Mari join..:)

Tuesday, December 17, 2013

Macam mana aku boleh jadi cikgu tuisyen?

Sebab kat group whatsapp taayah semalam member2 ada tanya student aku berapa orang. Sebab sesetengah diorang ade bace blog aku so ade yang tau aku ade ajar tuisyen. Kat facebook aku tak berapa heboh aku jadi cikgu tuisyen. Huhu. Sebenarnya aku start masa 2012. Masa keje kilang besi dulu. Ternampak iklan.hometuitionjob.com. Soaku terus daftar. Dan kena bagi deposit RM50. Sekarang deposit RM600. Tak taula nape jadi mahal pulak. Tak mampu teman. Tapi dari situlah aku first dapat job. Student pertama aku Adelina,orang Penang. Gelugor. First tu memang nervous sesangat. Aku.ingat lagi. Start bulan April. Kelas setiap Isnin dan Jumaat. Selalu balik tuisyen Jumaat aku terus balik kampung je. Studen ni fanatik Justin Bieber. Huhu. Boleh tak kadang2 sempat jugak bercerita. Yela,kalau belajar serius sangat pun tak ok. So masa mula2 tu sebelum kelas start kami borak2 la dulu. Ice breaking kot. Nak bagi dia selesa sikit. Tak taulah berkesan ke tak untuk semua student,tapi setakat ni Alhamdulillah. Diorang senang nak cite masalah diorang belajar. Anggap macam aku kakak diorang je. Pastu aku ade wat iklan kat mudah.com jugak. Student tu sendiri yang cari aku bulan mak dia. Selalunya mak student yang akan.carikan. Baguslah student sendiri yang ade kesedaran. Nak SPM kan. Selain student ni aku pernah ajar adik Gemok. Free je sebenarnya tapi mak die nak jugak bayar. Bukan ape. Aku kan memang selalu lepak sane dulu. So tak kisahla pasal duit minyak aku pun kan sebab kiranya tuisyen tu aktiviti sampingan je. Huhu. Tu la sikit sebanyak camne aku start menuisyen. Aku ingat satu hari nanti aku nak tulis buku. Tapi tak taulah bila baru tercapai sebab rasa tak cukup ilmu lagi ni. Takut tak lengkap pulak macam yang aku nak. InsyaAllah satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment