Mari join..:)

Tuesday, October 29, 2013

Tuisyen di Simpang 4 Penang.

Salam semua. Ada baik ka harini?hehe.. Cikgu Huda baik2 saja..;) So just nak buat pengumuman pagi ni. Pendaftaran pelajar baru untuk tuisyen di rumah dibuka mulai sekarang!lSubjek terlibat adalah Matematik& Add Math sahaja. Kelas pada petang@malam,weekdays. Weekend sepanjang hari. Bayaran affordable,keutamaan kepada pelajar Muslim.(sorry saya cuma menjalankan tanggungjawab saya terhadap agama,bukan perkauman whatsoever) Kelas boleh mula bila bila masa,lebih cepat lebih baik untuk students..:) Location sekitar Penang@Kulim. Hubungi saya sms/whatsapp 017-5049769(huda) segera..:)

Friday, October 25, 2013

Sifat aku sebenar(baru sedar..huhu)

SIFAT ANAK SULONG...... 1) ANAK MANJA EMAK Sebab apa-apa pun mesti dia akan diutamakan oleh ibu. 2) ANAK DEGIL Anak pertama dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata. Semua dia aje yg betul. Dlm ramai- ramai adik beradik dia aje yg betul. Kemahuan dia kuat. Kalau buat sesuatu sungguh-sungguh. Kalau tak nak tu, tak nak lah jawabnya, boleh dipujuk tapi selalunya tak berapa jalan. 3) TAK PANDAI PUJUK Memang anak no 1 ni dia tak pandai pujuk makwe or pakwe dia. 4) BERCINTA Dia kalau bercinta, sangat setia. Sanggup berkorban. 5) HITAM / PUTIH Apa yg dikatakan semua dipegang. Kalau hitam, hitam lah kalau putih, putih lah. Degil tak boleh toleransi. 6) HATI Anak no 1 ni juga nampak aje keras, tp hati dia lembut. Satu lagi perangai dia tak boleh ditegur. 7) BERDIKARI Very independent. Memang betul. Tp kalau terlebih independent pun payah. Mudah bergaul. Very take care. ARAHAN Anak no 1 ni juga dia payah nk terima arahan. Dia lebih suka buat hal sendiri pendek kata tak boleh kerja ngan orang. 9) PEMAAF & CARING Tidak dinafikan anak no 1 ni pun pemaaf dan caring. Tapi awas jangan bagi diorang marah kalau dioang marah faham je lah. 10) PAKAIAN Nak semua up to date. Semua nak kemas. . w No.1&10 ja macam.kurang tepat.huhu

Thursday, October 24, 2013

For bieber~

Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan aku mahu kau kembali kepadaku, tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar untuk melepaskan kau pergi.(yaa so true..u dont know how i feel...) Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpa mu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita. Kemudian kau tersenyum padaku dan merosakkan segala-galanya. Aku tewas dan jatuh cinta sekali lagi padamu!!! Soal hati tiada undang-undang. Apatah lagi paksaan. Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta. Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu, sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.(awak masih ada dlm doa sy) Orang yang putus cinta sering kali berakhir dengan air mata. Cinta yang tidak berbalas itu bagaikan layang-layang terputus tali. Soal cinta adalah soal hati. Jika ia soal jodoh. Manusia hanya merancang tapi Tuhan yang menentukan jodoh kita. Sejauh dan sedalam mana pun cinta kita terhadap orang, kalau ia tidak berbalas, sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.(sy tahu ni..sebab tu saya menjauhkan diri..) Cinta tidak selalu dengan jodoh tetapi jodoh selalu dengan cinta. Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak mencintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain. Melupakan seseorang yang disayangi amat sukar. Cinta akan hidup bersama waktu, apabila waktu itu mati, maka matilah cinta itu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada di sisi kita.

Friday, October 18, 2013

Menakutkan! Baca jika berani saja!

