Mari join..:)

Monday, July 29, 2013

Baju raya.

Amboi.berapa hari dah kan kita berpuasa. Macam lama je. Hehe. Tak lama lagi nak raya dah kan. Kalau bukak radio pun dok main lagu raya dah kan. Bestttt.

Biasa aku kalau baju raya mak yang jahit. Pastu belila tshirt ke suar ke. Taun ni mak buat jugak. Kain yang dapat langkah bendul aritu. Tak taulah rupe camne bila dah jahit. Kaler grey. Pastu boleh tahun ni rase nak pakai baju kurung moden pulak. Nak beli siap. So g la first lady.

Jap.Sebelum ni aku dok suruh Gemok pakai baju melayu. Dah tahun ke3 la aku suruh. Sebab bagi aku laki nampak hensem bila pakai baju melayu. Dulu masa matrik aku suka hari Jumaat sebab diorang suka pakai baju melayu lengkap siap sampin. Pastu kalau ade yang aku minat tu aku mesti nak tengok baju melayu dia kaler pe. Pelik kan. Hehe

Taun pertama tu dia buat tak tau je. Taun kedua dia cakap ngan kak dia "dia nak beli kat aku baju melayu.bukan aku pernah pakai pun masa raya. Raya pun tak sambut". Taun ni aku dok jampi baju melayu pink kat dia dari sebelum puasa.siap cakap dia mesti jambu gilela pakai tu.

Nak dijadikan cite. Mak dia gi parut buntaq beli baju raya kat adik dia. Tak try ape main amik je kaler pink. Takde nak pusing2 banyak kali main cekau je. Pastu mak dia tunjukla. Aku dah eh eh pink la. Pastu aku tengok macam besar je. Tapi mak dia kate apit pakai elok2 je. Ok fine.

Pastu 2-3hari lepas tu. Gemok mesej kate takyah beli kat dia. Dia kata baju apit tu besar. Dia pakai cun2. Pastu dia anta gambar. Aku kat opis. Oiiiiii jambuuuuuu kot. I likeeeeeee.hehehe

Terus nak baju pink jugak. Gi butik Peace. Dah berkenan gila dah. Sekali saiz XL! Geramnye! Last2 g first lady. Memang murahla sana. Dan beli jugak satu warne samor. Samor tu pink le. Hehehe.

Nota kaki: Maixara c sential with HA RM80 including postage. Kalau nak mesej/whatsapp 017-5049769.

Thursday, July 11, 2013

Dugaan bulan puasa.

Puasa tahun lepas aku masih kat kilang besi tu. Bulan 9 aku benti. Kilang besi taulah,panas. Ofis ja sejuk itupun takleh dok lama dalam opis. Paham2 la kan kenapa. Keja production bukan keja kerani.

Pertengahan puasa kot. Aku diserang sakit gigi yang kronik. Dulu penah tampal gigi. Bahagian akar tu dah bermasalah. Kira makan dalam la. Sakit ya amat. 2hari puasa terbatal. Bukan sebab nak makan. Tapi sebab sekali tu letak sirih, nepal bagi. Sekali tu buh gambir. Batal la... Last2 cabut. Tapi masa cabut tu aku cuti puasa la. Kebetulan.

Taun ni kilang sejuk. Takda welding2 dah. Tapi bila demam or senggugut...Allah je yang tau. Dan tahun ni beberapa hari sebelum puasa aku dilanda demam,sakit tekak,batuk,selsema,sakit kepala. Full pakej bila demam la kan. First day puasa tinggal batuk selsema dan sakit tekak je. Bolehla puasa. Tapi derita part sakit tekak la. Aku kalau puasa lapar takpe jangan haus. Takleh tahan.  Dulu bangun sahur minum air setengah liter okey dah. Bila demam ni kena bangun makan pape pastu makan ubat siap2. Suara aku suara jantan dah bak kate Gemok. Tak habis2 ulang cakap suara aku suara jantan. Salah sendiri la dulu cakap kat dia camtu masa sakit camni. Habis kena ungkit.

Semalam aku half day. Sebab tak larat batuk kerap sangat. Apa pun tak boleh. Balik umah tido sepanjang petang. Kebetulan tuisyen pun cancel. Dekat kol 7 gi bazar ramadhan dekat umah aku. Dok pikir camna nak beli dengan suara camni. Last2 buat bahasa isyarat ja. Ucapan terima kasih dalam hati jela. Nak wat camne kan.

Harapla esok sembuh dah. Esok aku cuti. Sabtu kan Penang Governor's birthday. Nak lepak umah je satu hari. Huhu. Selamat berpuasa kome. Jaga kesihatan weh.

Wednesday, July 10, 2013

Efektifnya Pos Laju.

Ni bukan nak cite pasal servis pos laju. Tapi company tu.

Kebanyakan customer maixara ada area k.l. So paling mudah pos laju la. Courier lain aku penah pakai masa keje dulu je tapi yang tu urusan company,duit company. Tah kenapa rasa tak syok nak guna. Hehe.

Biasa kalau nak pos kosnya RM6. Sebab tak berat pun maixara tu. Selalu aku gi pos ofis time rehat tengahari. Sebab kalo sebelum 12.30 esoknya dah bole sampai kan. Pos ofis simpg 4 or taman delima is the best choice. Tapi taman delima tu selalu slow sebab orang ramai tapi pekerja sorang je masa rehat tengahari. Time ramai camtu la kena bukak kaunter lebih kan. Tah pape tah.

So semalam aku pos dua bijik kat taman delima. Sebab ikut member. Kalau sorang aku p dah simpang 4. Sebab kejar masa la. tengahari tu bos belanja makan piza kol 12.30.

Elok2 masuk kete membe lepas beratur panjang, sorang customer kata baru bankin. Alamak. So aku decide g pos laju kat bukit tengah je pas balik keje. Aku biasa usya je tempat tu tapi  tak penah gi. Sebab aku tak tau jalan nak masuk. Huhu. Sadis. Yang aku tau dia memang tutup kol 6.30.

So hentam je jalan nak masuk tu. Sebab takde yang dapat menbantu. Jumpe. Masuk2 ada 2line. Tak panjang sangat sebab tempat pun tak besar sangat. Tapi barang diorang..perghh..Sorang bawak satu kotak barang untuk  dipos. Sorang satu kotak tau. Aku rasa diorang bisnes la. Hebat la. Aku bayang diorang ni macam yang aku selalu baca kat blog. Sepet, kak peej,kak filla suma tu. Hari2 pos banyak2. Dengan nak membalut lagi.

Selesai urusan aku gi kat makcik normah. Sahur umah dia pagi tadi. Pastu kol 11 camtu customer yang aku pos petang tu mesej kata barang dah sampai. Uit cepatnye. Diorang hantar barang tengah2 malam ape. Mesej 2lagi customer diorang kate tak sampai pun lagi barang. Cargas sungguh pos laju sebenar. Pasni tau dahla nak tuju mana. Huhu.