Mari join..:)

Wednesday, May 22, 2013

Rabu dah?!

Lama tak bebel sini kan. Dulu banyak ja cite sekarang ni hidup segan mati tak mau...huhu

Tak macam dulu sekarang ni masa agak pack. Selalu keletihan. Terngiang2 ja VCOA Treenea kan... Huhu.. Tapi tengok sekarang vco ni  slow jadi dah lama tak restock. Tengok stokis aku pun tak jual dah. Dia busy terlampau sekarang. Takpela aku cuba bertahan la dulu. Hihi.

Sekarang aku keluar rumah paling lewat pun 7.30. Itupun kalau time tu kuar aku kena rempit la. Kalau kuar 7.20 ja boleh ilek2 sikit bawak kete. 7.20 tu paling awal la aku rasa. Awal lagi tak mampu. Belum kawin lagi camni la. Kalau dah kawin mimpi la nak malas2. Kena wat breakfast untuk suami, gosok baju suami (harapla tak dapat suami yang keja pakai kemeja), basuh+sidai baju. Dapat pulak laki yang cerewet suh basuh baju pagi ja jangan basuh malam hah. Memang kol 5 la kena bangun. Huhu.

Balik keja pun tak tentu. Sudah tentu banyak kali kena stayback bila ada isu besar. Kalau takda pun lum tentu leh balik awal gak. So sekarang masa tuisyen aku tak menentu la.kadang awal kadang lambat. Yang Alma senang sebab tak jauh dah. 25minit sampai,itupun sebab jalan agak sesak. Tapi tak sesesak jalan kat simpang empat carrefour tu. Dulu lalu seminggu 2kali je sekarang ni hambek kau. Hari2! Sampai mak student tu ada suggest aku sewa umah area umah dia. Aku ada terfikir gak,tapi tunggu dulu lah..

Dulu2 matlamat nak datang keja awal,sekarang matlamat OT pulak. Aku target sebulan sekurangnya 10 jam OT. Mampu ke? InsyaAllah. Kalau lagi banyak lagi mantap lah. Lehla belanja family aku gi melancong. Sementara ada 10 orang lagi nih. Nanti tambah adik ipar payah pulak. Hahaha. Oh ye,adik aku kawin bulan 10@11 kot. Nanti jemputla taw korang. Hihi

Ngah tunggu depa nak gi makan ni. Aku ni laci,komputer takda lagi. Boringla sikit. Nanti dah betul2 busy baru ada akai. Haha. Bye.

No comments:

Post a Comment