Mari join..:)

Monday, April 29, 2013

Setelah menyepi...

Beberapa hari,minggu yang busy... Seperti yang readers maklum,birthday saya 24hb yang lepas. Tak la busy mana. Seharian dok rumah. Petang keluar jap pastu lepas maghrib kat rumah dah sampai pagi esoknya.


Tapi 25hb pula..hurmm..sepupu saya(anak pak long saya) telah kembali ke rahmatullah.. Jantung tersumbat. Sepupu saya tu baru berumur 27tahun. Kawan dia yang datang masa kebumi tu cite. Dia mengadu rasa tak selesa dan ingin ke klinik dalam kul 10 pagi tu. Tiba2 12 lebih dia rebah. Dia bangun semula tapi rebah semula tak lama lepas tu. Dia dibawa ke hospital di Bangi dan disahkan meninggal dunia 1.05pm.

 
Mule2 aku cool je. Aku tau berita Khamis tengahari. Aku cuma sedih tapi tak la sampai nanes. Pastu aku cakap ngan bos aku nak cuti esok. Kena siapkan keje dulu banyak sangat tangguh. Gile la sampai 3 kali cuti minggu lepas. Isnin,Rabu,Jumaat. Tapi takkan tak balik kan. So pagi Jumaat baru bertolak.Malam tu penat sangat. Tuisyen pun ku cancel. Lagipun aku takut nak drive memalam. Dah kerap sangat eksiden kan. Mak ayah ku tak bagi balik memalam dah.
 
 
Pagi bertolak kol 7 lebih,time orang nak ke kerja.Nasib tak berapa jem. Rush juga la. 150 ku bawak. Sebab ayah kata kol 10 kebumi. Aku dengan tak mandi balik terus. Sampai rumah 9.40 terus mandi pakai baju kurung suma. Rumah pak olong aku kat Kampung Pulau Juar,Kg. Gajah je. Dari umah aku tak sampai setengah jam pun. Sampai2 lori yang bawak jenazah dah keluar dari perkarangan rumah. Lori?Hentam sajalah.Tapi masa tu ada rasa nak tergelak jugak.
 
 
So kami terus ke masjid. Tak gi solat pun sebab tengok macam takde pompuan pun. Mak pun baca Yassin dalam kete je.
 
 
Masa kebumi tu,baru la rasa sedih. Nak kata rapat tu tak la. Sebab arwah jenis pendiam. Kalau usik2 dia pun,dia bukan respons sangat. Huhu. Ingat dulu masa dia eksiden.Masa tu dia belajar IKM Manjung. Sama tempat la ngan adik aku no.4 tu. Tapi adik aku baru sem 2 je sekarang. Masa tu kaki patah. Agak teruk la.Masuk sepital Manjung. Ingat lagi memalam kami bertolak ke Manjung. Aku,Dila dan ayah. Balik dari sepital dah 11 lebih kot. Ayah nak makan dengan kengkawan politik dia kat warung area Kg Gajah tu. Kami dok kat meja berdua. Ayah aku dok ngan kengkawan dia. Nampak pelik je dua orang pompuan makan kat warung memalam bute cenggituh.Rasanya sampai 1 lebih kot kami kat situ. Pastu masa arwah keluar hospital pun ayah yang ambik.Masa tu pak olong tak berapa sihat kot. Aku seperti biasa memang ikut ayah aku ke mana pun.Huhu. Aku baru habis SPM kot masa tu. Area 2004/2005 kan.
 
 
Masa kebumi tu, kawan dia dari tempat kerja pun ada. Bos dia pun ada datang. Dan yang tak sangka,ada 3 orang berpakaian Keadilan datang. Adoiyai. Perlu ke pakai baju tu datang. Tak pakai tak leh ke.Huhu. Dengarnye calon Keadilan untuk Pasir Salak pun ada tapi dia tak pakai baju tu. Aku memang tak kenal la.Aku kenal orang yang bakal aku undi nanti je. Dato Haji Tajuddin Abdul Rahman untuk Parlimen, Haji Abdullah Fauzi bin Dato' Haji Razali untuk DUN. Titik.
 
 
 
Adik aku excited kata tak nampak la ape la. Dia nak gi dekat2. Pastu sibuk nak tengok dalam lahad tu. Sebenarnya ni kali kedua aku gi masa orang kebumi. First masa officemate aku arwah Kak Ti dulu. Yang tu aku memang sedih sebab rapat sangat. Lagipun hari dia meninggal tu masa tu raya lagi kan. Aku cakap dengan dia. "Kak Ti,saya nak beraya umah Kak Ti leh tak? Tapi malam la saya gi". Pastu dia kata "malam takdak orang layan aih.sebok" Tengahari tu dia meninggal dalam pukul 3 camtu. Malam tu orang sibuk uruskan dia.Sedih kan.
 
 
 
Sabtu ada orang kampung meninggal. Ada hubungan sedara jugak la. Terkejut juga. Lagi,kata hati ku. Pastu Ahad kat Melodi tunjuk Datin Azizah yang penyanyi 60-an tu meninggal Jumaat malam. Ahad malam pulak. Gemok bagitau kawan dia yang pandai modify motor mati masa merempit. Jatuh pada kelajuan 200km/j. Pastu dilanggar pulak dari belakang oleh kawan lain. Mati serta merta kat situ. Tak tau camne rupa. Tak berani nak tanya sebab Gemok sedih. Yang penting dia kata anggota badan tak elok. Mungkin berkecai la kot. Seram la kalau tengok.Tak sanggup. Gemok pernah la bawak aku gi umah dia kat Taman Semilang. Masa tu dia gi antar helmet jap kat kawan dia tu. Tapi tak nampak rupa la. Kawan2 dia yang keja Honda aku kenal la. Kawan sekolah tak kenal. Teringat pulak kawan sebelah katil dulu yang meninggal sebab kanser otak. Arwah sangaaat baik. Aku ingat lagi masa tu form 1. Dia puasa 3 bulan straight. Cakapnya lembut je. Tak pernah marah,tak pernah masam. Baik sangat. Tak macam aku. Dia suka tidur selimut satu badan sampai muka. Dia kata arwah tok dia ke opah dia pun camtu.Pastu meninggal masa tidur. Aku marah dia jangan bagi aku takut. Aku cakap jangan tidur camtu.Huhu. Arwah meninggal masa form 2 kot. Masa tu dia dah jarang sekolah. Dia orang Bagan Datoh kalo tak silap. So memang tak penah la gi umah dia. Masa meninggal pun tak ramai yang boleh gi.Tapi kawanku yang pergi kata badan dia agak besar,mungkin sebab kesan ubat. Dia mula sakit lepas jatuh tangga kat sekolah dulu. Aku pun tak pasti bila.
 
 
 
 
24hb ulangtahun hari lahir aku,25hb hari mati sepupu. Best ke nak ingat?
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment