Mari join..:)

Friday, November 8, 2013

Boikot Astro?

Baru2 ni.setelah harga gula naik 35sen (aku pun tak sure la 30sen ke 35sen sebab tak beli gula dalam masa terdekat ni tapi makteh kata sekarang rm2.85) harga pakej Astro pulak naik. Pakej Family naik RM2 dan Pakej Sukan naik RM6. Ya,berita buruk untuk kaki sukan semua. Dahla Astro dok ulang cerita,pastu dok iklan je kan sekarang. Dahla bila hujan siaran tak dapat. Tapi kata pengguna Astro pasal hujan tu dah tak macam dulu. Sekarang better. Mungkin semua orang kena pi belajaq dengan Dr. Thelaha macam mana dia buat bagi Astro okey je walaupun hujan. Huhu. Tetiba nak ingat lecturer dulu. Hihi.

Dengar cerita sebab nak beli siaran langsung EPL ke apa. Aku pun tak reti benda camni. Aku sekarang tak langgan Astro lagi. Tapi sebenarnya baru ja berura2 nak pasang. Adik aku mesti nak punya tengok bola. Ke nak buat tak tau je kat dia? Huhu.

Apa2 pun. Kerajaan kena la buat sesuatu walaupun ni TV swasta kan. Kesian la kat kite2 ni. Huhu.



No comments:

Post a Comment