Mari join..:)

Thursday, July 11, 2013

Dugaan bulan puasa.

Puasa tahun lepas aku masih kat kilang besi tu. Bulan 9 aku benti. Kilang besi taulah,panas. Ofis ja sejuk itupun takleh dok lama dalam opis. Paham2 la kan kenapa. Keja production bukan keja kerani.

Pertengahan puasa kot. Aku diserang sakit gigi yang kronik. Dulu penah tampal gigi. Bahagian akar tu dah bermasalah. Kira makan dalam la. Sakit ya amat. 2hari puasa terbatal. Bukan sebab nak makan. Tapi sebab sekali tu letak sirih, nepal bagi. Sekali tu buh gambir. Batal la... Last2 cabut. Tapi masa cabut tu aku cuti puasa la. Kebetulan.

Taun ni kilang sejuk. Takda welding2 dah. Tapi bila demam or senggugut...Allah je yang tau. Dan tahun ni beberapa hari sebelum puasa aku dilanda demam,sakit tekak,batuk,selsema,sakit kepala. Full pakej bila demam la kan. First day puasa tinggal batuk selsema dan sakit tekak je. Bolehla puasa. Tapi derita part sakit tekak la. Aku kalau puasa lapar takpe jangan haus. Takleh tahan.  Dulu bangun sahur minum air setengah liter okey dah. Bila demam ni kena bangun makan pape pastu makan ubat siap2. Suara aku suara jantan dah bak kate Gemok. Tak habis2 ulang cakap suara aku suara jantan. Salah sendiri la dulu cakap kat dia camtu masa sakit camni. Habis kena ungkit.

Semalam aku half day. Sebab tak larat batuk kerap sangat. Apa pun tak boleh. Balik umah tido sepanjang petang. Kebetulan tuisyen pun cancel. Dekat kol 7 gi bazar ramadhan dekat umah aku. Dok pikir camna nak beli dengan suara camni. Last2 buat bahasa isyarat ja. Ucapan terima kasih dalam hati jela. Nak wat camne kan.

Harapla esok sembuh dah. Esok aku cuti. Sabtu kan Penang Governor's birthday. Nak lepak umah je satu hari. Huhu. Selamat berpuasa kome. Jaga kesihatan weh.

No comments:

Post a Comment