Mari join..:)

Monday, May 27, 2013

Sian ayah...

Minggu lepas. Berapa haribulan eh. 16hb kot. Aku gi tuisyen cam biasa. Area kol 8 lebih tu aku da siap nak balik umah sewa la. Sekali depan pintu tu bole tersembang ngan mak studen tu. Sejam gak. Bunyi mesej masuk,whatsapp suma ada. Bateri pun low. Tapi aku tak tengok la. Macam tak sopan kan.

Masuk keta. Aku sambung usb la nak caj phone. Baru baca mesej whatsapp suma. Tengok ada mesej adik aku yang nak kawin tu. Sebelum tu pun dia ada mesej masa aku nak kua umah studen tu. Dia tanya aku balik kampung tak minggu tu. Aku cakap tak tau lagi. Pastu dia reply kata ayah jatuh moto. Mata bengkak. Aku yang lambat baca mesej tu kelam kabutla tanya ok ke dah gi klinin ke dan memacam lagi. Pastu siap kol orang2 kat umah. Sorang pun tak angkat. Otak aku dah pikir bukan2. Ayah aku ni biasa pengsan sebab darah tinggi naik. 2-3 kali dah.

Dulu masa dok asrama,tok aku meninggal tak sampai sebulan aku masuk form1. Sebab aku orientasi,takleh menerima lawatan,takleh call umah maka aku tak tau cite la. Sebelum aku daftar 10hb 2 tu memang tok aku sakit teruk. Berapa hari sebelum tu dia dah dibenarkan balik pun. Tapi tengok memang macam mayat hidup ja. Sebab arwah tok tersangat kurus. Dia nak bangun pun tak larat. Memang hari2 aku ikut ayah tengok tok masa kat sepital teluk intan tu. Tapi tak expect la yang tok meninggal sebab takda sapa bagitau pun. Aku kol opah sekali tu. Masa tu nak balik cuti pertama la sejak masuk sekolah tu. Dah sebulan. Opah bagitau la berita sedih tu. Dah seminggu pulak tu. Sedih gila aku sebab takda sapa pun datang amik aku ke. Bukan jauh ipoh je pun.

Masa opah meninggal pulak aku form 4. Pun tak sempat jumpa. Seminggu sebelum tu hari kantin. Ada mak ayah datang sekolah. Mak kawan aku bagitau la pasal opah jatuh masa nak ke surau. Surau sebelah umah opah je. So aku balik la ngan diorang. Cuti emergency. Patut takleh balik. Balik tu ikut ayah gi hospital. Opah tak sedar pun. Maklong aku,adik ayah yang bongsu yang jaga opah. Dia tak kawin lagi masa tu. So aku sempat jumpa camtu ja. Minggu depannya Jumaat aku balik. Aku call ayah cakap aku naik bas sampai kg. Gajah. Ayah aku bagitau yang opah dah boleh balik dari sepital. Aku ingat opah dah baik la.... Sampai kg. Gajah tunggu ayah tak sampai2. Kol tak dapat. Aku ikotla membe balik unah dia dulu. Kol suh amik dari sana ja. Tak jauh dari pekan kg. Gajah tu. Aku kol tak dapat2. Pastu bila ada orang angkat aku tanya ayah mana. Makcik kata ayah gi kubur. Aku dah rasa tak sedap ati. Tapi aku tak tanya pun. Ayah sampai ayah cita ngan parents kawan aku. Opah meninggal kat umah paklong on the way balik dari sepital tu. Diorang dah kebumi pun. Lagi sekali aku tak dapat jumpa.

Sebab rumah opah tak jauh dari umah aku memang bole kate hari2 la memang gi umah opah. Ayah memang hari2 datang jenguk pun. Aku kan sentiasa ikut ayah gi mana2. Signature umah opah ialah buah pinang,pisang,tikar mengkuang,kekabu dan ikan panggang. Sebab sentiasa ada dalam umah. Opah memang ada kebun pisang jadi memacam pisang ada. Paling aku suka pisang yang comel tu. Pengat pisang is feveret. Ayah aku pulak suka pisang salai. Bole kata tiap kali datang ada pengat pisang. Kekabu dan pinang ada depan umah. Memang jadi kerja opah la buat bantal kekabu ngan kopek pinang tu. Mengkuang ada belakang surau, anyam tikar mengkuang pun kerja opah aku. Ikan panggang hari2 ade.Sekarang tiada lagi...

