Mari join..:)

Thursday, May 30, 2013

Hati saya.

Maafkan saya. Hati saya masih pada seseorang. Bila hati saya hanya pada orang itu, saya beri hati saya sepenuhnya pada orang itu. Sehingga hati saya tidak berubah ia akan kekal begitu. Saya tak mampu menerima hati orang lain dan kemudian melukainya. Biarlah saya terus begini sehingga satu saat yang Allah tentukan. Maaf.

Review Bikers Kental!

Malam tadi aku tengok Bikers Kental ngan adik dan sepupu Gemok iaitu apit dan shamin. Sorang 15,sorang 13.Gemok keje malam takyahla nak masuk korum kan. Showtime 8pm. Sunway Carnival. Ape kes tengok cite melayu kat wayang? Sukatila kan. Huhu

Masuk2. Aku cakap kat depa "rasanya ramai mat rempit je dalam ni.kite yang pelik." Hero Zizan. Aku kengkadang tak suke gak tengok Zizan sebab dia kengkadang over sikit. Tapi okeyla dalam ni dia tak irritating sangat. Rasa lawak sangat pulak.

Tempat kerja zizan tu untuk bikers la,jual moto,barang moto, kelengkapan biker. Everything about motor la. Stail kot tempat tu. Sapa la owner dia. Main sponsor aprilia kot sebab mana2 pun ada brand tuh. Aku tak pandai bab ni tapi not bad la aku rasa. Lagi2 sebab ada abang jeket oren yang cumil itu. Ada kaitan ke? Huhu.

Part paling lawak scene awie baru lepas mandi. Dia satu bilik ngan zizan. Zizan cakap "eh usin!" Pastu zizan ajuk dialog Usin satu tu. Aku tak ingat. Dahla pastu awie ade buat gaya lelaki lembut. Gaya tidur pun lain macam. Adoiyai lawak sial abang awie ni.

Dalam ni ada dua awek siam. Zizan suka sorang tu. Tapi awek tu tak suka. Yang sorang ni pandai english dia la tukang translate.baik,tolong zizan ngorat. Last2 zizan suka kat dia. Tak mau yang cantik tu dah. Kalau kita sayang orang kita patut lepaskan dia pada orang yang akan membahagiakan dia kan.

Tengok cite tu wat aku teringat kat Gemok. Dia pun rajin gi konvoi kan. Last aritu g JB. Punya jauh. Kira ok la wat benda camni. Bukan merempit kan. Ayah dulu pun muda2 dok konvoi gak. Tiap minggu ke cameron katanya. Aku rasa nak join Myvi club la. Tapi bukan dalam keadaan kete sekarang la. Huhu.

Abis 9.40 kot. Pusing2 sat pastu bayar parking. Balik tu tengok burung kenduri taik atas kete aku! Mentang2 sunway carnival tu dekat ngan Taman Burung Penang. Cessss sangat. Aku kerah dua orang budak tu cuci taik2 tu sampai2 umah. Huhu. Upah kitkat sorang satu.

Tuesday, May 28, 2013

Khas untuk pelanggan istimewa Maixara C Sential!

Khas untuk pembeli Maixara C Sential dari Udez! Harga istimewa dah,sekarang aku bagi hadiah istimewa pulak. Tak caye harga istimewa? Tanya la sape yang pernah beli dari I. Huhu. Hadiah ape? Nak tau ke? Beli baru taw. Sebab ada beberapa jenis hadiah sebenarnya. Kalau korang dapat besar mungkin dalamnya ada novel. Kalau rasa kecik mungkin dapat shawl. Huhu. Jangan risau,aku tak bagi yang 10th hand atau cekelat Hacks je. Dijamin. Random taw!

MCS with HA dah ada dengan aku sekarang! Kesan 2 kali ganda weh! Tetap 60 bijik gak. Apa korang kena buat ialah amik fon, mesej/whatsapp/wechat 017-5049769 sekarang. Or kalau rasa nak jimat kedit emel je. misshyda@gmail.com. Pos secepat yang boleh. COD pun boleh. Bagitau dulu area mana. Sebab minggu ni aku bergerak merata sikit. Alor setar ke Teluk intan. Kalau nasib baik aku ada berhampiran kan senang tu. Takyah tunggu abang posmen dah kan. Aku tak sombong punya. Mesti layan korang. Hihi.

Aku pun tak sabar nak try MCS with HA ni. Nak tau gak apa beza ngan yang sebelum ni kan. Dah tau baru senang cite kat korang. Aku tau korang memang suka baca aku potpet pasal kesan Maixara ni kan. Eleleleh. Aku dok berangan jadi retis ni. Untung2 dapat Iqram dinzly. Kahkah. Jangan bagitau dia weh. Bye!

Alcatel One Touch.

Gemok tunjuk aku kol 3pagi tadi henset baru dia. Dia cakap "tengok ni.Alcatel." Aku juih bibir je. Kalau tunjuk Ipad mini ka Tab ka aku tarik dahla buat rete(harta). Dia pusing henset tu "One Touch ni. Dalam Iron Man 3 ada". Alcatel One Touch. Rasa macam ada. Aku cakap "huda tak pernah pakai enset selain samsung.selamanya samsung."

Punya bangga show off kat aku. Mentang2 henset baru. Dia cakap "tengok. Sama macam galaxy Y kan" Pastu suh aku beli jugak. Aku just cakap "napa huda nak ada 2 Y?" huhu. Dia amik enset aku letak tepi enset dia. Lebih kurang tapi dia besar sikit. Harga lebih kurang jugak. Tolak rebet campur pelan digi RM50 dalam RM200 lebih sikit je. Murah gile. Aku cakap aku nak pelan u mobile sebab fizah pakai u mobile dia cakap okey dan murah. Tapi Gemok kata bole pakai digi je. Masuk sim lain dia kata hang.

