Mari join..:)

Wednesday, November 27, 2013

Review Dalacin-T

Haritu Gemok datang kilang aku jap. Ada urusan sikit. Dia tanya okey ka pakai sabun susu beras. Aku cakap okey jugak tapi jerawat dok naik kadang2. Aku cakapla aku nak period dah jugak. Pastu dia suruh aku pakai Dalacin T.

Dia balik pastu dia mesej aku lagi. Dia cakap dari dia kenal aku dulu memang aku ada jerawat kecik2. Bukan masa period je. Okeylah. Balik kampung minggu lepas. Ahad ayah suruh anta saadah balik manjung. Aku ingat nak singgah farmasi survey harga. Elok aku tanya orang kedai tu terus scan. Terpakse la aku bayor. RM37. Okeyla. Sebab Gemok cakap membe dia beli RM40++. Pastu dia tanya. Tau ke pasang botol dia? Aku cakap entah. Hantam sajalah. Sampai kilang Isnin tu. Aku try pasang. Bukan susah pun. Kena bukak penutup dia. Pasang yang bahagian dalam plastik yang diasingkan tu. Tekan je kuat2 sampai masuk elok. Pastu boleh guna dah. First pakai. Rasa berangin masuk dalam hidung. Macam bahan kimia dalam lab tu. Buh kat jerawat. Buh macam tuju tuju. Paham tak? Jangan buh kat jerawat secara roll. Amik botol. Pap sebijik kat jerawat. Bukan macam sapu yoko yoko ke krim ke okey. Kering dah jerawat aku yangmasak ranum tu. Tinggal tunggu nak kecut je. Nanti dah okey aku tepek gambar sini. Mmuahh!

Monday, November 25, 2013

Selamat dah...hehe

Alhamdulillah selamat dah... Bukan aku,adik aku yang dah selamat. Selamat menempuh gerbang bujang ke isteri orang. Hehehe

Baru nikah je. Nikah kat umah tok kadi. Dekat je ngan Masjid Sungai Galah tu. Tok kadi dah uzur. Paham2 jelah.

Tema purple. Aku main tibai je baju purple dalam almari tu. Tu pun sebab adik beria nak pakai baju melayu purple. Nak ikut ayah katenye. Aku usik dia yong nak ikut adik jugak. Rupenye memang tema pun. Huhu.

Dekat kol 4 petang jugak la akad tu. Bergambar bagai. Dekat kol 5 baru sampai umah. Sampai umah aku lepak2 jup. Makan. Lena sampai malam. Kepala meragam. Sakit sesangat. Bangun kol 9 bertambah teruk pulak sakitnye. Sobss.

Anyway minggu depan baru kenduri. Ngah pikir nak amik cuti berapa hari...huhuhuhu

Saturday, November 23, 2013

Thursday, November 21, 2013

Tindakan refleks yang lambat

Dok sembang kat group whatsapp batch  40 sekolah pagi tadi. Kawan bilik masa form 2 dulu sebut pasal kejadian 12 tahun lepas yang melibatkan aku. Perghh macam saspen kan. Ada macam masa tengok highland tower tak. Huhu.

Semua orang yang ada dalam bilik aku pelik sebab kepala aku kena kipas siling dan aku tak sakit!

True story ok. Bukan nak tunjuk hero ke ape. Masa tu atas katil gajah menyembang. Sebab katil semua dirapatkan untuk bagi laluan pada jamuan akhir tahun bilik kami,maka atas katil tu betul2 ada kipas siling. Berputar dengan kelajuan sederhana. 4 kot.

Aku betul tak perasan dan berdiri. Nak turun dari katil kot. Berdiri lama jugak. Beberapa saat. Member aku cakap "weh kepala hang kena kipas!" aku macam "hah,pe dia?" sambil pelik tengok cara depa tengok aku. Macam pucat je muka depa.

Pastu ade membe tarik aku duduk kot. Baru aku pasan kipas tu dah kena kepala aku. Tak darah. Cuma benjol. Bila dah duduk baru rasa ada sakit sikit. Sikit jela. Ke tak sakit langsung pun. Huhu. Tak ingat.

Aku penah jatuh atas lantai. Terhantuk dengan.kuat ke dinding. Pastu blur sekejap. Baru bangun. Oii lambatnye refleks aku. Patutnya tak sampai sesaat aku mengerang kesakitan dah. Hmmm.



Wednesday, November 20, 2013

Saranghae. I love you.

My heart. My mind. My soul. Full of you...

Cinta ialah memberi bukan menerima sahaja...

You know who you are.

Purple.

Rabu yang macam surammmm je.macam suram je.macam suram je.huhu...

Ngah pikir nak wat ape harini...ada cadangan tak?hehe

Tuesday, November 19, 2013

Kedai servis kereta 5S Seberang Jaya

Tadi petang gi tukar minyak itam myvi aku. Cewah macamla aku ade kete lain kan. Dah over sebenarnya. Gemok beli siap dah minyak itam ngan filter pastu gi kedai je suh tukarkan. Minyak ngan filter beli perodua ori punye. Tak suruh pun. Huhu.

Dekat je ngan umah dia. Jalan Tuna kot nama dia. Dah dekat ngan roundabout Seberang Jaya.

Kedai tu kecik je. Tapi yang kagumnya. Sebab terlampau bersih. Tak pernah jumpa kedai moto or kete yang sebersih itu. Selalunya lantai dia rupa apa dah. Skru washer suma bertaburan. Bak kate kak Ilah. Minyak tumpah setitik pun dia lap terus.

Mungkin sebab tak ramai customer maka dia punya kedai jadi bersih la. Sebab banyak masa untuk buat 5S. Kawasan tu keta nak masuk banyak pun tak bole. Rasanya satu masa boleh masuk 3 keta ja. Betul tepi jalan. Laman dia tak luas sangat.

Upah tukar minyak itam cuma RM10 tapi dia buat macam2 yang tak padan dengan upah tu. Senang kata layanan yang over la. Isi air la bukak filter pastu sembur2.aku pun tak paham sangat apa Gemok cakap. Tapi isi air tu untuk wiper la. Yang tu aku tau. Hehe.

Gemok cakap. Biasanya kedai tak wat camtu. Lain la kalau kita beli minyak semua kat situ kan. Oh. Bagusla depa ni. Huhu.

Kadang2 aku terfikir jugak. Kalau aku tak kenal Gemok. Macam mana pulak perjalanan hidup aku. Tapi bila time sedih aku fikir Kenapa la aku ditemukan dengan dia,napa aku boleh terima dia sebagai kawan dengan senang sekali. Pelik sebenarnya. Huhu. "You are a piece of me.. I wish I didnt need.." Tahla. Aku takde jawapan tu semua. Apa yang aku fikir. Aku nak go with the flow je dan terima apa saja yang datang dengan redha. Baik buruk Allah lebih tahu. Bersangka baiklah dengan Allah kan. Dia yang cipta kita. Betul tak?

So total tadi dalam RM100. Hujung bulan aku nak tukar minyak gear pulak. Rasanya macam dah susah sikit nak tukar gear. Gemok kata biasa ja tapi aku yang rasa tak sedap sangat. Jangan timing belt problem dahla. -.-"

Happyyyyy

Hehe.. Hepi arini sebab pakai stokin happy. Macam comey je..macam comey je.. Hihi

Oh lupa. Pagi2 ni nak uar uarkan pasal tutor di rumah untuk subjek matematik dan matematik tambahan di Pulau Pinang. Tak la cover seluruh Penang. Tapi saya stay di Taman Pauh. Bekerja di Bukit Minyak. Saya biasa buat tuisyen di Alma Jaya, seberang jaya dan Gelugor(pulau). So orang2 di sekitar sini boleh sms/whatsapp saya 017-5049769. Jangan risau,still affordable rate dia. Untuk pelajar Muslim sahaja ya. Bukan ape, pelaburan saya untuk akhirat.Terima kasih.:)

Sunday, November 17, 2013

For all batch 40 SERATAians..hehe

Huhu....

Penang Bridge International Marathon 2013

Minggu lepas Muaz member sebelah meja masa kat honda mesej aku. tanya aku free tak sabtu ni. Hari semalam la tu. Dia nak tumpangkan member perempuan dia 2orang kat umah aku. Sebab bilik hotel suma penuh. Kan ramai yang join marathon tu kan. Dia kata diorang tu okey. Ramah la kot maksudnya. Okey fine. Bagusla kalau camtu.

So sabtu aku pun tak gi la OT. 8.30 bangun dah mengemas. Sebab katenye akan sampai kol 9. Sekali tunggu punye tunggu 12 lebih baru sampai! Dahla mesej pun tak reply. I is stress. Huhu. Lambat pun bagitaula...

Bawak depa makan2. Muaz pulak de hal. Kami berempat jela. 5 lebih bertolak ke Penang. Ingat nak pi tengok wayang dulu. Cita carrie. Dengarnya best. Bawak makan Kapitan dulu lepas beli tiket. Nampak peserta marathon sorang ni kacak. Rambut macam bangun tido ja tapi smart la. Baju hatyai run kot. Sempat mengusyar. (err..perlukah cerita pasal ni? Huhu wajibla)

Last2 Amie tak maw lari pun. Tinggal Muaz Pian dengan Idy ja lari. Aku memang takkan lari. Huhu. Tu pun kaki dah melecet. Adussss. Depa pulak jenis aktif. Jalan lajuuu je. Jenuh nak follow. Dengan kaki sakit lagi.

Muaz ngan Pian masuk marathon 42 km. Start 2pagi. Aku Idy ngan Amie da ngantok nak tunggu diorang start. Sebab sementara tunggu nak start lari tu Pian tido dalam keta. Takkan kami nak join sekali pulak kot. So dah depa berlari barula kami boleh tidurrrr. Idy start lari kol 7 pagi sebab dia join Fun Run 5km ja kot.

5.30 pagi bangun dah cari tempat nak solat. Kaki sakit. Jalan cari surau sampai2 takde tempat amik wudhuk. Gi la toilet bergerak tu nak wudhuk. Urghhh payah. Harapla lain kali aku pi aku period. Telekung pun takda pinjam stoking member ja. Nasib baju okey.

Habis solat terus gi tempat permulaan. On the way tu aku jumpa mamat semalam. Ada jodoh ke. Huhu gedik la ko huda. Dia pakai medal.

Pas Idy berlepas kat Eastin Hotel. Kami bergerak balik. Gi amik makanan free pastu dok tengok orang 42km sampai finishing line. Dok tunggu muaz ngan Pian. Yela support member2. Takkan aku nak dok kete je tido kan. Tak bestla camtu.

Pas tengok muaz tak nampak pun pian. So berjalan la kami ke tempat finishing line Idy. Berjalan saja. Tupun pi tukar selipar pinjam selipar Idy. Selesa sikit. Patut dengar cakap Gemok suh belajar pakai kasut tutup. Tiba2 Gemok terkeluar pulak kan.

Lepak2 nampak budak kilang BHL dulu. 5orang yang masuk tapi jumpa 2orang ja. Brian and girlfriends sibuk dating dari berlari. Hampeh tol Brian. Tak sempat nak jumpa. Rindu mulut becok dia tu. Haha. Heran sebab Idy tak sampai2. Kami ingat dia dah balik ke kereta. So kami patah balik ke kete. Tapi depa takde. Dekat kol 9 baru muncul. So cepat2 kami nak balik seberang. Depa kan nak balik KL lagi. Jauh. Kol 10 baru jambatan dibuka semula so kami decide nak naik feri. Lagipun depa pun nak merasa kan. Tapi jem teramat. Aku dahla tak biasa jalan tu. Depa tanya aku pun tak reti jawab. Henfon suma dah bateri kong. Aku dah terpadam terus. Akhirnya jumpa jugak. Tapi jemmmmmmmm. Lepas makan la apa. Kol 1 baru sampai umah. Terus caj. Whatsapp group gurlz 40 serata. " jom join penang marathon taun depan."



Friday, November 15, 2013

Pernah.

Saya pernah SETIA , Tapi DIDUAKAN. Saya pernah PERCAYA , Tapi DIKHIANATI.Saya pernah MENCINTAI , Tapi DISAKITI. Saya pernah MEMILIKI , Tapi akhirnya KEHILANGAN. Saya pernah JUJUR , Tapi DITIPU. Saya pernah BERHARAP , Tapi harapan itu cuma SIA-SIA.

Tuesday, November 12, 2013

(Biar Betul) Playboy Itu Suami Aku?!

Drama Akasia baru.. Perghhh hero kacak!

Aku beli novel ni beberapa bulan lepas. Sebab tajuk dia la. Pastu baca sinopsis dia macam ok je cite ni. Tryla beli dan baca...

Haritu orang dok gila sangat Live You Mr. Arrogant kan. Pastu suma nak tau pasni cite ape pulak. Best ke tak kan. Aku yang takde TV ni so-so jela. Kalau cite best pun bukan aku dapat tengok..-.-"

Sekali tertengok iklan kat surat khabar kot. Cite ni???? OMG! Nak tengok hero dia!! Haha

Cite ni pasal pompuan yang ilang ingatan sebab eksiden. Bila sedar je dia terkejut bila tau dia dah kawin. Dengan orang yang dia benci lak tu. King~ bapak segala buaya darat.eh bukan bapak. RAJA. Hehe.

Pastu tak ingat pun dia kena stay dengan laki tu sebab sah depa tu suami isteri. Masa tu dia dok pikir satu soalan je. Cane dia bole kawin dengan laki tu? Yang herannye takde sape tau napa dia bole terima laki tu dulu. Laki tu semdiri pun cakap camtu. Takde sape yang paksa dia terima pun laki tu.

Akhirnya bila depa dah rapat. Walaupun tak ingat kan. Sampaila laki tu nak luah perasaan kat dia,dia terjatuh dan dapat ingatan dia balik.

But. Sebelum tu ada la cite. Camne depa jumpa. Pompuan ni keje part time kat kedai bunga. Jenis simple. Cam aku. Haha. Tapi camne tah dia bole caught King ni punya attention. Huhu. Aku dapat bayang King memang ensem. Hihi. Gelak gatai.

Oh lupa pulak. Yang lagi best depa ni orang Penang. Semua kejadian berlaku di Penang. Haha boleh relate la. Tak taula kalau drama tu dia buat kat KL ke kan. Dah tak tengok...-.-" Heroin drama ni memang orang Penang pulak. Saja kan. Hero tak pasti.

Huhu nak beli tv la camni......... Aku nak tengok drama tu sama tak macam imaginasi aku..*wink wink*

Friday, November 8, 2013

Boikot Astro?

Baru2 ni.setelah harga gula naik 35sen (aku pun tak sure la 30sen ke 35sen sebab tak beli gula dalam masa terdekat ni tapi makteh kata sekarang rm2.85) harga pakej Astro pulak naik. Pakej Family naik RM2 dan Pakej Sukan naik RM6. Ya,berita buruk untuk kaki sukan semua. Dahla Astro dok ulang cerita,pastu dok iklan je kan sekarang. Dahla bila hujan siaran tak dapat. Tapi kata pengguna Astro pasal hujan tu dah tak macam dulu. Sekarang better. Mungkin semua orang kena pi belajaq dengan Dr. Thelaha macam mana dia buat bagi Astro okey je walaupun hujan. Huhu. Tetiba nak ingat lecturer dulu. Hihi.

Dengar cerita sebab nak beli siaran langsung EPL ke apa. Aku pun tak reti benda camni. Aku sekarang tak langgan Astro lagi. Tapi sebenarnya baru ja berura2 nak pasang. Adik aku mesti nak punya tengok bola. Ke nak buat tak tau je kat dia? Huhu.

Apa2 pun. Kerajaan kena la buat sesuatu walaupun ni TV swasta kan. Kesian la kat kite2 ni. Huhu.



Wednesday, November 6, 2013

Love you Mr. Arrogant

Amboiiii kemain lagi sume orang. Sume pun gila tengok cite ni kan. Ada yang kata tak layan novel melayu sebab cinta2 sangat pun dok layan gak.cite ni. Nyamfahhh I. Truthfully aku tak pernah baca novel ni. Rasanya nampak kat kedai buku pun tak pernah. Nsmpak sangat jaramg dah masuk kedai buku kan. Huhu maafkan. By the way,kat tv aku tengok la jugak cite ni. Tapi sikit jela pun. Tapi sekarang ni pape cita kat slot Akasia tu sume meletop letop. Aku je la ketinggalan. Pas ni cite ape plak? Jeng jeng jeng...

Sedikit ingatan untuk semua..:)

Cinta lagi.

Kata udez.

Cinta seorang perempuan itu takkan ke mana. Kerana cinta seorang lelaki yang akan menentukan pengakhiran cinta tersebut.

Setuju?

Walau bagaimana cinta perempuan itu kepada seorang lelaki,biasanya dia akan kawin ngan orang yang dia tak atau kurang cinta. Kerana lelaki yang dia kahwini itu lah yang lebih mencintai dia...

Ya,ini soal jodoh. Tapi banyak yang kujumpa begitu. Tak la bermaksud takda orang yang ada happy ending. Cik Eka jangan terasa ya. Anda berdua saling mencintai,saya tahu. Tapi kalau boyfriend awak tak betul cinta awak,adakah anda berdua akan berkahwin tak lama lagi? So happy for both of you. Sweet sangat okey.

Kalau banding dengan Nabi s.a.w dan Siti Khadijah. Itu lain. Walaupun Siti Khadijah yang lamar Nabi s.a.w,tapi Nabi s.a.w sangat cinta Siti Khadijah kerana dia lah penyokong setia Nabi paling kanan sekali,dan selalu ada di samping Nabi. Sehingga ada tahun kesedihan Nabi setelah kewafatan Siti Khadijah. Yang ni kisah cinta manusia agung.

Cinta manusia hilang takkan boleh sebabkan kita mati,tapi boleh buat kita mati jiwa. Andai takda iman..apalah jadinya... Mati sia2? Hilang waras? Segalanya mungkin...

Apa yang penting.. SABAR DAN REDHA.






Tuesday, November 5, 2013

Salam Maal Hijrah..:)

Satu Muharram Detik Permulaan Perkiraan Tahun Islam Hijrah Perpindahan Nabi dan Umat Islam Dari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang Teguh Kaum Muhajirin dan Ansar Bersatu Rela Berkorban Harta dan Nyawa Demi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu Pengorbanan Hijrah Itu Perjuangan Hijrah Itu Persaudaraan Hijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari Semua Kita Sambut Maal Hijrah Tingkatkan Semangat Tegakkan Syiar Islam Untuk Sepanjang Zaman
SALAM MAAL HIJRAH 1 MUHARAM 1435H..:)

Harap maklum ye,harini hari penghijrahan Nabi ke Madinah,bukan hari buku amalan ditukar ye. Buku amalan tukar pada 15 Syaaban. Jangan salah faham!

P/s: pendaftaran untuk tuisyen di Taman Pauh/ Simpang Empat/Seberang Jaya masih dibuka. Daftar segera! 017-5049769. Sms/whatsapp.

Monday, November 4, 2013

Baby baru.

