Mari join..:)

Sunday, November 17, 2013

Penang Bridge International Marathon 2013

Minggu lepas Muaz member sebelah meja masa kat honda mesej aku. tanya aku free tak sabtu ni. Hari semalam la tu. Dia nak tumpangkan member perempuan dia 2orang kat umah aku. Sebab bilik hotel suma penuh. Kan ramai yang join marathon tu kan. Dia kata diorang tu okey. Ramah la kot maksudnya. Okey fine. Bagusla kalau camtu.

So sabtu aku pun tak gi la OT. 8.30 bangun dah mengemas. Sebab katenye akan sampai kol 9. Sekali tunggu punye tunggu 12 lebih baru sampai! Dahla mesej pun tak reply. I is stress. Huhu. Lambat pun bagitaula...

Bawak depa makan2. Muaz pulak de hal. Kami berempat jela. 5 lebih bertolak ke Penang. Ingat nak pi tengok wayang dulu. Cita carrie. Dengarnya best. Bawak makan Kapitan dulu lepas beli tiket. Nampak peserta marathon sorang ni kacak. Rambut macam bangun tido ja tapi smart la. Baju hatyai run kot. Sempat mengusyar. (err..perlukah cerita pasal ni? Huhu wajibla)

Last2 Amie tak maw lari pun. Tinggal Muaz Pian dengan Idy ja lari. Aku memang takkan lari. Huhu. Tu pun kaki dah melecet. Adussss. Depa pulak jenis aktif. Jalan lajuuu je. Jenuh nak follow. Dengan kaki sakit lagi.

Muaz ngan Pian masuk marathon 42 km. Start 2pagi. Aku Idy ngan Amie da ngantok nak tunggu diorang start. Sebab sementara tunggu nak start lari tu Pian tido dalam keta. Takkan kami nak join sekali pulak kot. So dah depa berlari barula kami boleh tidurrrr. Idy start lari kol 7 pagi sebab dia join Fun Run 5km ja kot.

5.30 pagi bangun dah cari tempat nak solat. Kaki sakit. Jalan cari surau sampai2 takde tempat amik wudhuk. Gi la toilet bergerak tu nak wudhuk. Urghhh payah. Harapla lain kali aku pi aku period. Telekung pun takda pinjam stoking member ja. Nasib baju okey.

Habis solat terus gi tempat permulaan. On the way tu aku jumpa mamat semalam. Ada jodoh ke. Huhu gedik la ko huda. Dia pakai medal.

Pas Idy berlepas kat Eastin Hotel. Kami bergerak balik. Gi amik makanan free pastu dok tengok orang 42km sampai finishing line. Dok tunggu muaz ngan Pian. Yela support member2. Takkan aku nak dok kete je tido kan. Tak bestla camtu.

Pas tengok muaz tak nampak pun pian. So berjalan la kami ke tempat finishing line Idy. Berjalan saja. Tupun pi tukar selipar pinjam selipar Idy. Selesa sikit. Patut dengar cakap Gemok suh belajar pakai kasut tutup. Tiba2 Gemok terkeluar pulak kan.

Lepak2 nampak budak kilang BHL dulu. 5orang yang masuk tapi jumpa 2orang ja. Brian and girlfriends sibuk dating dari berlari. Hampeh tol Brian. Tak sempat nak jumpa. Rindu mulut becok dia tu. Haha. Heran sebab Idy tak sampai2. Kami ingat dia dah balik ke kereta. So kami patah balik ke kete. Tapi depa takde. Dekat kol 9 baru muncul. So cepat2 kami nak balik seberang. Depa kan nak balik KL lagi. Jauh. Kol 10 baru jambatan dibuka semula so kami decide nak naik feri. Lagipun depa pun nak merasa kan. Tapi jem teramat. Aku dahla tak biasa jalan tu. Depa tanya aku pun tak reti jawab. Henfon suma dah bateri kong. Aku dah terpadam terus. Akhirnya jumpa jugak. Tapi jemmmmmmmm. Lepas makan la apa. Kol 1 baru sampai umah. Terus caj. Whatsapp group gurlz 40 serata. " jom join penang marathon taun depan."



No comments:

Post a Comment