Mari join..:)

Sunday, December 29, 2013

Ahad yang boring.

Satu hari golek2. Konon nak g kenduri Rahman pun tak jadi sebab takde geng. Nak ajak kak Ilah dia gi bawak anak2 mandi kolam..-.-"

So satu hari buang masa. Baca novel. Golek2. Main sudoku. Sudoku pun boring dah sebab senang sangat. Haha poyo.

Novel yang aku dok baca ni rasanya 10kali ulang dah. Tak boring2. Mungkin sebab tak banyak drama air mata dalam ni. Huhu. I like.

Tengok orang nak kenduri takde feeling la. Entah aku ni pelik ke ape. Single pun relak je. Kadang2 nak jugak berteman tapi bila nak kawan je aku yang tarik diri dulu. Tak syok la napetah. Mungkin dah terbiasa single. Atau mungkin setia punya pasal. Cewah. Setia mendenye pakwe pun tak mandang. Aku rasa sebab aku macam takut komitmen la. Bukan sebab aku playgirl. Sebab dah biasa bebas kot. Dengan Gemok pun kami kawan biasa ja. Nak watpe pun buat la. Kalau kapel mesti nak kongkong2 kan. Kadang2 je dia cakap jangan buat something. Tu pun secara logiknya memang tak patut buat pun. Dah aku rajin mintak pendapat dia nak wat ape pun. Nak beli ape pun tanya dia dulu. Personal consultant sungguh. Glad to have this type of friend. Huhu. Free consultation.

Kalau nak cari laki aku nak macam ni. Tak terlalu mengongkong. Tak suka mendesak. Bole paham aku punye perangai. Takde nak ubah2 aku jadi orang yang lain. Katne nak cari ye?


No comments:

Post a Comment