Kisah Benar Mati Hina Dalam Kemalangan Ngeri Semasa Berzina |Ini merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh seorang ahli bomba dari utara semenanjung..Sama-sama kita renungi dan hayati kisah ini, jadikan pengajaran!Satu hari beliau dan rakan-rakan telah menerima satu panggilan palsu berkenaan satu kemalanganyang telah berlaku di lebuhraya utara selatan. Oleh kerana untuk mengesahkannya maka beliaudan rakan2 telah ketempat yang dikatakan oleh pemanggil namun tiada apa yang terjadi disana.Dalam perjalanan pulang, waktu itu pukul satu pagi, hujan turun renyai-renyai.Di satu persimpangan susur keluar dari lebuhraya, mereka ternampak sebuah mpv mewah yangterbalik dan remuk sekali kerana melanggar divider yang tajam. Mereka segera turun dan melihat kemalangan itu dengan niat ingin menolong kiranya ada yang terselamat. Tetapi apa yang mereka saksikan sungguh dahsyat dan menyayat hati. sesuatu yang tidak tergambarkan dahsyatnya.Mereka jadi terkedu, tergamam, tiada sepatah perkataan pun yang dapat menggambarkan betapa dahsyatnya kejadian itu, semoga Allah melindungi kita semuadari kejadian yang seumpama ini. Pemandu mpv mewah itu telah pun mati terkulaidi kerusi pemandu kerana kecederaan parah di kepala.MPV tersebut begitu remuk sehingga bumbungnya menghimpit kesemua pemandu dan penumpang di dalamnya.Di bahagian belakang mpv mewah tersebut terdapat tiga susuk tubuh manusia.Seorang wanita dalam empat puluhan dan dua lelaki dalam dua puluhan.Tidak terdapat seurat benang pun pada tubuh mereka. bogel-sebogelnya. Wanita dan salah seorang lelaki itu dalam keadaan berpelukan kepala mereka pecah, darah menyembur di merata tempat, tulang rusuk mereka hancur dan tikam menikam antara satu sama lain, dahsyat sekali. tulang punggung wanita itu pula hancur.Lebih dahsyat lagi dengan jelasnya mereka lihat zakar lelaki itu masih di dalamkemaluan wanita itu. Langsung mereka tidak dapat dipisahkan. Lelaki yang seorang lagi sedang dalam nazak dengan kecederaan parah di kepala,dan sayup-sayup kedengaran suaranya memanggil.. mummy…. mummy…. mummy…… Tangan pemuda yang melekat pada perempuan itu masih memegang zakar lelaki yang nazak itu.Ahli bomba itu terjelepuk. tidak pernah dalam hidupnya terbayang akan boleh terjumpa keadaan seperti ini. Dengan semangat dari kawan-kawan, beliau segera bangun dan mengambil gergaji besi untuk memotong kenderaan yang remuk itu. Mereka mesti melakukannya secepat mungkin, sebelum kejadian yang memalukan itu dilihat oleh orang ramai.Dalam kegelapan malam itu mereka bertungkus lumus membuat apa yang patut. Dalam kesibukan bekerja tiba tiba bulu roma ahli bomba itu meremang naik, badan nya menjadi seram sejuk dan dada berdebar kencang. Sambil bekerja, dengan jelas dari sudut mata beliau kelibat satu makhluk hitam yang sungguh besar memegang pedang, dengan muka yang sungguh bengis dan berang, nafasnya mendengus radang, mundar mandir dan mengelilingi kawasan kemalangan dengan gaya orang yang tersangat marah. Dalam hati ahli bomba itu berkata, “Ya Allah, besarnya kekuasaan mu, mungkin inilah dia malaikat maut yang dikatakan itu”.Mereka mengeluarkan mayat-mayat tersebut satu persatu kecuali mayat wanitadan lelaki yang tidak dapat dipisahkan itu. Pada leher wanita tersebut terkalungtasbih yang memancar apabila terkena cahaya. ahli bomba itu melihat dengan jelas terdapat ukiran salib pada setiap butiran tasbih tersebut akibat pancaran cahaya bulan. Astaghfirullah hal azim!!, masyaAllah!! apakah yang telah terjadi???Selepas memeriksa dokumen pengenalan diri mayat2 tersebut, jelaslah bahawa wanita itu adalah ibu kepada kedua lelaki tersebut. Agama yang tertera dalamnya ialah islam dan nama-nama mereka didahului dengan mohd dan nur………Beginilah akibatnya orang yang telah melampaui batas melepasi garisan yang telah di tetapkan oleh Allah. Balasan Allah terlalu pantas sehingga kita tidak sedar ianya datang.Begitu juga orang yang menyebarkan dosa dan maksiat insan lain. Apa yang akan terjadi jika orang lain terpengaruh dengan apa yang dilihat? Mereka akan melakukan kemungkaran hasil pengaruh kita.Selagi mereka melakukannya selagi itu kita mendapat bahagian dari kemungkarannya itu.Apakah akan terjadi jika mereka melahirkan anak luar nikah? itulah tanggungan kita hinggalah keakhir hayat mereka dan cucu cicit mereka. Akan datang apabila kita telah berumur,janganlah kita tanya mengapa musibah terjadi kepada kita, mengapa anakku cacat? Mengapa aku, anakku cucuku kena kanser? mengapa berlaku kemalangan yangdahsyat hingga mencacatkan aku, anakku dan ahli keluarga ku? Mengapa aku di tipu?,mengapa aku, anakku, ahli keluargaku dirompak, dirogol, dicederakan, mengapa ahli keluargaku melakukan jenayah, dipenjara dan dihukum?Sesungguhnya Allah itu maha adil. Dia akan membalas setiap apa yang kita lakukan secara sedar atau tidak.Bertaubat dan kembalilah ke jalan yang diredai. Membuat dosa adalah fitrah manusia. Allah akan mengampunkan dosa kita kepadaNya walaupun sebesar mana sekalipun. Tetapi berbangga dengan dosa yang kita lakukan dan mempengaruhi manusia lain untuk sama membuat dosa adalah seburuk-buruk dosa dan hutang dosa ini bertambah selagi manusia yang kita pengaruhi itu membuatnya akibat kita.Wallahualam..Nauzubillah Min Zalik renungkanlah…….. dan selamat beramal….. #Salam Jumaat ..

