Mari join..:)

Thursday, November 21, 2013

Tindakan refleks yang lambat

Dok sembang kat group whatsapp batch  40 sekolah pagi tadi. Kawan bilik masa form 2 dulu sebut pasal kejadian 12 tahun lepas yang melibatkan aku. Perghh macam saspen kan. Ada macam masa tengok highland tower tak. Huhu.

Semua orang yang ada dalam bilik aku pelik sebab kepala aku kena kipas siling dan aku tak sakit!

True story ok. Bukan nak tunjuk hero ke ape. Masa tu atas katil gajah menyembang. Sebab katil semua dirapatkan untuk bagi laluan pada jamuan akhir tahun bilik kami,maka atas katil tu betul2 ada kipas siling. Berputar dengan kelajuan sederhana. 4 kot.

Aku betul tak perasan dan berdiri. Nak turun dari katil kot. Berdiri lama jugak. Beberapa saat. Member aku cakap "weh kepala hang kena kipas!" aku macam "hah,pe dia?" sambil pelik tengok cara depa tengok aku. Macam pucat je muka depa.

Pastu ade membe tarik aku duduk kot. Baru aku pasan kipas tu dah kena kepala aku. Tak darah. Cuma benjol. Bila dah duduk baru rasa ada sakit sikit. Sikit jela. Ke tak sakit langsung pun. Huhu. Tak ingat.

Aku penah jatuh atas lantai. Terhantuk dengan.kuat ke dinding. Pastu blur sekejap. Baru bangun. Oii lambatnye refleks aku. Patutnya tak sampai sesaat aku mengerang kesakitan dah. Hmmm.



No comments:

Post a Comment