Mari join..:)

Sunday, October 6, 2013

Cikgu comel la...

Harini dari pagi tuisyen. 3jam kat Alma sampai 1.30 petang. Pastu g Tesco sat cari barang. Pastu pi penang pulak tuisyen lagi satu. 2jam.

Yang 2jam ni budak PMR. PMR kan dah start. Ni last two class lah. Esok betul2 last class. Dia dok tengok aku pastu cakap "cikgu comel la.macam doraemon". What? Doraemon? Pastu sibuk nak tangkap gambar aku. Pakai enset aku lah. Helo,dah 6bulan kelas baru pasan ke aku comel? Hahahah

Pastu dia sibuk kata. Ala,bila tangkap gambar cikgu jadi tak comel la. Kalau tengok depan2 baru comel.

Aku cakap kat dia. Oh maksudnya cikgu lagi comel bila tengok depan2 dari dalam gambar lah ye. Dia dok gelak kat aku. Hai. Hancus masa study kami. Hehe. Iklan saja k. Time belajar memang belajar.

Pastu dia pesan kat aku. Cikgu wat muka blur kalau nak nampak comel. Tapi jangan selalu sangat nanti pelik pulak. Adoiii laarrr..

Cuak aku bila pikir dia nak pekse ni. Kalau result tak best camna. Kak dia dulu pun banyak main tapi last2 ni dia memang serius. Kak dia yang peminat tegar Justin Bieber tu. Ni dah dekat exam pun banyak main. Dahla nak habis kelas baru dia tau nama cikgu dia ni. Ish ish ish.

Doakan studen aku wey. Masa kelas dia tak pakai tudung so takde gambar. Huhu.

No comments:

Post a Comment