Pastu dia compare kamera. Kamera aku terang lagi. Tapi tengok dalam tu macam okey jugak function dia. Sebab tak pernah pegang alcatel kan. Motorola nokia samsung penahla. Pastu bluetooth lagu avenged sevenfold kat dia. Usik kalendar,edit nama bluetooth dia. Haritu buat kat aku masa aku beli Y dulu. Adik aku bluetooth kat aku pastu dia cakap "amboi romantiknya takyahla siap buh nama dia kat situ" Cess sangat. Baru kutau.

Pastu kan. Ketahuan rupanya. Lepas aku bagi balik fon tu kat dia. Dia cakap "huda ni apaaalah". Aku heranla. Dia cakap "tengok belakang" Hampeh. Belakang aku ada almari cermin. Dia nampak la aku watpe tadi. Cisssss.

Pada sape yang minat ngan Y tapi malas amik samsung bole la try. Tengok dah kan dalam Iron man. Tolak rebet tinggal berape je. Tapi kena amik digi la. Digi ok tapi kat kampung aku takde line digi. Tu la malas amik.

Monday, May 27, 2013

Sian ayah...

Minggu lepas. Berapa haribulan eh. 16hb kot. Aku gi tuisyen cam biasa. Area kol 8 lebih tu aku da siap nak balik umah sewa la. Sekali depan pintu tu bole tersembang ngan mak studen tu. Sejam gak. Bunyi mesej masuk,whatsapp suma ada. Bateri pun low. Tapi aku tak tengok la. Macam tak sopan kan.

Masuk keta. Aku sambung usb la nak caj phone. Baru baca mesej whatsapp suma. Tengok ada mesej adik aku yang nak kawin tu. Sebelum tu pun dia ada mesej masa aku nak kua umah studen tu. Dia tanya aku balik kampung tak minggu tu. Aku cakap tak tau lagi. Pastu dia reply kata ayah jatuh moto. Mata bengkak. Aku yang lambat baca mesej tu kelam kabutla tanya ok ke dah gi klinin ke dan memacam lagi. Pastu siap kol orang2 kat umah. Sorang pun tak angkat. Otak aku dah pikir bukan2. Ayah aku ni biasa pengsan sebab darah tinggi naik. 2-3 kali dah.

Dulu masa dok asrama,tok aku meninggal tak sampai sebulan aku masuk form1. Sebab aku orientasi,takleh menerima lawatan,takleh call umah maka aku tak tau cite la. Sebelum aku daftar 10hb 2 tu memang tok aku sakit teruk. Berapa hari sebelum tu dia dah dibenarkan balik pun. Tapi tengok memang macam mayat hidup ja. Sebab arwah tok tersangat kurus. Dia nak bangun pun tak larat. Memang hari2 aku ikut ayah tengok tok masa kat sepital teluk intan tu. Tapi tak expect la yang tok meninggal sebab takda sapa bagitau pun. Aku kol opah sekali tu. Masa tu nak balik cuti pertama la sejak masuk sekolah tu. Dah sebulan. Opah bagitau la berita sedih tu. Dah seminggu pulak tu. Sedih gila aku sebab takda sapa pun datang amik aku ke. Bukan jauh ipoh je pun.

Masa opah meninggal pulak aku form 4. Pun tak sempat jumpa. Seminggu sebelum tu hari kantin. Ada mak ayah datang sekolah. Mak kawan aku bagitau la pasal opah jatuh masa nak ke surau. Surau sebelah umah opah je. So aku balik la ngan diorang. Cuti emergency. Patut takleh balik. Balik tu ikut ayah gi hospital. Opah tak sedar pun. Maklong aku,adik ayah yang bongsu yang jaga opah. Dia tak kawin lagi masa tu. So aku sempat jumpa camtu ja. Minggu depannya Jumaat aku balik. Aku call ayah cakap aku naik bas sampai kg. Gajah. Ayah aku bagitau yang opah dah boleh balik dari sepital. Aku ingat opah dah baik la.... Sampai kg. Gajah tunggu ayah tak sampai2. Kol tak dapat. Aku ikotla membe balik unah dia dulu. Kol suh amik dari sana ja. Tak jauh dari pekan kg. Gajah tu. Aku kol tak dapat2. Pastu bila ada orang angkat aku tanya ayah mana. Makcik kata ayah gi kubur. Aku dah rasa tak sedap ati. Tapi aku tak tanya pun. Ayah sampai ayah cita ngan parents kawan aku. Opah meninggal kat umah paklong on the way balik dari sepital tu. Diorang dah kebumi pun. Lagi sekali aku tak dapat jumpa.

Sebab rumah opah tak jauh dari umah aku memang bole kate hari2 la memang gi umah opah. Ayah memang hari2 datang jenguk pun. Aku kan sentiasa ikut ayah gi mana2. Signature umah opah ialah buah pinang,pisang,tikar mengkuang,kekabu dan ikan panggang. Sebab sentiasa ada dalam umah. Opah memang ada kebun pisang jadi memacam pisang ada. Paling aku suka pisang yang comel tu. Pengat pisang is feveret. Ayah aku pulak suka pisang salai. Bole kata tiap kali datang ada pengat pisang. Kekabu dan pinang ada depan umah. Memang jadi kerja opah la buat bantal kekabu ngan kopek pinang tu. Mengkuang ada belakang surau, anyam tikar mengkuang pun kerja opah aku. Ikan panggang hari2 ade.Sekarang tiada lagi...

