Mari join..:)

Sunday, June 16, 2013

Aku berani.

Dulu masa remaja suka baca horoskop,ramalan berdasarkan tarikh lahir,nama,bulan lahir dan sebagainya. Sekarang baru tau dosa sebenarnya. Baca tak boleh apatah lagi percaya.

Salah satu trait yang ramalan tu kata aku seorang yang berani. Tak silap aku ni yang dr fazilah kamsah wat kajian tu. Aku heran betul. Bila pulak aku berani? Dulu kalau nak membuang memalam mesti kejut ayah. Sebab dulu jamban ada kat luar.

Pastu dia ada details lagi ramalan tu. Dia kata berani dalam perkara tertentu. Macam berani cuba perkara baru, berani kesana sini seorang diri, berani buat keputusan. Dan ya, sejak 10tahun kebelakangan ni aku kerap dengar perkataan berani ni dari mulut orang pasal aku.

"berani huda g kerja shah alam sorang2"
"berani huda g sarawak sorang2"
"berani huda dok kl sentral memalam sorang"
"beraninya huda tu drive sorang2 balik kampung"

Kalau orang cakap camtu kat mak aku dia okey je. Dulu dia risau jugak. Tapi sebab aku macho je mak ayah tak berapa risau dah. Lain dengan adik bawah aku sebab diorang selalu je risau bila balik nek bas or train memalam. Mesti cepat2 gi stesen jemput. Aku yang macho ni dah biasa jadi penunggu even malam pun.

Satu je soalan aku "camna nak buat jadi gadis manja dan penakut?" Gadis macho tak comel la.

No comments:

Post a Comment