Mari join..:)

Tuesday, December 31, 2013

Tuisyen di rumah. Mahal ke?

Ramai yang tanya. Mahal ke tuisyen di rumah? Sebenarnya tu depends pada tutor tu. Kalau tutor tu under agent kemungkinan besar akan mahal sikit sebab tutor kena bayar agent 50% dari pendapatan bulan pertama. Dan rate dia ikot agent. Tapi biasanya negotiable ja semua tu.

Kalau area KL memang mahal. Maklumla bandar besar. Belah Penang murahla sikit. Pape pun kena tanya dulu tutor tu bole nego tak. Macam aku sendiri, da letak hampir 40% lebih murah dari harga standard. Ayah aku kate. Tak bayar mahal takpe,sebab tolong sesama Muslim. Aku pun nak kumpul pahala selepas mati kan.

So good luck!

Diet konon!

Sejak beberapa menjak ni orang dok tegur badan berisi kan. Maka bertekad la nak diet. Diet aku ialah tak makan waktu malam je. Takdela nak bersenam bagai. Tak rajin. Huhu.

Sekali malam tadi. Gemok mesej tanya tido ke. Aku ngah berwhatsapp kat group taayah cakap "jom makan!" Tetiba dia cakap "siapla". Aik, betul2 ke ni. Rupanya memang dah dekat je. Hampeh. Bukan nak bagitau awal. Kelam kabut aku yang belum mandi ni mandi dan siap. Huhu. Pastu dia tanya nak makan mane. Laju je aku jawab "Aidys". Rasa dah lebih setahun kot tak makan sini. Dulu hampir setiap 2minggu gi. Rindu chicken chop sana. Jauh pun tak kisah. Walaupun esok keje..-.-" Puas ati makan chicken chop ngan mi goreng dia. Chicken chop makan separuh. Gemok makan separuh. Sebab dia tak selapar aku. Aku nak abeskan mi goreng sepinggan. Huhuhu. Sambil makan sembang pasal G shock. I like.

Monday, December 30, 2013

Ku benar benar sayang..Gemok

Ku benar-benar sayang Pada dirimu oh kasihku Janganlah engkau ragu Pada diriku Dan ku berkelana mencari Harapan yang kita impikan Dari terbitnya sang suria Hingga tenggelam Dan ku ingin cinta sejatimu Dan ku ingin harapan hatimu Oh janganlah engkau bersedih Oh ikhlas-ikhlaskanlah..hatimu.. Rindu rindukanlah diriku Sepanjang hari harimu Sayangku..ku adalah milikmu... Sayangku adalah Milikmu yang kau rindu Doa doakanlah diriku di dalam hatimu Di dalam nafasmu Sepanjang hari harimu... Ya,memang ku benar benar sayang padamu.. Jodoh saja menentukan pengakhiran kita yang bagaimana.. Gemok..

Sunday, December 29, 2013

Ahad yang boring.

Satu hari golek2. Konon nak g kenduri Rahman pun tak jadi sebab takde geng. Nak ajak kak Ilah dia gi bawak anak2 mandi kolam..-.-"

So satu hari buang masa. Baca novel. Golek2. Main sudoku. Sudoku pun boring dah sebab senang sangat. Haha poyo.

Novel yang aku dok baca ni rasanya 10kali ulang dah. Tak boring2. Mungkin sebab tak banyak drama air mata dalam ni. Huhu. I like.

Tengok orang nak kenduri takde feeling la. Entah aku ni pelik ke ape. Single pun relak je. Kadang2 nak jugak berteman tapi bila nak kawan je aku yang tarik diri dulu. Tak syok la napetah. Mungkin dah terbiasa single. Atau mungkin setia punya pasal. Cewah. Setia mendenye pakwe pun tak mandang. Aku rasa sebab aku macam takut komitmen la. Bukan sebab aku playgirl. Sebab dah biasa bebas kot. Dengan Gemok pun kami kawan biasa ja. Nak watpe pun buat la. Kalau kapel mesti nak kongkong2 kan. Kadang2 je dia cakap jangan buat something. Tu pun secara logiknya memang tak patut buat pun. Dah aku rajin mintak pendapat dia nak wat ape pun. Nak beli ape pun tanya dia dulu. Personal consultant sungguh. Glad to have this type of friend. Huhu. Free consultation.