Belah ayah aku bukan cucu sulung. Sebab anak pak olong(abang ayah yang sulung) ada 4orang anak lagi tua dari aku,anak ayah alang pun ada sorang tua 2tahun dari aku. Tapi diorang kate aku je dapat macam2. Paling aku ingat basikal comel kaler merah. Dua2 basikal yang aku penah ada kaler merah. Yang satu lagi ayah beli sebab darjah 1 dapat no.1. Aku nak kaler biru sebenarnya. Basikal comel tu ada lagi sampai adik aku yang bongsu ni sempat main. Tapi dah berkarat habis la. Tayar dia tayar mati. Bayangkan,dari aku 5tahun kot.

So bila bagitau ayah jatuh,macam2 masuk otak aku. Sebab ni saja aku tak berani dok jauh2 dari family. Tak teringin belajar oversea. Walaupun dulu sebenarnya ada hati nak belajar kat Jepun. Tapi last2 over the sea gak Sarawak tu. Tapi tiap kali cuti aku balik la. Biarla tak makan pun janji dapat balik umah.

Aku pun berkira2 nak balik esok je. Khamis kan. Esok Jumaat. Lagipun adik laki aku yang belaja poli tu pun ada kat umah so aku rasa mestila dia dah bawak ayah gi hospital kalo teruk sakitnya. Dia ja yang bole bawak kete kat umah. Tapi sampai ja simpang Alma tu aku decide nak balik terus umah. Patah balik. Sehelai sepinggang ja. Pecut gila. Otak memang pikir nak cepat sampai ja.

Sampai Bukit Gantang,adik aku baru mesej kata ayah takde pape. Takyah balik pun. Aku yang risau sangat. Dah sampai Bukit Gantang pun! Aku masuk rnr pikir. Last2 aku patah balik. Kalau aku teruskan perjalanan lagi sejam sampaila umah dah. Tapi kena patah balik gak. Sebab nanti nak bagi alasan ape kat bos. Dahla baru masuk. Nanti ingat aku tipu pulak. Kalau jadi bebetul nanti camne? 1 pagi sampai umah. Rupanya kat facebook dari pagi adik aku tulis status kata ayah jatuh. Dia tu queen of status. Setiap 10minit status baru. Aku dulu masa belajar lebih kurangla. Tapi baru ni aku uninstall fb dah. Boring. Kalau ada pun takla tengok sangat. Yang aku geram tu takda pun bagitau aku. Malam baru mesej. Dahla mesej yang buat sentap. Aku dah pikir nak berenti kerja balik kampung je dah. Cis sangat.

Jumaat malam aku balik gak. Bawak sambil mengantuk tahap Z. Pokok2 di tepi jalan nampak macam orang gergasi nak melintas jalan dah. Hampir masuk semak tepi jalan dekat 10kali kot. Nasib tak masuk lombong or sungai ja. Baru ni ada orang mati kete masuk lombong. Mabuk. Scary. Tido sebelah adik. Dia bangun2 dia cakap kat aku "yong ayah jatuh moto. Sakit"

Dalam pada sakit mata tu, sabtu pagi kami ke pasar gak. Ayah dok belakang jadi bos. Adik kat asrama kol suruh datang sekolah ayah cakap mata sakit takleh drive. Depa nak apetah. Tapi bagus adik nurse ada kat umah leh cuci luka apa. Yang paling heran mata ja kena. Kat lain takde pun. Selalu tangan or kaki la teruk kan. Terus fikir kat situ ada pape. Hisy macam2. Harap ayah cepat sembuh.



Sunday, May 26, 2013

Jangan minum teh ais!

OMG..teh ais adalah feveret drink aku sejak masuk unimas. Teh c peng pun included weh! Teh c peng tu ala yang ada layer2 tu. Biasa kat sarawak memang senang jumpa. Biasa ada 3 layer tapi kadang2 ada yang buat sampai 5layer pun. Spesel!

Setiap malam aku akan makan nasi goreng dengan teh ais ni. Cafe sakura tu bole tahanla sedap. Budak alamanda pun ramai makan kat cafe kami. Yela,selain tu bole jumpa buah hati kat kolej kami yang semua pompuan ni kan. Hehe.

Aku perasan kan,setiap malam aku ada sikit susahla mau tido. Aku ni sejak asrama form 1 memang kuat tido. Tiada istilah tak bole tido dalam hidup aku. Asal nak tido je. Letak pala atas bantal,senyap terus. Semua orang tau dah. Jadi bila jadi kes ni agak pelik juga lah kan.

Pastu aku siasat. Bila aku tak minum,aku okey je tido. Bila minum ja,especially lepas kol 7 memang tak dapat tido walaupun ngantuk sesangat. Siap bole kenalpasti masa yang boleh minum tu. Melampau kan penyiasatan aku. Sampai kan lepas subuh baru dapat tido. Subuh kan awal kat sarawak kan. 5 camtu dah masuk. Takleh celen kat sabah la,memang awal sangat. Pas solat baru dapat tido dengan nyenyaknya.kadang2 dekat kol 5 tu dah ngantuk tahap azab dah. Tapi bertahan sebab kompem tak subuh satgi ni kalau tido. Dahla syuruk awal.

