Mari join..:)

Thursday, May 30, 2013

Review Bikers Kental!

Malam tadi aku tengok Bikers Kental ngan adik dan sepupu Gemok iaitu apit dan shamin. Sorang 15,sorang 13.Gemok keje malam takyahla nak masuk korum kan. Showtime 8pm. Sunway Carnival. Ape kes tengok cite melayu kat wayang? Sukatila kan. Huhu

Masuk2. Aku cakap kat depa "rasanya ramai mat rempit je dalam ni.kite yang pelik." Hero Zizan. Aku kengkadang tak suke gak tengok Zizan sebab dia kengkadang over sikit. Tapi okeyla dalam ni dia tak irritating sangat. Rasa lawak sangat pulak.

Tempat kerja zizan tu untuk bikers la,jual moto,barang moto, kelengkapan biker. Everything about motor la. Stail kot tempat tu. Sapa la owner dia. Main sponsor aprilia kot sebab mana2 pun ada brand tuh. Aku tak pandai bab ni tapi not bad la aku rasa. Lagi2 sebab ada abang jeket oren yang cumil itu. Ada kaitan ke? Huhu.

Part paling lawak scene awie baru lepas mandi. Dia satu bilik ngan zizan. Zizan cakap "eh usin!" Pastu zizan ajuk dialog Usin satu tu. Aku tak ingat. Dahla pastu awie ade buat gaya lelaki lembut. Gaya tidur pun lain macam. Adoiyai lawak sial abang awie ni.

Dalam ni ada dua awek siam. Zizan suka sorang tu. Tapi awek tu tak suka. Yang sorang ni pandai english dia la tukang translate.baik,tolong zizan ngorat. Last2 zizan suka kat dia. Tak mau yang cantik tu dah. Kalau kita sayang orang kita patut lepaskan dia pada orang yang akan membahagiakan dia kan.

Tengok cite tu wat aku teringat kat Gemok. Dia pun rajin gi konvoi kan. Last aritu g JB. Punya jauh. Kira ok la wat benda camni. Bukan merempit kan. Ayah dulu pun muda2 dok konvoi gak. Tiap minggu ke cameron katanya. Aku rasa nak join Myvi club la. Tapi bukan dalam keadaan kete sekarang la. Huhu.

Abis 9.40 kot. Pusing2 sat pastu bayar parking. Balik tu tengok burung kenduri taik atas kete aku! Mentang2 sunway carnival tu dekat ngan Taman Burung Penang. Cessss sangat. Aku kerah dua orang budak tu cuci taik2 tu sampai2 umah. Huhu. Upah kitkat sorang satu.

1 comment:

  1. orang biasa bila ckp naik motor ja mesti ingat mat rempit. salah tu. mat rempit dengan moto kapchai. bikers pulak dengan moto besar. ada undang-undang konvoi. tempat bikers melepak tu nama red garage. kalau nak tau tokey red garage tu ada kat dlm scene orang amik moto untuk ride cameron n ucap terima kasih. tokey tu abang dira sipelakon.

    ReplyDelete