Mari join..:)

Tuesday, November 12, 2013

(Biar Betul) Playboy Itu Suami Aku?!

Drama Akasia baru.. Perghhh hero kacak!

Aku beli novel ni beberapa bulan lepas. Sebab tajuk dia la. Pastu baca sinopsis dia macam ok je cite ni. Tryla beli dan baca...

Haritu orang dok gila sangat Live You Mr. Arrogant kan. Pastu suma nak tau pasni cite ape pulak. Best ke tak kan. Aku yang takde TV ni so-so jela. Kalau cite best pun bukan aku dapat tengok..-.-"

Sekali tertengok iklan kat surat khabar kot. Cite ni???? OMG! Nak tengok hero dia!! Haha

Cite ni pasal pompuan yang ilang ingatan sebab eksiden. Bila sedar je dia terkejut bila tau dia dah kawin. Dengan orang yang dia benci lak tu. King~ bapak segala buaya darat.eh bukan bapak. RAJA. Hehe.

Pastu tak ingat pun dia kena stay dengan laki tu sebab sah depa tu suami isteri. Masa tu dia dok pikir satu soalan je. Cane dia bole kawin dengan laki tu? Yang herannye takde sape tau napa dia bole terima laki tu dulu. Laki tu semdiri pun cakap camtu. Takde sape yang paksa dia terima pun laki tu.

Akhirnya bila depa dah rapat. Walaupun tak ingat kan. Sampaila laki tu nak luah perasaan kat dia,dia terjatuh dan dapat ingatan dia balik.

But. Sebelum tu ada la cite. Camne depa jumpa. Pompuan ni keje part time kat kedai bunga. Jenis simple. Cam aku. Haha. Tapi camne tah dia bole caught King ni punya attention. Huhu. Aku dapat bayang King memang ensem. Hihi. Gelak gatai.

Oh lupa pulak. Yang lagi best depa ni orang Penang. Semua kejadian berlaku di Penang. Haha boleh relate la. Tak taula kalau drama tu dia buat kat KL ke kan. Dah tak tengok...-.-" Heroin drama ni memang orang Penang pulak. Saja kan. Hero tak pasti.

Huhu nak beli tv la camni......... Aku nak tengok drama tu sama tak macam imaginasi aku..*wink wink*

2 comments: