Mari join..:)

Thursday, October 24, 2013

For bieber~

Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.(yaa so true..u dont know how i feel...) Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa mu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!!! Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.(awak masih ada dlm doa sy) Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata. Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus tali. Soal cinta adalah soal hati. Jika ia soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.(sy tahu ni..sebab tu saya menjauhkan diri..) Cinta tidak selalu dengan jodoh tetapi jodoh selalu dengan cinta. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

No comments:

Post a Comment