Mari join..:)

Wednesday, April 24, 2013

Selamat hari lahir ke-25 udez!

Entri syok sendiri.hee

25tahun yang lalu di Felda Soeharto, Kuala Kubu Bharu. Puan Noraisah mula berasa sakit hendak melahirkan anak sulungnya. Encik Zulkifli lalu membawanya ke Hospital Tg Malim serta merta. Bulan Ramadhan.

Maghrib berbuka. Puan Noraisah dalam proses melahirkan. Tak ramai yang ada ketika itu selain nurse2 berbangsa cina yang tidak berpuasa Ramadhan. Tepat 8.03 malam keluarlah puteri nya yang seberat 2.95kg. Tembam baby itu.

Setelah itu puteri itu diberi nama Nurul Huda oleh moyangnya Hajah Zabedah. Masa tu Nurul Huda Abdullah perenang negara tu memang top. Maksud nama pun elok kata opah Puan Noraisah itu.

Setelah 25tahun baby itu kini seberat 44 kg. Baby la sangat lagi. Hehe. Dalam hati aku aku tetap baby mak dan ayah..^_^

Hampir pukul 12malam. Orang itu keluar dari bilik. Makan nuget bawah sangai. Tengok TV. Aku yang di depan TV hampir melelapkan mata. Orang itu ke dapur dan kembali bersama sebekas air Ribena. Menyuruhku minum sambil mengucapkan Happy Birthday. Aku bertanya "buat sendiri je?" Aku minum lalu aku katakan air itu masam. Mungkin sebab sejuk..:p Tanyanya aku tak pernah minum Ribena kah. Dia cakap Ribena lebih baik dari kolagen2 semua tu kerana mengandungi vitamin C. Kolagen semua tu tipu saja. Baiklah. Mana la ada yang real sangat dunia ni... Terima kasih sayang. U made my day.

Aku mahu lelap. Tapi ada SMS masuk ke inbox. Biasalah waktu begini handphone dan media sosial lebih aktif dari biasa. Ada juga yang ingat rupanya. Yang lahir tepat 4bulan sebelumku itu. Thanks.

Aku tak berani mengharapkan yang indah harini kerana tidak mahu harapan bertukar menjadi kekecewaan. Apa yang aku doakan ialah semoga aku lebih tabah selepas ini, menjadi lebih baik dari sebelumnya dan bertemu jodoh..:p

Berharap juga selepas permulaan indah ini, biarlah hari ini ditutup dengan indah juga. Hari ini saja. Satu2 nya hari yang aku boleh pentingkan diri sendiri untuk berasa sedikit bahagia. Berdoa semoga tahun depan lebih baik lagi. Amin.

2 comments:

  1. happy bday udez..

    hehehehe

    sangai tu orang kite je faham kan..

    eka pegi n9 umah bakal mak mertua. eka sebut sangai,depa terpinga2.. hehehe

    ReplyDelete
  2. hehe tq eka..:)

    Haah..kalau ckp gn org negeri lain diorg xphm..hihi.So terpksa sebut "tudung saji" kat diorang.Tapi mase sebut tudung saji tu geli tekak teman.xbiase.hehe

    ReplyDelete