Mari join..:)

Monday, June 24, 2013

Kisah semalam yang hangat.

Jumaat tu aku rasa nak demam. So aku fikir baik aku balik ja. Jadi pape nanti sape nak anta klinik pulak. Demam dia rasa lain macam sebab badan tak panas tapi badan rasa macam demam. Gi keje pun pakai 3lapis baju. Pastu pakai baju angkasawan jadi 5 lapis baru tak rasa sejuk. Huhuhu. Bila petang start panas tinggal 2 lapis je. Hehe. Sembuh kononnya.

So plan terus. Balik keje terus tuisyen. Habis seawal mungkin. Balik umah kemas barang. Naik bas gi jeti. dah terngiang ngiang nak naik train kol 11 sejak sekian lama. Ecewah padahal baru minggu sebelumnya je yang terngiang tu. Lame dah kot tak naik sejak ade kete. Lupa daratan tol.

Sampai umah dekat kol 8 tapi badan dah rasa tak sedap balik.Tido jap baru siap2. Pikir banyak masa bole tido dalam train nanti barula mampu bangun. Sweater wajib bawak.dengan bantal tengkuk. Makan pun tak dan. Akhirnya setelah 5jam,sampai kampar jugak.on time betul. Tu pun berenti ipoh dekat sejam kot. Kuala pun.manatah lagi. Kalau benti kejap2 3 jam ja kot sampai dah.

So 2hari kat umah tido or baring saja. Kepala berat sangat. Cuti yang paling tak best.

So petang semalam. Naik bas balik penang. Lepas anta alip dan jenguk azam kat seri iskandar ayah terus hantar kat terminal amanjaya. Katanya kalo naik train nanti lambat sampai penang. Bahaya. Aku ikut je. Sian ayah kena anta sampai sana.

Tanya2. Bas yang gi butterworth banyak yang last petang tapi last2 ade jugak. Aku terus kate ok. RM18. Tu yang paling awal. Bas jalan kol 9. Aku dok belakang lagi. Bas jalan aku ada rasa ngantuk. Sebelum bertolak petangnya aku ada makan panadol pink. Sebab pikir esoknya nak keje aku makan je. Kalau sakit teruk bukan leh dapat mc pun. Tapi tak terfikir nak tido lama pun. Sebab aku bukan jenis bole lena sangat naik bas ke ketapi ke kapal terbang ke. So tak risaula kalau tido pun. Lainla naik bas loncat kan. Memang wajib tak tido la.

Tapi. Aku sedarkan diri sampai terowong je. Sampai satu hentian bas ni. Mamat sebelah aku gerakkan aku. Awak turun penang ke? Aku kate hmm. Pastu dia turun. Tengok luar bkn jeti butterworth aku pun nak sambung tido balik. Lagipun nampak ada orang lagi dalam bas. Taiping kot. Pastu nak terlelap ada sorang lagi mamat panggil. Dia tanya awak turun penang ke? Aku cakap haah. Dia kata: Ni penang la! Aku tengok luar lagi sekali. Takkanla aku tak kenal jeti camne. Bukan tak biase gi. Tapi aku turun je sebab bas dah kosong.

Turun2. Aku heran. Ni belah mana ni. Tak biasa tengok pun. Pastu aku nampak signboard gi tapak pesta. Aik? Lain macam ni. Ngah mamai baru sedar. Hoiii ini PENANG! PULAU PINANG! Aku turun butterworth! Ni dah lepas! Ane teksi tu dah sibuk tanya nak gi mana nak gi mana. Kepala aku ngah serabut ni dia tambah lagi. Aku patah balik driver dia cakap takleh patah balik. Ahh sudah.Ni la padah yang boleh jadi bila naik bas tak tentu hala. Biasa aku naik bas yang last hentian dia butterworth. Jadi tak pernah la terlajak apa. Lagipun aku tak penah lena teruk camni.

Ane teksi tu tau aku nak balik seberang dia kata nak anta jeti. Dia cakap kena cepat sebab takut feri last jalan. Aku hampir nak tengking dia dah. Kalau orang nak naik teksi dia yang cari kau lah. Takyah susah2 sakitkan hati orang. Aku fikir kalau naik feri pun sape nak jemput pulak. Dah tengah malam! Kalau kol 8 lehla aku kol sape2 mintak tolong amik. Kol Gemok dia kata kat Perlis lagi. Dia suh balik umah andak dulu. Kol andak dia suh naik bas gi umah dia sebab dia nak gi keja. Ok.