Kalau nak cari laki aku nak macam ni. Tak terlalu mengongkong. Tak suka mendesak. Bole paham aku punye perangai. Takde nak ubah2 aku jadi orang yang lain. Katne nak cari ye?


Thursday, December 26, 2013

Perbincangan masa kenduri kawin.

Masa gi kenduri kat KL aritu. Dok ngan Gemok jap. Aku cakap la. Stail la papan itam tu. Tu yang dia g tangkap gambar benda tu. Pastu aku cakap. Warna baju family pengantin yang sedondon suma tu cantik. Warne samor. I like. Dia senyum je.

Pagi tadi. Cuti golek2 je kat rumah. Tido bangun minum milo cicah biskut tido lagi sampai petang. Mandi pun idak. Mimpi kawin. Pengantin lakinye takde la. Esoknye baru nak kawin. Dok siapkan umah nak kenduri. Tengok juge la baju pengantin. Warne yang aku cakap dengan Gemok tu le. I like. Hehe.

Petang tadi mimpi lagi. Kalini nampak pengantin laki. I like. Hehe. Bahagia ja. Suke pulak mimpi tu nak sambung2 kan. First time mimpi kawin tapi mimpi gembira. Hehe. Dah nak tido. Esok keje takleh la nak mimpi kawin lagi. Huhu.

Tuesday, December 24, 2013

Mulut Siput.

Aku geram la dengan Gemok. Aku jenis tak suka bergambar. Camera fright kot. Entahla. Tapi dia ni rajin menangkap gambar. Tengok wayang pun kadang2 dia tangkap gambar. Gambar aku sorang la bukan berdua. Sebelum tutup lampu tu. Kadang2 aku malu sebab ada orang kan.

Trip baru ni kami gi KL. Kami tu aku, Gemok, parents dia and adik dia. Ahad lepas. Gi kenduri and then survey barang. Bukan barang kawin,jangan gatai eh korang. Tapi tak dapat apa yang dihajatkan. Rasa macam penat sia2. Tapi seronok sebab dapat spend masa ngan dia. Hehe miang. Cuma apa yang aku tengok time ni,dia gentle dari biasa. I like. Hihi.

Ok balik to gambar. Dah tengok rupa mulut camtu bukan nak gi tangkap gambar lain. Kejam. Aku senyum elok2 tak nak capture. Pastu aku sent gambar syok sendiri dia cakap muka aku da kedut2!!!!! Kejammmmmmmmmmm! Mak sentap okeyyyyy. Siapla nanti nak capture gambar dia paling huduh sekali tayang kat orang. Muahaha.Tanduk tumbuh dah.

Wednesday, December 18, 2013

Moody?

Masuk minggu ni aku asyik moody aje. Adakah sebab minggu ni aku hari2 punch jam 7.40? Huhu. Jumaat lepas Gemok brainwashed aku pasal lambat datang kerja. Dia kalo dapat bebel..nanges dengar..huhu.. So aku cakap dengan dia. Start minggu ni aku takkan lambat lagi. Hehe. Seronok jugak sebab ada masa sikit nak rest sebelum kerja. Pastu breakfast baru wat keja kan. Ok. Tapi pagi tu. Masuk ja changing room ade sorang minah ni naikkan suara ala mak tiri tanya. "kek mana?" Yang order semalam tu. Amboih. Ingat aku ape. Kuli dia ke. Aku tolong korang amik kek pastu bole nak naik suara ngan aku. Memang la aku hangin. Ingat pakcik tu duduk sebelah rumahaku ? Mula aku start "jual" kek pun sebab tolong kawan niaga. Aku amik kat Kulim bawak kilang bsgi kawan makan. Aku tak kisah sebab sekali ja pun. Lepas tu makin ramai order. Barula aku amik sikit untung untuk cover duit minyak semua. Tu pun sebenarnya menyusahkan diri lagi ada. Bila orang wat camni aku memang terus ilang sabar la. Aku bawak kek seminggu 2 kali ja tapi masuk minggu ni aku dah amik 3kali!harini baru rabu! Aku sampai rumah dah kol 11++. Dah masing2 order sikit2 pastu semua nak cepat. Aduh. Malam tadi aku serabut dengan akaun Kwik.aku. Yang CIMB punye tu. Haram 1 transaction pun tak bole buat. Pastu call customer service dia cakap aku.kena contact bahagian kad kredit. Apakah? Dah la emel diorang nak dapat jawapan punya lama. Aku pernah deal ngan orang RHB,service depa much2 better la. Nak close akaun tu pun tak boleh. Memang wat aku angin. Even nak topup pun tak boleh! Kononnya bukak akaun tu sebab nak buat macam2 payment senang. Tapi lagi menyusahkan. Kalau dalam akaun tu ada juta2 baru diorang nak layan kot. Huh. Tak bole diselamatkan dah mood aku ni. Bye korqng. Juhu

