Mari join..:)

Sunday, May 26, 2013

Jangan minum teh ais!

OMG..teh ais adalah feveret drink aku sejak masuk unimas. Teh c peng pun included weh! Teh c peng tu ala yang ada layer2 tu. Biasa kat sarawak memang senang jumpa. Biasa ada 3 layer tapi kadang2 ada yang buat sampai 5layer pun. Spesel!

Setiap malam aku akan makan nasi goreng dengan teh ais ni. Cafe sakura tu bole tahanla sedap. Budak alamanda pun ramai makan kat cafe kami. Yela,selain tu bole jumpa buah hati kat kolej kami yang semua pompuan ni kan. Hehe.

Aku perasan kan,setiap malam aku ada sikit susahla mau tido. Aku ni sejak asrama form 1 memang kuat tido. Tiada istilah tak bole tido dalam hidup aku. Asal nak tido je. Letak pala atas bantal,senyap terus. Semua orang tau dah. Jadi bila jadi kes ni agak pelik juga lah kan.

Pastu aku siasat. Bila aku tak minum,aku okey je tido. Bila minum ja,especially lepas kol 7 memang tak dapat tido walaupun ngantuk sesangat. Siap bole kenalpasti masa yang boleh minum tu. Melampau kan penyiasatan aku. Sampai kan lepas subuh baru dapat tido. Subuh kan awal kat sarawak kan. 5 camtu dah masuk. Takleh celen kat sabah la,memang awal sangat. Pas solat baru dapat tido dengan nyenyaknya.kadang2 dekat kol 5 tu dah ngantuk tahap azab dah. Tapi bertahan sebab kompem tak subuh satgi ni kalau tido. Dahla syuruk awal.

Lepas keje nih. Especially sejak ada mak angkat ni la. Kalau datang umah dia tak makan nasik memang tak sah. Walaupun 3pagi sekalipun. Minuman yang selalu ada pulak teh. Aku memang tak memilih bab minum. Sebat je. Kalau kurang suka minum secawan dahla kan. Tapi teh memang aku biasa la minum. Pastu risau gak kalau malam takleh tido. Kalau tak minum mesti diorang perasan kan. So pasrah jelah. Selalu ok je. Kadang2 datang sengal tu takleh tido gak.

Gemok cukup tensen tiap kali aku sebut bila minum teh ais ja susah nak tido. Dia cakap aku merepek. Pastu gelakkan aku. Grrr. Aku kalau minum kopi bole ja tido lena,teh ja yang prob... Ada paham?

Lepas siasat2 kan, aku dapat taulah teh ada kafein. So bole sebabkan jantung berdegup lebih pantas. Tu yang jadi susah nak tido tu. Memang tulah simptom yang aku biasa kena pun. Pastu teh jugak sebabkan dehydration. Maksudnya badan jadi kering air. Tak taulah secara saintifiknya teh tu boleh serap molekul2 air pastu dikeluarkan dari badan dan sebagainya kan. Aku lemah sikit biologi kimia ni. Huhu. Jadi kesimpulannya kena kurangkan minum. Tapi kan,kalau sahur teh o panas adalah pembuka selera no.1. Kalau takde memang seharian tak bertenaga bila puasa tu. Haih memacam la udez. Ngengada.

1 comment:

  1. Hurmmm. Nina hari2 minum teh. Huhuhu.teh herbalife. Hihi. Xpasti pulak ada kafein tak. Rasa mcm xd

    ReplyDelete