2. Aku mesej dia. Hehe.

Gemok tak bagi aku join MLM. Kalau dia tau mesti dia marah. Tapi aku ni bukan MLM pun. Macam join club je. Takde nak g meeting ke tabletalk ke. Semua pakai hp je.

Ada yg berminat nak tau ke?



Wednesday, January 1, 2014

Hadiah sempena new year pun ada???

Gemok ni saje la. Aku kongsi duit beli G shock dengan dia. Kongsi tu. Sesuatu okey. Eh cop. Jam aku punya,dia tambah sikit jela. Bukan 50-50. Huhu. BFF sangat.

Pastu kate nak datang kilang hantar. Macam tak bole bagi masa lain kan. Pastu dok wat ayat sedih. Andai dia tiada lagi simpanla jam elok2,simpan sampai bila2 etc. Gedik taw Gemok ni. Pastu dok tunggu dari tengahari dia kata nak datang petang masa 5.30 time orang balik kerja sebab nak bagi budak kilang aku nampak. Konon nak kate yang boyfriend aku datang kilang la. Gitu. Jatuh saham I. Oops haritu dia marah bila aku sebut pasal jatuh saham ni. Okey tarik balik.

Masa bagi tak pasan pulak kad love tu. Masa bukak kotak tadi baru aku pasan. Aku sayang nak bukak reben tu sebenarnya. Huhu. Da nampak tu pikir. Buang tebiat dia ni. Masa berkasih sayang dulu takda pun nak wat benda camni. Saja nak bagi iolls terharu ke. Huhu

Thanks,bestie.

Nak tengok ape dalam?

Pink. Dahla pakai pink harini.