Lepas keje nih. Especially sejak ada mak angkat ni la. Kalau datang umah dia tak makan nasik memang tak sah. Walaupun 3pagi sekalipun. Minuman yang selalu ada pulak teh. Aku memang tak memilih bab minum. Sebat je. Kalau kurang suka minum secawan dahla kan. Tapi teh memang aku biasa la minum. Pastu risau gak kalau malam takleh tido. Kalau tak minum mesti diorang perasan kan. So pasrah jelah. Selalu ok je. Kadang2 datang sengal tu takleh tido gak.

Gemok cukup tensen tiap kali aku sebut bila minum teh ais ja susah nak tido. Dia cakap aku merepek. Pastu gelakkan aku. Grrr. Aku kalau minum kopi bole ja tido lena,teh ja yang prob... Ada paham?

Lepas siasat2 kan, aku dapat taulah teh ada kafein. So bole sebabkan jantung berdegup lebih pantas. Tu yang jadi susah nak tido tu. Memang tulah simptom yang aku biasa kena pun. Pastu teh jugak sebabkan dehydration. Maksudnya badan jadi kering air. Tak taulah secara saintifiknya teh tu boleh serap molekul2 air pastu dikeluarkan dari badan dan sebagainya kan. Aku lemah sikit biologi kimia ni. Huhu. Jadi kesimpulannya kena kurangkan minum. Tapi kan,kalau sahur teh o panas adalah pembuka selera no.1. Kalau takde memang seharian tak bertenaga bila puasa tu. Haih memacam la udez. Ngengada.

Friday, May 24, 2013

Dapat hadiah dari Get Bedazzled!

Aku ada join contest kat facebook dulu. Yang buatnye blogger nama dia Izdiyani kot. Yang kawan baik Hanis Zalikha tu. Dia  ada page bisnes iaitu Get Bedazzled. Korang search la nanti eh. Dia wat cover phone,kasut dan memacam lagi. I is kagum.Huhu. So hadiah dia da sampai. Tada! Homei kan? I like! Tapi kena extra3 careful pegang la..Sayang oii. Cover phone sebelum ni Gemok yang bagi. Ori Samsung punya kaler purple. Of course la appreciate tapi hadiah orang pun kena appreciate gak kan. Dont worry yang baru ni untuk beregek saja. Time keja+waktu biasa pakai purple jugak. Hihi.

leh search fb get bedazzled sekarang! Diorang ada promosi sekarang..:)

Pengedar aurawhite.

Huiyo! Dasat aurawhite sekarang!

teringin burger bakar abang burn.

aku stress betul. sana sini orang cite pasal abang burn ni. aku teringin tapi sini penang mana nak cari??? aloq setaq tu aku tanya membe aku hafizah asyrani katanya tutup. wey korang pos la satu kat aku! nak meatball!dan burger yang ada cheese. menu aku tak tau pun tapi yang penting daging or ayam with cheese. hoho. kalah orang pregnant.nanti bebetul pregnant tah ape yang aku ngidam. kuikui. nasibla eh.

Wednesday, May 22, 2013

Rabu dah?!

Lama tak bebel sini kan. Dulu banyak ja cite sekarang ni hidup segan mati tak mau...huhu

Tak macam dulu sekarang ni masa agak pack. Selalu keletihan. Terngiang2 ja VCOA Treenea kan... Huhu.. Tapi tengok sekarang vco ni  slow jadi dah lama tak restock. Tengok stokis aku pun tak jual dah. Dia busy terlampau sekarang. Takpela aku cuba bertahan la dulu. Hihi.

Sekarang aku keluar rumah paling lewat pun 7.30. Itupun kalau time tu kuar aku kena rempit la. Kalau kuar 7.20 ja boleh ilek2 sikit bawak kete. 7.20 tu paling awal la aku rasa. Awal lagi tak mampu. Belum kawin lagi camni la. Kalau dah kawin mimpi la nak malas2. Kena wat breakfast untuk suami, gosok baju suami (harapla tak dapat suami yang keja pakai kemeja), basuh+sidai baju. Dapat pulak laki yang cerewet suh basuh baju pagi ja jangan basuh malam hah. Memang kol 5 la kena bangun. Huhu.

Balik keja pun tak tentu. Sudah tentu banyak kali kena stayback bila ada isu besar. Kalau takda pun lum tentu leh balik awal gak. So sekarang masa tuisyen aku tak menentu la.kadang awal kadang lambat. Yang Alma senang sebab tak jauh dah. 25minit sampai,itupun sebab jalan agak sesak. Tapi tak sesesak jalan kat simpang empat carrefour tu. Dulu lalu seminggu 2kali je sekarang ni hambek kau. Hari2! Sampai mak student tu ada suggest aku sewa umah area umah dia. Aku ada terfikir gak,tapi tunggu dulu lah..

Dulu2 matlamat nak datang keja awal,sekarang matlamat OT pulak. Aku target sebulan sekurangnya 10 jam OT. Mampu ke? InsyaAllah. Kalau lagi banyak lagi mantap lah. Lehla belanja family aku gi melancong. Sementara ada 10 orang lagi nih. Nanti tambah adik ipar payah pulak. Hahaha. Oh ye,adik aku kawin bulan 10@11 kot. Nanti jemputla taw korang. Hihi

Ngah tunggu depa nak gi makan ni. Aku ni laci,komputer takda lagi. Boringla sikit. Nanti dah betul2 busy baru ada akai. Haha. Bye.

Tuesday, May 21, 2013

You're just lonely.

Saya tahu.

Semuanya pos!

