Mari join..:)

Wednesday, July 10, 2013

Efektifnya Pos Laju.

Ni bukan nak cite pasal servis pos laju. Tapi company tu.

Kebanyakan customer maixara ada area k.l. So paling mudah pos laju la. Courier lain aku penah pakai masa keje dulu je tapi yang tu urusan company,duit company. Tah kenapa rasa tak syok nak guna. Hehe.

Biasa kalau nak pos kosnya RM6. Sebab tak berat pun maixara tu. Selalu aku gi pos ofis time rehat tengahari. Sebab kalo sebelum 12.30 esoknya dah bole sampai kan. Pos ofis simpg 4 or taman delima is the best choice. Tapi taman delima tu selalu slow sebab orang ramai tapi pekerja sorang je masa rehat tengahari. Time ramai camtu la kena bukak kaunter lebih kan. Tah pape tah.

So semalam aku pos dua bijik kat taman delima. Sebab ikut member. Kalau sorang aku p dah simpang 4. Sebab kejar masa la. tengahari tu bos belanja makan piza kol 12.30.

Elok2 masuk kete membe lepas beratur panjang, sorang customer kata baru bankin. Alamak. So aku decide g pos laju kat bukit tengah je pas balik keje. Aku biasa usya je tempat tu tapi  tak penah gi. Sebab aku tak tau jalan nak masuk. Huhu. Sadis. Yang aku tau dia memang tutup kol 6.30.

So hentam je jalan nak masuk tu. Sebab takde yang dapat menbantu. Jumpe. Masuk2 ada 2line. Tak panjang sangat sebab tempat pun tak besar sangat. Tapi barang diorang..perghh..Sorang bawak satu kotak barang untuk  dipos. Sorang satu kotak tau. Aku rasa diorang bisnes la. Hebat la. Aku bayang diorang ni macam yang aku selalu baca kat blog. Sepet, kak peej,kak filla suma tu. Hari2 pos banyak2. Dengan nak membalut lagi.

Selesai urusan aku gi kat makcik normah. Sahur umah dia pagi tadi. Pastu kol 11 camtu customer yang aku pos petang tu mesej kata barang dah sampai. Uit cepatnye. Diorang hantar barang tengah2 malam ape. Mesej 2lagi customer diorang kate tak sampai pun lagi barang. Cargas sungguh pos laju sebenar. Pasni tau dahla nak tuju mana. Huhu.

No comments:

Post a Comment