Excited dapat anak buah baru. Comey tak?hehe.. Jangan salah paham. Adik aku baru nak kawin. Takde lagi yang sudah kawin dan beranak. Ni anak buah Gemok. Hehehe. Aik?Anak buah Gemok ape kena mengena ngan kau huda? Member2 aku tak puas ati bila aku bagitau ni. Mula2 aku bagitau anak buah je. Pastu diorang heran la. Aku pun teragak2 la nak bagitau hal sebenar. Bila aku cakap je anak buah Gemok suma "ermm..bukan anak buah dia. Anak buah orang tu..." hahaha. Nasib la labu. Comel je. Nama Nur Ain Alisa. Betul kot ejaan dia. Huhu. Depa panggil Ain. Bia la aku sorang je panggil Alisa. Sensitip dengan nama Ain. Napa pulak? Biarlah aku saja yang tahu. Lalala~ Lahir seminggu lepas. Kol 11.45malam. Tak taulah aku tengah watpe masa tu. Tengah megholoh kot. Esoknye baru tau dah keluar. Petang tu jugak aku datang menjenguk. Datang tangan kosong je tak tau nak beli ape. Tunggula besar sikit baru senang nak beli baju comel2. Padahal dah lame takde adik pompuan kecik langsung dah tak reti nak pilih baju baby girl. Huhuhu. Adik jantan senang. Mana aku nampak ensem aku tarik. Huhuhu. Taste baju perempuan aku lemah sikit. Bak kate adik aku yang up to date tu, "yong taste warna kamu macam orang2 tua la..." iyolah..sebab tu tak berani beli baju untuk anak orang. Harini dia genap seminggu mak dia upload gambar kat wechat. Gambor ngan kak long dia. Haritu masa kak Ilah nak beranak Alya ni kena pelentung. Punya teruk. Nangis je. Sian pulak tengok kak Ilah masa tu. Sabar jelah kan. Alhamdulillah okey dah semua..:) Seronok tengok orang hepi. Aku? Takpelah. Mungkin lain kali..^.~ .

Kasih sayang itu love.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan di sisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada masa itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi. 

Hurmm...

Saturday, November 2, 2013

Balik kampung.

Deepavali harini mari la pulang ke Soeharto. Huhuhu...

Ada persoalan dalam kepala aku ni. Tadi bakal adik ipar mesej tanya pasal tunang dia. Adik aku la tu. Depa tak contact dah seminggu. Adik aku la yang punya hal. Apsal tah...

Masa keje honda dulu. Pernah borak ngan kak zura pasal masa dia nak kawin dulu. Laki dia keje honda jugak. Dia cita. Dulu laki dia buat keje macam2 masa nak kawin tu. 24jam la keje senang cite. Tapi kak zura wat tak tau je. Yelah,masa tu la nak tengok kesungguhan laki nak kawin ngan kita. Katenye.

Seminggu sebelum kawin. Duit dah ready sume. Dah bagi kat blah pompuan. Tapi pengantin laki pulak hilang. Tak tau mane pergi. Sume orang cari.

Pastu dia muncul balik dan kawin jugak diorang. Dan ada 2orang anak dah pun. Tu berapa taun lepas la yang jumpa tu.sekarang tak pasti berapa dah.

Balik pada adik aku.

Adik aku ni dulu boipren lain. Adik ipa aku ni dah lama suka dia. Pernah datang raya sume. Tapi adik aku tak mau dengan alasan "dia baik sangat..."

Sebelum laki tu dia ada kawan ngan orang penang. Yang tu memang aku tak berkenan langsung. Penah jumpa sekali. Depa ada masalah ape tah sampai laki tu cari aku. Tak lama lepas tu depa putus dan adik aku kata adik ipa tu nak datang minang.

Aku cita ngan Gemok pasal laki tu

Gemok cakap.

Biarlah dia nak bertunang pun. Bukan tak tau dia macam mana. Kalau dia dah kawin takdela boipren dia cari aku ke ape dah kan.

Okey fine. Aku pun fikir camtu.

Cuma aku sian sebab takut nanti mamat tu macam bertepuk sebelah tangan je. Tapi aku tengok okey je dia layan mamat tu. Lega.

Sekarang ni. Dia main cak cak pulak. Jangan pulak dia lari terus masa nak kawin nanti dahla.

Serabut.

Tak nak amik tau boleh?

Friday, November 1, 2013

Dah gemuk.

Tengok gambar ni saya sedar saya dah gemuk. Huhuhu. Berita baik.

Gemok pun haritu.  Lame tak jumpe kan. Sekali tu dia balik keje aku ada kat umah dia kan. Dia bukan tegur apa pun. Dia cuma cakap "dah tembam. Tu la dok kate orang boroi sangat.." haha sentap la tu aku kate dia boroi. Well bagusla gemuk sikit. Kan memang azam tahun baru tu sebab nak bagi lepas berat untuk derma darah.

Tapi esoknye aku dok tanye orang  "aku gemok ke?" -.-"