Alhamdulillah bulan ni memang ramai order through post. Sebab jauh2 sume. Yang COD pun ada. Tanjung Tokong, Bota, teluk intan, juru. Dapat belanja family aku dan family mak angkat sempena birthday dia. Alhamdulillah.

Aura white pulak?

Ramai customer yang beli Maixara c ngan aku tanya pasal aura white. Mak Yang aku yang jual mcs jugak tu pun tanya kat mak aku napa aku tak jual aura white sekali. Aku pulak yang hairan. Huhuhu.

So ni nak open order lah. Seluruh Malaysia bolehlah order aura white dengan aku start harini. Harga pasaran RM150. Harga aku jual mungkin kurang sikit. Tak pasti lagi. Apa2 pun mesej@whatsapp@wechat aku dulu tanya k. 017-5049769. Teluk intan/bota/penang boleh cod. TQ!

Saturday, May 18, 2013

Terima kasih atas soalan anda.

Maixara c sential sekarang mendapat sambutan yang hebat sungguh. Ramai jugak mesej aku tanya okey ke,makan camne,aku makan ade hasil ke. Terharu sangat!

Aku tak berani jamin pape. Kuasa Allah kan. Kalau cakap lebih2 takut jadi dosa pulak sebab melebihkan dari kuasa Tuhan.Mcs ni medium usaha ja. Jadi apa2 pun kena tawakkal juga. Betul tak? Aku sendiri on-off. Kadang2 sampai rumah dah penat langsung lupa makan. Ingat tido je. So camnela nak tengok kesan kalau kejap makan kejap tak kan. Minum air kosong pun satu hari bole habis 1liter je. Tu pun sehari gi toilet 5kali kot. Cuma kurangkan minum teh,kopi yang ada kafein ni. Sebab dia mengurangkan lagi air dalam badan kan. Aku pagi2 minun milo je sekarang ni.

Mcs ada formula baru! Haa Mcs ada buat improvement sikit di mana dia ada tambah HA dalam tu. Dalam kata lain,insyaAllah lebih berkesan lah. Aku nak cite kat sini pun panjang pulak. Ape kate korang bukak fb maixara official?Stokis aku kate stok tu sampai minggu depan kat dia. Jadi sape2 yang order minggu depan kat aku dapatlah yang ada formula tambahan tu. Rasa dia lagi sedap.Tapi harga dah lain tau. Yang ni RM109. Harga pengedar pun aku tak tau lagi ni. Buat masa ni yang takde HA ni jela yang aku ada.

Apa2pun terima kasih kerana membeli dari aku. Jom same2 cantik!

Thursday, May 16, 2013

Tak tau reply komen blog.

Maaf ye sape2 yang komen saya di blog...saya online pakai phone ja sekarang. So tak tau nak reply camne.baca komen pun thru emel ja.  Huhuhu..saya bukan sombong taknak reply. Nanti saya ada pc saya reply k..hihi

Selamat hari guru for me!

Guru tuisyen pun guru gak kan. Student aku 5orang ape. Hehehe. Dulu masa ngah pikir nak amik course ape aku tengok family aku ni ramai gak cikgu. Mak aku walaupun mengajar KAFA still guru kan. Tapi aku tak penah wish@bagi hadiah hari guru pun. Huhuhu.

Sebab takda orang wish kat aku. Aku wish sendiri jelah. Hadiah kompem la takde ni. Sobssss. Heh

Wednesday, May 15, 2013

Ubat jerawat.

Sebagai budak baru aku masuk line tengok proses,belajar model2 yang ada,on job training. Biasala kalau keja production kan. Kena banyak belajar dan adapt.

Aku selalu gi kat area budak baru sebab diorang wat slow ja. Kalau gi kat area orang yang dah terer, memang tak dan la. Satu proses beberapa saat ja. Tak sempat tangkap apa diorang buat.

Sekali tu. Budak lelaki myanmar sorang tu tegur. "saya ada ubat jerawat nanti saya bagi kakak"

Malu.

Tuesday, May 14, 2013

PRU 13 versi Udez.

Memandangkan dakwat kekal masih ada pada celah kuku aku,still bole bercerita la kan. Bukan lama sangat lagi kan. Hee

Aku buang undi kat Sekolah kebangsaan sri changkat. Naik moto bertiga. Adik kecik pun sibuk. Pastu kena beratur lama mula bising cakap nak gi kat ayah. Ayah aku sibuk kulu kilior tak tau di mana.

Adik dulu kalau tangkap gambar mesti tunjuk gigi. Tapi aritu gigi depan dia dah patah. Kami tegur pastu terus taknak tangkap gambar tunjuk gigi dah. Huhu.

Saja nak buang gambar kat sini. Huhu. Bye.

Monday, May 13, 2013

Saturday, May 11, 2013

Bila pakwe/makwe berlainan parti politik.

Aku kan puteri UMNO. Wan pulak PKR. Walaupun pilihanraya dah abis tapi isu ni tetap hangat jugak kan. Aku malas dah nak amik tau. Yang aku tau, hidup aku tetap same je kene jugak wat kerja2 yang aku buat sekarang ni.

Harini ada Lim Guan Eng buat perhimpunan kat Batu Kawan. Dekatla ngan Honda. Semangatla dia pi. Siap pakai baju 505 blackout tu. Tapi pakai sweater kat luar. Dia cakap dengan kak Ilah dia tau malu la pakai tu. Malu apa aku pun tak paham. Honda pun siap cancelkan syif malam sebab takut jem pastu yang normal dia bagi balik awal suh gi sana.