Tuesday, October 15, 2013

Berhenti.

♥Belajarlah untuk kehilangan dia...    andai dia bukan jodoh kamu✔          ♥Belajarlah untuk tabah...andai dia pergi dari hidup kamu✔          ♥Belajarlah untuk menerima hakikat...andai dia bukan milik kamu✔          ♥Belajarlah untuk berhenti mencintai dia...andai dia bukan untuk kamu✔ 

Tazkirah Qasirah Raya

mutiara yang berharga, yang 1 dalam sejuta, yang akan membuatkan kita hilang arah apabila mutiara itu tercicir dari jagaan..kita manusia harus menjadi seperti mutiara itu, yang mempunyai kualiti yang akan membuat orang yang mengetahuinya mencari kita apabila dia menyedari kita hilang dari pandangannya..dr. muhaya 

Sunday, October 13, 2013

Selamat hari raya Aidiladha!

Kemaruk bercuti sesangat padahal cuti 4hari je. Maklumla,dah 3 minggu tak balik. Mengidam gulai lemak cili api ngan bubur kacang. Siap mesej mak lagi siap2. Pastu mak kate masak sendiri.-.-"

Semalam family adik ipar datang hantar belanja. Maka mak masak la special sikit. Kuih limas. Perghh!

Kesimpulannya balik kali ni hepi sesangat. Hehehe

Entri pendek je. Huhu.

Tuesday, October 8, 2013

Morning peeps!

Buang tebiat pagi2 sampai parking tangkap gambar dulu baru kuar p punch card.huhuhu

Pape pun today hari yang baik sebab pagi ni je aku tak rasa sedih. At least tak la sedih sangat walaupun masih fikir pasal orang itu. Orang yang dah jauh tu...

Chaiyok everyone! Smileeee..:)

Sunday, October 6, 2013

Cikgu comel la...

Harini dari pagi tuisyen. 3jam kat Alma sampai 1.30 petang. Pastu g Tesco sat cari barang. Pastu pi penang pulak tuisyen lagi satu. 2jam.

Yang 2jam ni budak PMR. PMR kan dah start. Ni last two class lah. Esok betul2 last class. Dia dok tengok aku pastu cakap "cikgu comel la.macam doraemon". What? Doraemon? Pastu sibuk nak tangkap gambar aku. Pakai enset aku lah. Helo,dah 6bulan kelas baru pasan ke aku comel? Hahahah

Pastu dia sibuk kata. Ala,bila tangkap gambar cikgu jadi tak comel la. Kalau tengok depan2 baru comel.

Aku cakap kat dia. Oh maksudnya cikgu lagi comel bila tengok depan2 dari dalam gambar lah ye. Dia dok gelak kat aku. Hai. Hancus masa study kami. Hehe. Iklan saja k. Time belajar memang belajar.

Pastu dia pesan kat aku. Cikgu wat muka blur kalau nak nampak comel. Tapi jangan selalu sangat nanti pelik pulak. Adoiii laarrr..

Cuak aku bila pikir dia nak pekse ni. Kalau result tak best camna. Kak dia dulu pun banyak main tapi last2 ni dia memang serius. Kak dia yang peminat tegar Justin Bieber tu. Ni dah dekat exam pun banyak main. Dahla nak habis kelas baru dia tau nama cikgu dia ni. Ish ish ish.

Doakan studen aku wey. Masa kelas dia tak pakai tudung so takde gambar. Huhu.

Thursday, October 3, 2013

Assobaru minal iman(sabar separuh dari iman)

Semalam. Aku sibuk transfer gambar dari kamera masuk dalam PC. Nak cuk USB tu kena cangkung bawah meja.

Ada sorang membe ni. Kalut suruh aku cepat. Dia nak guna kamera. Aku ni jenis tak suka orang tunggu aku. Tak senang aku dibuatnya.

Dia cakap "wey huda..cepatla.. I nak guna ni.."

Aku cakap la balik." U ni..assobaru minal iman taw..sabaq sat boleh"

Membe2 melayu pakat gelak kat kami. "Hoi yang bagitau dia benda tu watpa. Bukan dia tau pun."

Membe yang dok tunggu tadi tu Cina.

Buah cinta.

Have you ever love somebody so much it makes you cry?

Buah yang akan jadi my most precious thing in the world.