Mari join..:)

Monday, September 30, 2013

I'm Sorry I Love You,My Heart,Kuch Kuch Hota Hai.

Song Eun Chae.Rachel.Anjali. Semuanya menggambarkan aku. Sebab itulah aku begitu beremosi setiap kali menonton mereka. Tak pernah fail.

Sapa pernah tengok I'm sorry I love u ni. Akan tau. Eun Chae pada mula cite sangat cintakan seorang penyanyi ni. Choi Yoon. Dia sanggup buat apa saja untuk Choi Yoon. Pernah dipukul sebab pertahankan Choi Yoon. Tapi tak pernah dihargai. Lepas tu dia jumpa laki yang hargai dia. Dia cakap "Masa saya sayangkan Choi Yoon dulu, rasa sangat sunyi..."

Rachel. Lakonan Nirina Zubir. Kawan baik Irwansyah. Tak ingat nama watak dia. Raphael kot. Diorang selalu main basket ball sama sama. Dalam diam. Rachel suka Irwansyah. Dia meluahkan perasaan cinta dia dalam sebuah ran (rumah pokok) area tempat diorang selalu main tu. Tempat yang Irwansyah tak pernah naik sebab takut tinggi. Bila Irwansyah jumpa Acha, Rachel sedih sangat. Irwansyah sedar Rachel berubah. Bila ditanya, Rachel jawab "dia ada orang yg disuka. Tapi laki tu sudah ada pacar." Irwansyah tak sedar langsung laki tu adalah dia. Boleh nasihat pulak lagi. Akhirnya bila Rachel ditimpa kecelakaan. Rachel hilang semangat untuk hidup. Sebab satu satunya perkara yang dia boleh buat bersama Irwansyah iaitu main basketball, dah tak boleh lagi. Dan bila dia mati. Barulah Irwansyah tahu perkara sebenar...

Kuch kuch hota hai. Juga kawan baik. Dan seperti My Heart, hero jumpa pompuan ayu,cantik,keperempuanan yang sangat berbeza dengan kawan baik diorang tu. Bila mereka akhirnya bersama, Anjali pun bawak diri.

Masa first tengok cerita2 ni. Aku tak pernah bercinta. Tapi watak2 pompuan ni sangat macam aku. Dan akhirnya. Ya aku memang seperti mereka. Orang akan kata aku ni sangat negatif terhadap hidup. Tapi sebenarnya..dari kecik aku dah rasa sunyi. Jadi anak sulung kena jadi anak yang baik. Yang sentiasa dengar kata. Yang tak pertahankan diri,sentiasa biar dipersalahkan walaupun tak salah. Yang membuatkan aku gemar hidup dalam dunia sendiri. Tak bercita-cita tinggi. Hidup mengikut arah mana dunia membawaku. Masa di sekolah semua orang cakap aku suka tido. Menurut kajian,orang yang suka tido adalah orang yang sunyi. Lawak pulak. Hihi.

Orang boleh nasihat macam2. Tapi semua orang tak sama. Apa yang kita fikir tak sama ngan apa orang lain fikir. Apa yang kita nampak tak sama dengan apa orang lain nampak. Apa apa pun. Bermula dari dalam diri kita.

Maaf pada pembaca. Saya tahu banyak entri yang melankolik dalam ni. Saya cuma harap jangan judge saya. Terima saya seadanya...



Renungan lunch.

Hanya kerana dia tak mengalirkn air mata,jangan sangka hatinya tak menangis,hatinya mudah rapuh walaupun luaran nampak teguh.percaya lah dia telah banyak bertahan dan menangis dalam diam .
 

Kek coklat moist for sale!

Nampak tak cokolat meleleh leleh tu? Terliur tak? Huhuhu...

This is my latest project. UDEZLICIOUS. Don't worry. Memang sedap. Tengok la orang yang wat nye kan. Hehehe. Setakat ni aku dok jual kat kilang ni je. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Jadi untuk orang sekitar Seberang Jaya, Permatang Pauh hingga ke Bukit Mertajam ni tak berminat ke? Especially orang area Bukit Minyak ni. Wajibla order kat saya. Huhuhu.

Apa lagi order sekarang di 017-5049769.

Terdapat dua saiz.

besar- RM15 (600++ gram)
Kecil- RM8 (300++ gram)

Kek coklat moist for sale!

Nampak tak cokolat meleleh leleh tu? Terliur tak? Huhuhu...

This is my latest project. Don't worry. Memang sedap. Tengok la orang yang wat nye kan. Hehehe. Setakat ni aku dok jual kat kilang ni je. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Jadi untuk orang sekitar Seberang Jaya, Permatang Pauh hingga ke Bukit Mertajam ni tak berminat ke? Especially orang area Bukit Minyak ni. Wajibla order kat saya. Huhuhu.

Apa lagi order sekarang di 017-5049769.

Terdapat dua saiz.

besar- RM15 (600++ gram)
Kecil- RM8 (300++ gram)

Berhati-hatilah..