Sekarang ni mesej dia ka whatsapp ka adaaaaa ja pasal politik2 ni. Kalau datang umah dia sembang ngan dia, mak ayh dia pastu terkeluar pasal politik ni. Dia saja cakap "BN ja bagus. Pkr ni takyah sokongla" pastu angkat2 kening kat aku. Cari pasal. Aku okey je tak cakap ape. Aku bukan obses sangat pun.

Haritu aku gi tuisyen kat Penang. Kak Ros bagi aku bendera BN siap tiang sekali. Dia amik kat mana tah. Balik pulau kot. Kan kat penang ni sana ja yang BN menang untuk DUN. Aku pun bagi la bendera tu kat Gemok. Hadiah besday aku kate. Tak taulah dia watpa ngan benda tu. Nasib mak dia tak marah aku bawak balik benda tu bawak masuk umah depa. Huhuhu. Kalau tak aku nak bagi baju+topi BN kat dia. Kat umah kan berlambak. Best kan hadiah. Huhu.

Serius baju tu stail la. Aku kan suka baju tshirt hitam. Sampai dulu mak aku suh beli baju selain hitam sebab banyak sangat. Sekarang ni ja baru aku ada baju hijau,biru. Kalau tak jangan harapla. Tshirt hitam tu suma pun tak muat dah. Bagi mak aku ja.Huhuhu. Nanti nak curi la baju 505 dia tu bila dia gi keja. Aritu curi kalendar. Nak curi powerbank dia dia pandai simpan pulak. Macam tau2 je. Haha.

Sekarang ni aku malas la nak dengar pasal politik2 ni. Yang penting aku nak kemudahan untuk rakyat tu suma ada. Jalan suma kasi elok. Harga barang okey. Tol kasi turun. Tol bke ngan sungai nyior yang tak seberapa tu perlu ke ade tol. Kalau nak kata untuk selenggara jalan dia sama ja ngan jalan persekutuan+negeri. Apa yang beza sangat pun. Kalau tak nak buang pun turunkanla. Yelah,kalau takda tol langsung nanti orang ramai yang takda kerja pulak kan. Aniaya orang jugak tu.

Stop okey. Pakcik makcik aku sampai bergaduh aritu masa nak PRU. Siap pakcik buh bendera PAS besar2 dalam rumah konon macam kawasan dia la tu. Makcik kawasan lain. Sebelah umah pusat gerakan PAS. Bila bang je makcik aku perli tak ke masjid ke? Adoiyai.


Friday, May 10, 2013

Jumaat dah?!

Sekarang ni aku paham dah napa orang bole busy sampai tak sempat nak update blog. Huhu!

Dulu keja admin dok depan PC ja takpela. Ni aku rasa memang takleh bukak pun. Tak nampak pun depa bukak selain dari keja. Quite macam takda life la. Update blog takleh,blogwalking apatah lagi. Rindu!

Keja production memang penat dan macam2. Dulu safety,ISO ok lah. Sekarang quality baru ada akai. Huhu. Memang betul la diorang cakap,weekdays memang takda life. Balik keja tido jela. Nak gi tolong makcik pun tak sempat kot.

Hope everything goes well. Amin!

Wednesday, May 8, 2013

Terima kasih pelanggan!

Alhamdulillah MCS makin lama makin mendapat sambutan dari rakyat Malaysia. Dah kuar paper,magazine,duta pun ada. Hebat kan team Maixara?

Tak sabar nak tunggu testimoni dari pelanggan Udez. Baru la syok kan share pengalaman sesama. Terbaru,saya perasan kulit muka saya tak berminyak dah bila bangun tidur. Dulu bangun2 terus rasa nak perah muka ni. Sekarang boleh relak dulu. Hehe...

Yang penting konsisten makan dan minum banyak air...:)

I love Robert Downey Jr.

Rabu minggu lepas. Aku tidur kat umah Makcik Normah Selasa malam tu. Breakfast,lunch kat situ. Dia sibuk ajak abang dia tengok Iron Man 3. Abang dia cakap "tiket habis camna nak tengok" Pastu dia suh aku bawak Apit gi tengok. Hampeh.

Aku cakap ngan Apit. "Isnin lah".

So Isnin tu balik keja aku terus menuju ke seberang jaya. Sempat singgah Petronas Taman Pauh ambik stok MCS pastu kol makcik Normah suh Apit siap.

Sampai2 leh layan Raja Lawak 7 pulak. Tak best la. Tak lawak pun. Try bukak GSC showtime online tak bukak2. Last2 gamble ja pegi. Kalau takda turun balik la gi Jusco. Aku agak2 ja 7.50pm ada. Tengok betul. Sempatla tengok walaupun depan screen. First time. Dahla panggung kecik. Rasa nak pekak pun ada.

Iron man 1&2 aku tak tengok pun. Tak pernah minat. Tapi rabu minggu lepas tu ada kat astro. Macam best jugak. So semangat gak la nak tengok. Overall okey la cite tu. Part last tu romantik gile. Dan dia memang STAIL gila dalam cite ni. Jatuh cinta macam jatuh cinta kat Johnny Depp gak. Brad Pitt+ Tom Cruise tak penah minat. Huhu.







Rindu ke?

