Mari join..:)

Thursday, June 13, 2013

Tak semua lelaki jahat kak...

Aku ni skeptikal sikit kat orang Indon. Bukan pandang rendah ke ape. Cuma sesetengah yang aku kenal kurang elok perangainya. So kalau yang jenis baik tu aku orait je. Macam masa dok umah ayah we kat bangi dulu. Bibik tu sangat baik. Alim. Aku bole lepak bilik dia pulak. Masak same2 la. Sembang macam2. Tapi dia balik Indon dah...

Kat kilang sekarang banyak pompuan. Indon banyak la. Melayu operator tak ramai. Makcik jaga changing room tu kami panggil Tante. Hari2 boleh borak ngan dia. Macam2 la. Setengah operator tak suka Tante sebab suka bebel. Memang patut pun kena bebel kan sape suruh tak ikut rules. Huhu.

Selain Tante leader pun ada Indon. Ada sorang leader ni ramah. Nama Nor. Nama penuh tak tau. Huhu. Dia rajin tegur. Bila tanya apa2,mintak tolong pape ke dia okey je. Sangat rajin aku rasa. Satu yang wat aku berminat kat dia sebab dia ada iras mama Fizah. Dia panggil aku kak. Tapi tadi kami sembang. Dia tanyalah umur. Rupanya dia tua 3tahun dari aku. Huhuhu. Tadi sembang panjang sikit. Dari tanya pasal nozzle kat dia melalut pulak sampai cite bab personal. Sebab dia tanya umur aku tanyalah dah kawin ka. Pastu dia tanya aku "abang orang mana" Bila aku cakap takde dia tak percaya. Katanya aku belajar tinggi mestila ada ramai kawan. Aku cakap ada tapi tak minat. Dia ingat aku minat perempuan pulak. Mestila tak kan. Huhu. Pastu dia cakap.

Kak mesti frust kan. Tak semua lelaki jahat kak... Cubalah dulu...

Terharu pulak. Huhu. Terima kasih kak Nor.

No comments:

Post a Comment