Berhati-hatilah jika kau membuat
seorang
wanita menangis, kerana malaikat
menghitung air matanya.
Wanita diciptakan dari tulang-tulang
rusuk
lelaki. Bukan dari kakinya untuk
dipijak,
bukan dari kepalanya untuk
ditinggikannya,
tapi dari sisinya utk bersama
dengannya,
dibawah lengannya untuk
dilindunginya
dan disebelah hatinya utk
dicintainya..

Thursday, September 26, 2013

Lirik lagu Dayang OST Dahlia.

Pagi tadi terdengar. Sedih gila lirik dia.

Bisikan Rindu (by Dayang Nurfaizah)

Dengarkan bisikan kalbuku
Sungguh besar mencintaimu
Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam..sedalam samudera

Chorus
Mencintaimu,menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah hati ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Walau pedih ini sungguh pedih
Akan kurelakan asalkan dia bahagia

Rasakan rasakan rinduku
Yang dalam sedalam samudera

Mencintaimu,menyayangimu
Merindukanmu seumur hidupku
Tuhan kuatkanlah diri ini
Saat dia tinggalkan diriku sendiri

Tuhan kuatkanlah diri ini
Asalkan dia bahagia
Asalkan dia bahagia...

Tuesday, September 24, 2013

Tuisyen di rumah Math & Add Math.

Pendaftaran untuk pelajar yang akan menduduki PMR@SPM tahun 2014 dibuka mulai sekarang!

Terbuka kepada yang tinggal di sekitar Permatang Pauh/Seberang Jaya/Bukit Mertajam/Simpang Ampat. Subjek Math&Add Math.Kelas: Weekdays (6-10p.m), boleh bincang. Bayaran affordable.  Result dijamin.

Boleh hubungi misshyda@gmail.com atau sms/whatsapp ke 017-5049769. TQ..

Sunday, September 22, 2013

Love is.

Kasihku..
Ku amat mencintai kamu..
Kerna kau beri erti hidup...
Ku kan selalu mencinta...
Sedetik lebih...

Saturday, September 21, 2013

Hope.

Everything start with hope. Every morning we wake up with a hope. Hope for a good day. Every night also we sleep with a hope. For a tight sleep and for a new day tomorrow. Hope is essential.

With a positive thinking hope makes people happy. With a negative thinking hope makes people scared. Hope is everything to some people and is nothing to other people. With hope comes the energy to strive. With a hope comes tears to cry.

No one wants to be sad. No one wants to fail. But never lose hope. Bcause when you lose hope,you die.

Go back to when you little, you will find how hopeful you are. How positive you are. How cheerful you are. And get that smile again.


Be positive,Huda. You are not the most unlucky one in the world. Do things for your life,for people who loves you more than the world. Pray for happiness for people who hurts you. Forgive and forget. Every single tears you shed now,may be pearls later. Sleep tight.

Wednesday, September 18, 2013

D' Perahu Cafe

Khamis lepas gi tengok Vikingdom yang Yusry direct pelakon Hollywood tu. Kebetulan kilang kami ada problem so tak kerja la kami semua. Bagitau Gemok dia cakap nak tengok jugak. So amik tiket 5.30 petang kat Jusco.

Kelaparan aku cakapla nak makan pas tengok wayang. Rasa nak makan chicken chop. Terus dia bawak gi kedai kak dia. Aku leh tak tau pun depa bukak kedai. Setau aku depa wat pizza ja hari2. K.Z. Huhu. So ke Guar Perahu la kami dari Jusco tu.

Sampai2 tengok mak abah Gemok pun ada sana. Depa nak amik Qaseh.Kantoi la kami kuar dua.Hehe. Sampai terus order. Rumah kak dia corner lot so memang parking ke ape takde hal la. Sesuai sangat. Depa renovate rumah untuk kedai tu. Wifi pun ada. Dasat.

Chicken chop sampai aku suh Gemok tangkapkan gambar. Aku cakap nak buh dalam blog. Satu set chicken chop dengan soft drink RM10 sahaja. Berpatutan sangat.Meriah lak tu satu pinggan tu. Kenyang gila.

Habis makan lepak dapur. Suka2 ja kan. Dapur bersih takpela. Huhu. Sambil borak sambil depa tanya pendapat pasal makanan depa. Gemok kan pandai bab2 komplen ni.

Abang din tunjuk la nasi goreng meletup depa. RM4.50 ja. Tapi puas la makan. Teringat nasi goreng masa gi Hatyai aritu. 70 bath bersamaan RM7 takde ape. Nasi sikit lauk pun sikit. Celah gigi je.Len kali leh try. Aku kan peminat nasi goreng. Huhuhu.

Yang best nye depa wat delivery. Kalau aku dok Guar Perahu mesti hari2 aku order ja. Takyah susah2 nak kuaq. Selalu aku balik tuisyen da nak tengah malam. Kedai pun da nak tutup. Last2 tak makan apa. Sedih.

Bole bagi rating 8.5/10 la cafe ni. Untuk makanan 9.5/10 rating sedap. Hehehe. Jom serbu! Bukak dari 7-12 malam, Ahad tutup. Sori gambaq tak banyak..

Tuesday, September 17, 2013

Bila rindu...

Pagi Selasa. First working day of this week. Hati rasa rindu. Teramat amat rindu. What to do?

Sunday, September 8, 2013

Teringat kawan2.

Tadi rasa nak jenguk buku bio kawan2 zaman matrik ni. Comel tak? Tengok tuan la.hehehe..

Bila bukak2 balik teringat aku yang dulu. Sebenarnya aku bukan banyak berubah pun dari matrik. Tapi yang aku perasan dulu aku macam gelap sikit je. Huhu. Oh tak dilupa. Muka dulu clean and clear je. Sweet 17 katekan. Hehehe.

Nak capture satu2 xleh sebab ada personal details kan. Aku tulis balik jela...

Lee Su Rong--  huda love checker box(haha dulu masa matrik aku minat budak kelas sebelah tu,dia selalu pakai baju checker box.tah pape je)

Ieja(kawan bilik)--- huda,tq sbb jadi pendengar yg setia (oh rupanya aku ni mmg kawan yang sangat baik dari dulu eh.hahaha)--- Jadilah insan yang dimahukan dirimu,janganlah suka mengikut rentak orang lain (huhu i always do. Aku takkan buat atau pakai benda yang aku tak suka even kena paksa pun. Termasuk dalam hal cinta,tak suka tak layan terus. Takde nak pura pura. Hahaha) Ieja ni siap bagi gambar dia lagi. Miss u a lot ieja! Patutla dulu aku tembam,baru teringat dulu hari2 melantak dengan dia makan best2. Kafe matrik kan sedap. Hehe

Ayu yang tak berapa ayu..haha--- semekom huda xcun!!haha..semoga ingat2 aku ye!!(kenduri ko aku datang kan ayu?) huda..bawak2 insaflar..jadilah wanita sejati macam aku!!hehe(maaflah yang ni lambat sikit.aku tak boleh weh!haha)

Mekya(love edison)--- jangan lupakan kenangan kita ponteng lecture mr. Shehdy sama2(patutla aku tak pandai kimia sampai sekarang.hahaha) makan kacang panjang banyak sikit,supaya tinggi lagi.haha(takleh watpe weh,genetik.haha) TP27 always rock! (rindu zaman muda2 pakai baju kurung ngan sneakers. Masa honda pun aku dok pakai sneakers tapi Gemok tak suka. Dia suka aku pakai kasut sarung yg flat pastu ada reben kat depan. Aku tak suka sebab bila aku pakai  tu orang dok usyar aku. Hahaha)

Bella my bestfriend---don nakal2 sangat..nakal2 ckit bole la(aku nakal ek?hahaha) stay cute..tp jangan gunakan kekiutan ko untuk goda2 org..nanti jadi cam aku..huhu(aku kiut eh?hahaha) Unimas rocks! Satu sem satu..nges2 (haha..ade ke niat nak cari pakwe jambu masa U,pastu tiap2 sem tukar...last2 sorang pun tadak.hahaha.sedar diri tak punya pape yg nak gatai2 tu.hehe)

Dyana--- serlahkan kegedikanmu..kuikuikui..(tengok..orang yang suruh aku jadi gedik.aku tak gedik kan.huhuhu)

Ni amik serba sikit je..hehe.. Bila selak2 takde bio budak laki pun. Nampak sangat aku ni budak baik tak suka gatai2 kan. Hehehe. Dulu pun lepas berapa bulan masuk matrik baru aku cakap dengan budak laki. Orang baru kua sekolah pompuan kan. Padahal masuk kelas fizik sah2 la budak kelas banyak laki. Huhu takpe2. Tak mati pun kan. Hehehe.

Baca ni semua rasa macam aku dah balik umur 17 la. Hahaha. Kat kilang aku keje sekarang takde sape percaya umur aku. Bila tau aku ada degree je yang orang tau aku tua dah. Ada aku kisah. Yang penting nampak muda. Jangan ada kedut2 sudah.haha...

Nak sambung baca novel...ade yang rindu aku ke? Hehe

Tuesday, September 3, 2013

Pelaburan emas..menguntungkan ke?

Dah lama menyepi tiba2 datang terus nak sembang pasal pelaburan.huhu redha jelah. Udez kan memang camni.

Baru2 ni agak heboh juga pasal pelaburan emas ni. Gemok la dok cita ngan aku. Aku emas ada satu ni jelah cincin. Kalau makcik makcik kan banyak siap berlawan2 pulak gelang sapa yang sampai lengan. Ala macam Mami Jarum tu. Huhu.

So ada sapa2 bole cita ngan aku pasai pelaburan emas ni? Sharing is caring kan. Huhu