Busy eh cik udez? Huhu. Tak la jugak. Idea ada tapi tak sempat nak bebel pun. Eh busy la tu dah tak sempat.huhuhu

Aku sekarang takda job scope lagi.Orang bawak trening pun takda. Busy kot dia. Aku boringgggg. Dahla ngantok. Bole ja masuk line tapi sebab tak sempat nak lumch sebab gi bank, aku takleh berdiri lama nanti takut nak pitam pulak. Mana tau kan. Dengan sandal ketat dan kecik ni. Takleh tukar pulak! Geram tol

Meja aku kosong ja takda PC lagi. Beg,botol air,buku nota ja atas meja.Kalo ada PC leh jugak la buat2 busy. Aku sekarang 1malaysia sungguh. Kanan chinese kiri Indian. Depan chinese gak. Nak dok saja pun rasa segan sebab tengok orang lain suma sibuk.

Tadi bos bagitau ada meeting 5.30. Kena stay back la. Tak taula pasal ape. Harapla pasal job scope. Ada la kerja aku esok. Tiga malam tak cukup tido memang aku ngantok ni. Berdiri pun rasanya nak terlelap. Jenuh cover jangan bagi operator perasan aku nak lelap. Maw kena bahan seumur hidup ni kalo bos tido berdiri. Dahla diorang ni suka perati aku. Orang baru kan. Kalau pakai baju angkasawan tu tak la nampak sangat. Huhu.

Oh. Boring weh keja ada foreigner ramai ni. Lagi2 part pegi kantin. Fedup rasa. Tapi takkan hari2 nak makan luar. Bawak bekal kena makan kat kantin gak. Tensen. Dah2 kerja!

Monday, May 6, 2013

Akhirnya...

Setelah mengundi semalam. Malam tadi jugak result kuar. Dari kol 8 lebih aku tengok orang dok berkumpul. Aku rasa tunggu result la kot. Ayah aku pun pergi. Busy sungguhla ayah. Sian tengok. Dah berapa minggu tak lekat rumah. Jangan sampai sakit dahla... Pagi tadi aku nak bertolak ke Penang tengok ayah tido atas tikar ja letih sangat. Nak bangun pun tak larat.

Malam tadi 12 lebih baru tido. Nak wish kat orang tu tapi tak jadi. Sempat la tengok kat Penang PKR menang besar. Bota pun BN menang. Tunggu N49 &P73 Pasir Salak tak kuar2. Last tertido. Pagi tadi mak tanya ayah menang ke. Ayah cakap hurmm je. Depa cuti la. Aku jugak gigih keja.

Harini pun terkejut. Sebab HR kol kata jawatan lain. Pastu bos kata jawatan lain. Aih mana satu ni. Baru ja kira OT elaun tadi. Frust I. Huhuhu. Keje baru ni takleh pakai mekap langsung. Bagus. Bedak pun takleh. I ok je..;)

Lapor weh!

Hepi besday Gemok.

Hepi besday ke-24.. Semoga beroleh apa yang diidamkan dan semoga bahagia... 1437

Sunday, May 5, 2013

Panassss hoiii!

Pagi semalam dengor mak sibuk nak gi ngundi. Baru kol 8 kot. Mule mak kate nak gi tengahari sikit sebab tak ramai orang. Pastu tengok dah gi. Balik2 dah 10lebih dia bising suh kami gi cepat. Aku dok layan boys over flowers sambil makan kacang ceghodik(cerdik).

Gi ngundi kat sekolah rendah aku dulu. Gi ngan adik aku naik motor je. Ofcosla die yang bawak. Suh aku bawak memang tak la. Sanggup bawak kete. Kalau bawak moto mengelewor2 je.

Sampai sekola nampak ayah aku ngah sembang ngan Cikgu Rasman kat area rumah cikgu tu. Walaupun dah bertahun tinggalkan sekolah kami tu dia dan isteri dia Ustazah Maharani tak tukar pun tempat mengundi. Mungkin kampung kami tetap di hati diorang kot..:')

Pastu cikgu Sharifah cikgu kesayangan aku sejak darjah 1 yang juga anak jati kampung pun mengundi lebih kurang time aku datang. Cikgu Rusydi yang mengajar aku sejak darjah 5 tu pulak jadi ketua pusat mengundi. Kenangan2. Semua cikgu sekolah rendah dulu. Rasa muda tau walaupun sebenarnya dah 14tahun tinggalkan sekolah rendah. Huhu.

Tunggu punya tunggu panasss hoiii. Dahla line pompuan lambat dari laki. Pastu makcik2 selamba ja potong. I terpaksa la redha ja. Sobsss.

Balik tu dah kelaporan. Mak suh gi dewan orang ramai tu makan. Depa ada masak nasik ayam. Kat umah mak tak masak ape. Ok la makan free. Balik tu mak tanye. Jumpe ke musuh ketat masa ngundi tadi? Ku fikirkan siapa. Rupanya mamat naik Preve tu. Dia tu macam urusetia gak la haritu. Memang jumpa la. Tapi aku wat tak tau je.

Pastu ayah bagi kupon kaler pink kat aku+ Dila suh claim duit balik ngundi kat Dato Tajuddin. Ada nama dan negeri tempat kerja kami la situ. Sebenarnya khas untuk penyokong BN SAHAJA. Ada makcik beratur depan aku claim mileage dari Ipoh. Alahaii.. Sakit hati I. Pastu orang Dato tanya la makcik tu undi sapa tadi. Dia bole jawab "undi adalah rahsia". Sah2 la tak undi kan. Duit tau plak nak kan. Bara ja aku. Masa beratur tu ada sorang mamat ni wat kerek cakap "ala bukan nak sangat.tapi janji ditepati kan". Aku jeling ja tetiba dia perasan dia terus diam.

Ok la dapat claim rm100. Memang banyak tu pun minyak+tol aku pegi balik. So today gi tempat kerja baru dalam keadaan mengantuk pulak. Geram pulak sebab tak cuti. Huhu.

