Mari join..:)

Sunday, May 5, 2013

Panassss hoiii!

Pagi semalam dengor mak sibuk nak gi ngundi. Baru kol 8 kot. Mule mak kate nak gi tengahari sikit sebab tak ramai orang. Pastu tengok dah gi. Balik2 dah 10lebih dia bising suh kami gi cepat. Aku dok layan boys over flowers sambil makan kacang ceghodik(cerdik).

Gi ngundi kat sekolah rendah aku dulu. Gi ngan adik aku naik motor je. Ofcosla die yang bawak. Suh aku bawak memang tak la. Sanggup bawak kete. Kalau bawak moto mengelewor2 je.

Sampai sekola nampak ayah aku ngah sembang ngan Cikgu Rasman kat area rumah cikgu tu. Walaupun dah bertahun tinggalkan sekolah kami tu dia dan isteri dia Ustazah Maharani tak tukar pun tempat mengundi. Mungkin kampung kami tetap di hati diorang kot..:')

Pastu cikgu Sharifah cikgu kesayangan aku sejak darjah 1 yang juga anak jati kampung pun mengundi lebih kurang time aku datang. Cikgu Rusydi yang mengajar aku sejak darjah 5 tu pulak jadi ketua pusat mengundi. Kenangan2. Semua cikgu sekolah rendah dulu. Rasa muda tau walaupun sebenarnya dah 14tahun tinggalkan sekolah rendah. Huhu.

Tunggu punya tunggu panasss hoiii. Dahla line pompuan lambat dari laki. Pastu makcik2 selamba ja potong. I terpaksa la redha ja. Sobsss.

Balik tu dah kelaporan. Mak suh gi dewan orang ramai tu makan. Depa ada masak nasik ayam. Kat umah mak tak masak ape. Ok la makan free. Balik tu mak tanye. Jumpe ke musuh ketat masa ngundi tadi? Ku fikirkan siapa. Rupanya mamat naik Preve tu. Dia tu macam urusetia gak la haritu. Memang jumpa la. Tapi aku wat tak tau je.

Pastu ayah bagi kupon kaler pink kat aku+ Dila suh claim duit balik ngundi kat Dato Tajuddin. Ada nama dan negeri tempat kerja kami la situ. Sebenarnya khas untuk penyokong BN SAHAJA. Ada makcik beratur depan aku claim mileage dari Ipoh. Alahaii.. Sakit hati I. Pastu orang Dato tanya la makcik tu undi sapa tadi. Dia bole jawab "undi adalah rahsia". Sah2 la tak undi kan. Duit tau plak nak kan. Bara ja aku. Masa beratur tu ada sorang mamat ni wat kerek cakap "ala bukan nak sangat.tapi janji ditepati kan". Aku jeling ja tetiba dia perasan dia terus diam.

Ok la dapat claim rm100. Memang banyak tu pun minyak+tol aku pegi balik. So today gi tempat kerja baru dalam keadaan mengantuk pulak. Geram pulak sebab tak cuti. Huhu.

No comments:

Post a Comment