Tuesday, December 17, 2013

Macam mana aku boleh jadi cikgu tuisyen?

Sebab kat group whatsapp taayah semalam member2 ada tanya student aku berapa orang. Sebab sesetengah diorang ade bace blog aku so ade yang tau aku ade ajar tuisyen. Kat facebook aku tak berapa heboh aku jadi cikgu tuisyen. Huhu. Sebenarnya aku start masa 2012. Masa keje kilang besi dulu. Ternampak iklan.hometuitionjob.com. Soaku terus daftar. Dan kena bagi deposit RM50. Sekarang deposit RM600. Tak taula nape jadi mahal pulak. Tak mampu teman. Tapi dari situlah aku first dapat job. Student pertama aku Adelina,orang Penang. Gelugor. First tu memang nervous sesangat. Aku.ingat lagi. Start bulan April. Kelas setiap Isnin dan Jumaat. Selalu balik tuisyen Jumaat aku terus balik kampung je. Studen ni fanatik Justin Bieber. Huhu. Boleh tak kadang2 sempat jugak bercerita. Yela,kalau belajar serius sangat pun tak ok. So masa mula2 tu sebelum kelas start kami borak2 la dulu. Ice breaking kot. Nak bagi dia selesa sikit. Tak taulah berkesan ke tak untuk semua student,tapi setakat ni Alhamdulillah. Diorang senang nak cite masalah diorang belajar. Anggap macam aku kakak diorang je. Pastu aku ade wat iklan kat mudah.com jugak. Student tu sendiri yang cari aku bulan mak dia. Selalunya mak student yang akan.carikan. Baguslah student sendiri yang ade kesedaran. Nak SPM kan. Selain student ni aku pernah ajar adik Gemok. Free je sebenarnya tapi mak die nak jugak bayar. Bukan ape. Aku kan memang selalu lepak sane dulu. So tak kisahla pasal duit minyak aku pun kan sebab kiranya tuisyen tu aktiviti sampingan je. Huhu. Tu la sikit sebanyak camne aku start menuisyen. Aku ingat satu hari nanti aku nak tulis buku. Tapi tak taulah bila baru tercapai sebab rasa tak cukup ilmu lagi ni. Takut tak lengkap pulak macam yang aku nak. InsyaAllah satu hari nanti.

Tuesday, December 10, 2013

Guru tuisyen math Penang sini.

Salam. Kepada ibu bapa di Penang. Perlukan guru untuk mengajar anak anda di rumah? Cuti sekolah yang masih berlangsung ini adalah waktu yang tepat untuk mengulangkaji topik2 terdahulu dan membuat persediaan ubtukmenghadapi peperiksaan besar tahun hadapan.Lebih lebih lagi belajar di rumah secara persendirian,pelajar mudah mendapat tunjuk ajar dan dapat perhatian khusus daripada guru. Kami menawarkan perkhidmatan tuisyen di rumah untuk subjek Matematik dan Matematik Tambahan di sekitar Penang. Keutamaan untuk pelajar Muslim. Masa belajar dan bayaran boleh dirunding. Berbaloi baloi insyaAllah. Hubungi kami segera di 017-5049769 sms/whatsapp. Terima kasih.