Friday, May 3, 2013

Differentiation & Integration.

Petang Jumaat belajar Add Math? Apakah? Hehehe. Harini kami dok belajar Integration. Start dari last class lagi. Sepatutnya Integration ni Chapter 3 untuk form 5,tapi aku suh diorang terer differentiation dulu baru leh belajar integration. Sebab kan terbalik2 ja dua tu. Kang camna nak check jawapan kan kalau tak tau salah satu.

5class kot belajar differentiation ja. Payah kot topic ni. Pastu ada minima maxima,turning point suma tu. Mau tak pening diorang. Pastu habis chapter tu baru integration. Lagi la pening. Sebab tak dapat tangkap lagi. Tapi bagi aku,biar lambat asal selamat. Kang laju sangat tapi tak faham sia2 ja.

Aku dulu pun selalu konpius. So bila buat tak dapat2 aku padam suma jalan kerja dan buat balik dengan kemas dan berhati2. Kalau serabut kertas tu memang harapan la nak dapat jawapan betul. Dah boleh jadi tips ni. Huhu.

2orang adik aku yang amik Add Math fail. Markah pun memang sentiasa best la. Kagum aku. Camne nak dapat 8/100? Biologi memang serah kat aku la markah camtu. Huhu. Sampai adik ke-4 dia tak amik terus. Adik ke-5 ni amik tapi tak taula lagi result dia. Anak orang diajor adik sendiri terbior. Ish3.

Rasa nak demam ni. Jap gi nak balik kampung dan fetch sekali adik di IKM Manjung+ kolej voka seri iskandar. Perjalanan jauh ni boleh buat mengamuk. Harapla sume okey.

Thursday, May 2, 2013

Beza makan MCS ngan Treenea VCOA.

Sukati kan nak cite kang owner dua2 marah tawla. Eh ini ikhlas taw. Sebagai penjual aku juga pengguna. So orang pun nak tau la yang ni untuk ape. Yang ni untuk apa. Kan kan.

VCOA ni bagus dari segi dalaman taw. Memang aku makan tu setiap pagi lepas breakfast. Rasa bertenaga ja. Memang rasa lain compare dengan bila tak makan tu. Bila aku tanya customer2 aku pun suma jawab camtu. Aku nak cakap apa lagi? Memang setuju sangatlah. Dan customer2 aku pun ada yang dah kawin+belum. Ada yang bagi pada anak kecik pun. Everybody can fly..eh everybody can try.hehe

Maixara ni terang2 tengok kat muka la. Dia boleh kasi hilang itu kusam. Kulit agak sekata la for me sekarang ni. Jerawat belum lagi. Ada yang kata, badan yang ada masalah high toxic ni ambik masa sikit. Aku bukanlah tong toksik yang orang buang dalam sungai tu kan. Tapi memang agak kurang sihat la. Detox system tak berapa lancar. Sebab? Kurang minum air+makan serabut la. Don't try this at home. Detox system penting tau. Macam ko kena buang sampah dari rumah tiap2 hari la. Sanggup ke rumah busuk?

Pastu dari segi rasa. MCS rasa strawberi, so macam makan gula2 la. Ko nak kunyah ke nak telan dengan air ke nak terjun tiruk sambil makan ke suma bole. Okeyla tau tak lawak. Makcik kata macam ada rasa susu. Aik? Aku tak rasa pun sebab aku bukan penggemar susu. Tapi yang ni aku makan sambil lalala je. Makcik salah sebut ni. Hehe. Pastu VCOA ko rasa macam makan pil la. Bukan pahit. Takde rasa tapi macam ada manis sikit. Sikit je. Tapi telan dengan air apa ada kisah. Lepas telan tu tak rasa apa pun. Buat kerja cam biasa..:)

Harga pun beza. Tapi yang penting, dua2 harga mampu milik. Untuk vitamin c yang ada kolagen,harga MCS ni kira murah la. Sebab sebotol pun banyak dah kan. 60 bijik. Tu tak tengok berapa gram satu tablet tu. Tinggi tau kandungan dia. Yang VCO RM40. Tak mahal kan?

Kalau cite kandungan depa ni sampai muntah la orang nak baca. Banyak sangat. Tapi yang paling penting,halal. Aku dengar acai berry tak bole makan eh? Aku tak sure la. Ternampak kat paper ke ape.Sebab banyak gak produk aku tengok ada benda tu. Tapi dua2 ni takda benda tu. Alhamdulillah.

Oh ya. Ada orang tanya aku makan MCS ni badan naik tak. Huhu. Aku rasa aku maintain je. Baju+seluar tak tukar saiz pun. Hihi. Tapi biasalah bila balik kampung mak mesti masak gulai lemak cili api. I cannot la. Sehari boleh makan 5-6 pinggan tau kalau ada tu. Kecuali kalau udang or sotong or pisang masak tu aku amik kuah je. Kacang panjang,pucuk ubi,paku pakis masak tu. Kirim salam la. Menjilat jari kaki tau. Tak ingat orang lain dah. Ayah la ni suka sangat sampai seminggu nak 2-3kali. Salahkan ayah pulak padahal kadang2 AKU yang mintak. Huhuhu.

Okey lah. Aku tak kata produk lain tak bagus. Aku cite 2 produk ni sebab aku makan. Produk lain aku tak makan. Penakut sikit nak try memacam. Hehe. Nak try kontek je aku. 017-5049769. Kalau lambat reply aku mungkin busy kerja okey. Jangan kecik ati. Bye.