Mari join..:)

Monday, September 30, 2013

I'm Sorry I Love You,My Heart,Kuch Kuch Hota Hai.

Song Eun Chae.Rachel.Anjali. Semuanya menggambarkan aku. Sebab itulah aku begitu beremosi setiap kali menonton mereka. Tak pernah fail.

Sapa pernah tengok I'm sorry I love u ni. Akan tau. Eun Chae pada mula cite sangat cintakan seorang penyanyi ni. Choi Yoon. Dia sanggup buat apa saja untuk Choi Yoon. Pernah dipukul sebab pertahankan Choi Yoon. Tapi tak pernah dihargai. Lepas tu dia jumpa laki yang hargai dia. Dia cakap "Masa saya sayangkan Choi Yoon dulu, rasa sangat sunyi..."

Rachel. Lakonan Nirina Zubir. Kawan baik Irwansyah. Tak ingat nama watak dia. Raphael kot. Diorang selalu main basket ball sama sama. Dalam diam. Rachel suka Irwansyah. Dia meluahkan perasaan cinta dia dalam sebuah ran (rumah pokok) area tempat diorang selalu main tu. Tempat yang Irwansyah tak pernah naik sebab takut tinggi. Bila Irwansyah jumpa Acha, Rachel sedih sangat. Irwansyah sedar Rachel berubah. Bila ditanya, Rachel jawab "dia ada orang yg disuka. Tapi laki tu sudah ada pacar." Irwansyah tak sedar langsung laki tu adalah dia. Boleh nasihat pulak lagi. Akhirnya bila Rachel ditimpa kecelakaan. Rachel hilang semangat untuk hidup. Sebab satu satunya perkara yang dia boleh buat bersama Irwansyah iaitu main basketball, dah tak boleh lagi. Dan bila dia mati. Barulah Irwansyah tahu perkara sebenar...

Kuch kuch hota hai. Juga kawan baik. Dan seperti My Heart, hero jumpa pompuan ayu,cantik,keperempuanan yang sangat berbeza dengan kawan baik diorang tu. Bila mereka akhirnya bersama, Anjali pun bawak diri.

Masa first tengok cerita2 ni. Aku tak pernah bercinta. Tapi watak2 pompuan ni sangat macam aku. Dan akhirnya. Ya aku memang seperti mereka. Orang akan kata aku ni sangat negatif terhadap hidup. Tapi sebenarnya..dari kecik aku dah rasa sunyi. Jadi anak sulung kena jadi anak yang baik. Yang sentiasa dengar kata. Yang tak pertahankan diri,sentiasa biar dipersalahkan walaupun tak salah. Yang membuatkan aku gemar hidup dalam dunia sendiri. Tak bercita-cita tinggi. Hidup mengikut arah mana dunia membawaku. Masa di sekolah semua orang cakap aku suka tido. Menurut kajian,orang yang suka tido adalah orang yang sunyi. Lawak pulak. Hihi.

Orang boleh nasihat macam2. Tapi semua orang tak sama. Apa yang kita fikir tak sama ngan apa orang lain fikir. Apa yang kita nampak tak sama dengan apa orang lain nampak. Apa apa pun. Bermula dari dalam diri kita.

Maaf pada pembaca. Saya tahu banyak entri yang melankolik dalam ni. Saya cuma harap jangan judge saya. Terima saya seadanya...



No comments:

Post a Comment