Belah ayah aku bukan cucu sulung. Sebab anak pak olong(abang ayah yang sulung) ada 4orang anak lagi tua dari aku,anak ayah alang pun ada sorang tua 2tahun dari aku. Tapi diorang kate aku je dapat macam2. Paling aku ingat basikal comel kaler merah. Dua2 basikal yang aku penah ada kaler merah. Yang satu lagi ayah beli sebab darjah 1 dapat no.1. Aku nak kaler biru sebenarnya. Basikal comel tu ada lagi sampai adik aku yang bongsu ni sempat main. Tapi dah berkarat habis la. Tayar dia tayar mati. Bayangkan,dari aku 5tahun kot.

So bila bagitau ayah jatuh,macam2 masuk otak aku. Sebab ni saja aku tak berani dok jauh2 dari family. Tak teringin belajar oversea. Walaupun dulu sebenarnya ada hati nak belajar kat Jepun. Tapi last2 over the sea gak Sarawak tu. Tapi tiap kali cuti aku balik la. Biarla tak makan pun janji dapat balik umah.

Aku pun berkira2 nak balik esok je. Khamis kan. Esok Jumaat. Lagipun adik laki aku yang belaja poli tu pun ada kat umah so aku rasa mestila dia dah bawak ayah gi hospital kalo teruk sakitnya. Dia ja yang bole bawak kete kat umah. Tapi sampai ja simpang Alma tu aku decide nak balik terus umah. Patah balik. Sehelai sepinggang ja. Pecut gila. Otak memang pikir nak cepat sampai ja.

Sampai Bukit Gantang,adik aku baru mesej kata ayah takde pape. Takyah balik pun. Aku yang risau sangat. Dah sampai Bukit Gantang pun! Aku masuk rnr pikir. Last2 aku patah balik. Kalau aku teruskan perjalanan lagi sejam sampaila umah dah. Tapi kena patah balik gak. Sebab nanti nak bagi alasan ape kat bos. Dahla baru masuk. Nanti ingat aku tipu pulak. Kalau jadi bebetul nanti camne? 1 pagi sampai umah. Rupanya kat facebook dari pagi adik aku tulis status kata ayah jatuh. Dia tu queen of status. Setiap 10minit status baru. Aku dulu masa belajar lebih kurangla. Tapi baru ni aku uninstall fb dah. Boring. Kalau ada pun takla tengok sangat. Yang aku geram tu takda pun bagitau aku. Malam baru mesej. Dahla mesej yang buat sentap. Aku dah pikir nak berenti kerja balik kampung je dah. Cis sangat.

Jumaat malam aku balik gak. Bawak sambil mengantuk tahap Z. Pokok2 di tepi jalan nampak macam orang gergasi nak melintas jalan dah. Hampir masuk semak tepi jalan dekat 10kali kot. Nasib tak masuk lombong or sungai ja. Baru ni ada orang mati kete masuk lombong. Mabuk. Scary. Tido sebelah adik. Dia bangun2 dia cakap kat aku "yong ayah jatuh moto. Sakit"

Dalam pada sakit mata tu, sabtu pagi kami ke pasar gak. Ayah dok belakang jadi bos. Adik kat asrama kol suruh datang sekolah ayah cakap mata sakit takleh drive. Depa nak apetah. Tapi bagus adik nurse ada kat umah leh cuci luka apa. Yang paling heran mata ja kena. Kat lain takde pun. Selalu tangan or kaki la teruk kan. Terus fikir kat situ ada pape. Hisy macam2. Harap ayah cepat sembuh.



No comments:

Post a Comment