Mari join..:)

Saturday, April 20, 2013

Semua sebab bateri handphone gila.

Perasan tak aku jarang update dah sekarang. Selalu tu tah pape je pun nak update kan. Hehe.

Bateri fon kembong.

Henset aku ni ade cover kaler purple. Jangan tanya nape purple. Orang bagi aku amik je. Jangan tanya sapa bagi. Korang tau punye. Hehehe ini semua poyooo..

Baiklah. Permulaan masalah bagi bateri ni ialah terlalu cepat dah low battery. Aku caj penuh dah malam tu. Tapi area kol 9,10pagi dah kena caj lain. Pastu sat ja penuh dah. Cabut charger. Petang kol 3 ke 4 caj lagi. Cajjjjjjjj aje...

Bila lepak umah kedua aku pun. Kejenya cari charger. Rumah orang oiii sedar sikittttt.

Aku jarang bukak cover ni so aku tak pasan la yang bateri dah kembung. Walaupun aku sedar bila aku pegang henfon rase macam gemuk sikit. Tak fikir ape. Pastu makcik Normah la yang bagitau. Dia kata enset aku sama problem ngan enset Apit. So masa tu baru bukak belakang enset. Betul la kembong.

Masa kejadian bateri kembung ni agak lama jugak. 2minggu kot. Ingat lagi masa kusus kawin aritu memang stat bateri lowww aje. Kau saja suh aku dengar kusus kawin elok2 eh jangan main kau. Pandai kau eh Y. Tetiba enset ada nama. Haha.

Okey2. Pastu sekali tu aku gi pos barang. Alamat dalam whatsapp la. Aku punya rush la takut lambat masuk ofis kol 2. Sampai Tesco pecut gi cari pos ofis dalam tu.  Jumpa2 amik nombor. Hah korang bole teka eh ape jadi pastu. Ala..:(

Nak cite gak.

Okey pastu duduk2 je Y terus mati. On balik pun sampai display samsung ada bulat kat tepi padam. Ahh sudah. Kena la turun gi kat kete untuk caj. Time is running out. Sambil caj godek2 ketas apa2 tulis alamat customer.

Okey naik balik. Tekan mesin amik nombor. Akak kat situ tengok aku pelik. Biarlah. Sebab aku kalut kot. Tangan dok pegang ketas alamat tadi. Mata dok tengok nombor yang terpapar pada skrin.

Ada sorang kak masuk. Nak gi mesin angka giliran tu. Kat mesin tu ada ketas angka giliran yang dah kuar.2046. Kak tu tekan sekali pastu dia amik la nombor 2046 tu.2047 terbiar di situ. Sekali aku teringat. Aku kobek2 poket takde angka giliran tu. Aik mana pulak ni.

2046 tu la nombor aku sebenarnya. Tepuk dahi.

So bangun dan amik 2047 kat situ. Rugi satu giliran. Tulis alamat ngan yakin. Selesai semua balik. Setel.

Sabtu malam balik kampung. Ayah nak tengok kete pastu repair sikit2. Ahad tu kami beli kek untuk celebrate beday adik 13hb,Alip 21hb dan aku xxhb. Excited nak tangkap gambar kek adik nak masuk dalam blog. Kek spiderman. Dia yang nak sangat. Flat. So takde gambar tu.

Ahad malam aku ke Penang. Kesayangan tayarnya pancit. Tayar spare takde. Kedai tak bukak. So nak pinjamkan tayar spare kat dia. Tujuan ialah Batu Feringghi. Tak biasa drive ke sana seorang,malam pulak. Guna la Google Map. Papago dalan enset ada tapi tak taulah apa prob dia takleh on.

On the way. Ada customer call tanya pasal VCO Treenea. Orang Sungai Petani. Aku suggest la agen Kepala Batas kat dia. Dekat sikit. Tetiba senyap. Dah habisla kak tu ingat aku tak puas ati sebab kak tu nak beli kat orang lain. Padahal aku ok je.

Bila nak update blog je,ada idea, tetiba flat. Maafkanlah ye Potpet Udez.

Sekarang dah tukar bateri baru. Haraplah okey sampai aku berkenan kat phone lain. Which is sangat lama lagi.





No comments:

Post a Comment