Pikir pulak bas rapid ni ada mana? Bus stop tak nampak. Arghhh stres. Jalan masuk stesen bas tu. Aku terfikir.kalau tido umah ayah andak pun. Esok dari ayer itam nak balik umah camne? Mana dan kalau naik bas pun esok ni. Takkan nak suh andak anta. Aku jalan jugak masuk stesen tu.Ada sorang lagi ane tanya nak naik bas ke? Aku jalannn menonong je ke arah bas sebab bukan nak naik bas pun. Aku camla tu bas ekspres. Bukan nak naik pun. Pastu dia bole cakap ngan aku: adik,kalau nak naik bas kena gi kaunter dik. Kami tak jual tiket atas bas. Aku mula panas. Helo? Ingat aku tak penah naik bas ke??!!! Sebelum ko lahir aku da naik bas tau! Marah dalam hati je. Aku wat tak tau kat dia.

Last2 naik atas. Oh sini kaunternya. Dari bawah tak nampak signboard tu tulis apa. Hoii dah rabun ke mata kabur sebab baru bangun ni? Tak tau nak buatpe dah. Aku duduk. Nekad tunggu Gemok je. Mesej dia. Lantakla 5 pagi pun. Janji tak lambat nak gi keje. Kompem kena bebel dalam kete nanti. Tahan jela.

Pastu andak kol. Tanya aku naik bas tak. Aku cakap tak jadila sebab esok keje. Nasib baik dia paham. Dia suh naik teksi balik umah. Katanya tambang rm40-50 je. Ane tadi kata rm60. Dia kasi murah rm50. Aku nangis dalam hati dengar. Rm50 aku leh pegi patah balik teluk intan naik keta tahu. Aku haa kan aje. Takkan nak bagitau aku tunggu Gemok amik. Habisla nanti dia marah. Agak2 time sampai umah nanti aku mesej jela cakap dah sampai. Walaupun ada ja situ lagi. Tipu sunat.

Kol 1 lebih sikit. Gemok kate dia dah kat seberang jaya. Pas anta kawan dia nak gi kat aku dah. Aik,cepatnye? Tadi kate kat perlis lagi? Lupe lak yang aku kol tadi tu 11 suku. Baik jangan banyak soal. Ok je. Lagipun takut ni. Kl sentral dulu sorang pun aku tak takut sebab aku dok dalam mcD ja. Entah ape aku buat 4jam dok McD dulu. Makan 30minit ja paling lama pun.

Masuk kete memang kena bebel. Tadah telinga jela. Lagipun memang lama dah tak dengar bebelan dia. Dulu siap aku update status fb "kuat bebel". Masa tu dia ngah bebel aku pasal apetah. Aku nak gi tebiu cikgu tuisyen masa tu. Aku habis tebiu je dia tunjuk fon dia. Tak puas ati status aku. Siap komen kat situ !!!!! lagi. Hahaha. Pastu bila majuk ungkit balik yang aku kata tu. Padahal aku suke je dengar dia bebel. Rasa disayangi. Wahaha ada nak muntah tak? The truth weh. Haha.

Tapi bergenang gak la mata. Assedih. Sebab aku diam je dia cite pasal trip dia. Dia tau la aku sentap kalau diam je tu. Huhu. Sampai umah aku takleh tido dah. Pejam mata nampak benda bukan2. Tu la tengok lagi cite bukan2. Baru drag me to hell. Kalau tengok emily rose ke elm street tu ntahla. Tamat kisah yang panjang lebar.

Eh cop. Kenapa tajuk semalam yang hangat ni? Ni pasal mamat sorang kat jcy tu la. Aku bagitau sorang chinese ni. Beza perkataan semalam dan kemarin dari segi bahasa baku dan bahasa utara. Dia ada situ jugak. Tiba2 dia tanya kalau semalam yang hangat camna? @#%&*$€¥¢.









No comments:

Post a Comment