Mari join..:)

Saturday, May 11, 2013

Bila pakwe/makwe berlainan parti politik.

Aku kan puteri UMNO. Wan pulak PKR. Walaupun pilihanraya dah abis tapi isu ni tetap hangat jugak kan. Aku malas dah nak amik tau. Yang aku tau, hidup aku tetap same je kene jugak wat kerja2 yang aku buat sekarang ni.

Harini ada Lim Guan Eng buat perhimpunan kat Batu Kawan. Dekatla ngan Honda. Semangatla dia pi. Siap pakai baju 505 blackout tu. Tapi pakai sweater kat luar. Dia cakap dengan kak Ilah dia tau malu la pakai tu. Malu apa aku pun tak paham. Honda pun siap cancelkan syif malam sebab takut jem pastu yang normal dia bagi balik awal suh gi sana.

Sekarang ni mesej dia ka whatsapp ka adaaaaa ja pasal politik2 ni. Kalau datang umah dia sembang ngan dia, mak ayh dia pastu terkeluar pasal politik ni. Dia saja cakap "BN ja bagus. Pkr ni takyah sokongla" pastu angkat2 kening kat aku. Cari pasal. Aku okey je tak cakap ape. Aku bukan obses sangat pun.

Haritu aku gi tuisyen kat Penang. Kak Ros bagi aku bendera BN siap tiang sekali. Dia amik kat mana tah. Balik pulau kot. Kan kat penang ni sana ja yang BN menang untuk DUN. Aku pun bagi la bendera tu kat Gemok. Hadiah besday aku kate. Tak taulah dia watpa ngan benda tu. Nasib mak dia tak marah aku bawak balik benda tu bawak masuk umah depa. Huhuhu. Kalau tak aku nak bagi baju+topi BN kat dia. Kat umah kan berlambak. Best kan hadiah. Huhu.

Serius baju tu stail la. Aku kan suka baju tshirt hitam. Sampai dulu mak aku suh beli baju selain hitam sebab banyak sangat. Sekarang ni ja baru aku ada baju hijau,biru. Kalau tak jangan harapla. Tshirt hitam tu suma pun tak muat dah. Bagi mak aku ja.Huhuhu. Nanti nak curi la baju 505 dia tu bila dia gi keja. Aritu curi kalendar. Nak curi powerbank dia dia pandai simpan pulak. Macam tau2 je. Haha.

Sekarang ni aku malas la nak dengar pasal politik2 ni. Yang penting aku nak kemudahan untuk rakyat tu suma ada. Jalan suma kasi elok. Harga barang okey. Tol kasi turun. Tol bke ngan sungai nyior yang tak seberapa tu perlu ke ade tol. Kalau nak kata untuk selenggara jalan dia sama ja ngan jalan persekutuan+negeri. Apa yang beza sangat pun. Kalau tak nak buang pun turunkanla. Yelah,kalau takda tol langsung nanti orang ramai yang takda kerja pulak kan. Aniaya orang jugak tu.

Stop okey. Pakcik makcik aku sampai bergaduh aritu masa nak PRU. Siap pakcik buh bendera PAS besar2 dalam rumah konon macam kawasan dia la tu. Makcik kawasan lain. Sebelah umah pusat gerakan PAS. Bila bang je makcik aku perli tak ke masjid ke? Adoiyai.


No comments:

Post a Comment