Mari join..:)

Monday, April 22, 2013

PKR bakal menang?

Sana sini orang dok sembang pasal pilihanraya. Tak kirala promot parti ke tak puas ati ngan calon ke ramalan sape menang ke. Macam2 topik ade. Bila bukak TV pun lagu Mari Mengundi Tomok keluar,manifesto parti dan macam2 lagi. Semua pasal PRU 13 minggu depan.

Berada di negeri yang dikuasai pembangkang, wadah pembangkang ada di mana2. Kat taman aku dok ni pun, ada satu khemah Pas yang setiap malam penuh. Tak tau la buat ape. Kat Guar Perahu aritu ada Izzah buat ceramah ratusan orang kot datang. Sebab peniaga air pun bole untung RM4000 bersih!

Aku kalau balik keje selalu balik ikut Taman Burung. Ada poster iklan Anwar punya besar. Bakal PM katakan.

Aku setiap minggu akan ke Alma 2kali. Untuk tuisyen la. Ada satu simpang empat yang sentiasa sibuk. Dekat dengan Carrefour Bukit Mertajam. Jadi kat situ banyak la banner kan.

Ada iklan yang besar macam tepi2 highway tu tunjuk gambar bekas Ketua polis Negara. Tan Sri Musa kot nama dia. KEYAKINAN PERTUKARAN KUASA. "Polis jamin kelancaran pertukaran kuasa" katanya. Sebelum ni ada "negara takkan bankrap kalau PR memerintah." Yang ni Tun apatah yang cakap. Aku kan jenis pelupa. Maafkanlah.

Belum tengok undi2 kat online, paper lagi. Ramai meramalkan PKR akan menang.

Pilihan aku? Okey je asalkan PAS yang memerintah,bukan DAP.

No comments:

Post a Comment