Mari join..:)

Tuesday, November 19, 2013

Kedai servis kereta 5S Seberang Jaya

Tadi petang gi tukar minyak itam myvi aku. Cewah macamla aku ade kete lain kan. Dah over sebenarnya. Gemok beli siap dah minyak itam ngan filter pastu gi kedai je suh tukarkan. Minyak ngan filter beli perodua ori punye. Tak suruh pun. Huhu.

Dekat je ngan umah dia. Jalan Tuna kot nama dia. Dah dekat ngan roundabout Seberang Jaya.

Kedai tu kecik je. Tapi yang kagumnya. Sebab terlampau bersih. Tak pernah jumpa kedai moto or kete yang sebersih itu. Selalunya lantai dia rupa apa dah. Skru washer suma bertaburan. Bak kate kak Ilah. Minyak tumpah setitik pun dia lap terus.

Mungkin sebab tak ramai customer maka dia punya kedai jadi bersih la. Sebab banyak masa untuk buat 5S. Kawasan tu keta nak masuk banyak pun tak bole. Rasanya satu masa boleh masuk 3 keta ja. Betul tepi jalan. Laman dia tak luas sangat.

Upah tukar minyak itam cuma RM10 tapi dia buat macam2 yang tak padan dengan upah tu. Senang kata layanan yang over la. Isi air la bukak filter pastu sembur2.aku pun tak paham sangat apa Gemok cakap. Tapi isi air tu untuk wiper la. Yang tu aku tau. Hehe.

Gemok cakap. Biasanya kedai tak wat camtu. Lain la kalau kita beli minyak semua kat situ kan. Oh. Bagusla depa ni. Huhu.

Kadang2 aku terfikir jugak. Kalau aku tak kenal Gemok. Macam mana pulak perjalanan hidup aku. Tapi bila time sedih aku fikir Kenapa la aku ditemukan dengan dia,napa aku boleh terima dia sebagai kawan dengan senang sekali. Pelik sebenarnya. Huhu. "You are a piece of me.. I wish I didnt need.." Tahla. Aku takde jawapan tu semua. Apa yang aku fikir. Aku nak go with the flow je dan terima apa saja yang datang dengan redha. Baik buruk Allah lebih tahu. Bersangka baiklah dengan Allah kan. Dia yang cipta kita. Betul tak?

So total tadi dalam RM100. Hujung bulan aku nak tukar minyak gear pulak. Rasanya macam dah susah sikit nak tukar gear. Gemok kata biasa ja tapi aku yang rasa tak sedap sangat. Jangan timing belt problem dahla. -.-"

No comments:

Post a Comment