Mari join..:)

Wednesday, April 3, 2013

Pengalaman awal berniaga Udez.

Tetiba nak cerita pasal pengalaman bisnes aku kan. Bajet sekarang macam dah ada company.Huhu. Takepe,sharing is caring. Lain entri aku cite pengalaman jadi cikgu pulak okey.Hihi.Layannnn


First produk aku jual ialah..jeng jeng jengg...Bukan Treenea okey.

Kerepek pisang pedas.
 
 
Haa dasat tak. Tapi bungkus kecik2 la. Masa tu darjah 1. Mak aku buat dan hari2 aku jual kat kawan-kawan sekolah.Tak silap masa sekolah agama ja kot. Mak aku masa tu cikgu jugak kat situ. Jual sekupang je. Tapi yang tak best,sekupang pun ada yang tak bayar. Pastu aku tak ingat pulak sapa sebab tak sempat nak tulis nama.Last2 stop. Aku tak ingat aku buat ape dengan duit tu.Bagi mak ke aku yang pakai. Tapi masa sekolah rendah aku tak pernah gi kantin.Hari2 bawak bekal.Sekolah petang ja kot aku gi kengkadang. Jadi rasanya aku bagi mak la kot semua.
 
 
 
 
Second ialah Kuih sepit.
 

Sebenarnya yang jual ni mak aku,tapi harap maklum aku masa kecik rajin jadi memang selalu tolong mak.Sekarang ni pun rajin, tapi dulu rajin lagi la. Mak yang cakap bukan aku taw.Huhu. Jual kat jiran-jiran je.


Rumah aku sebenarnya agak tengah kampung, tapi macam terpencil. Sebab rumah sebelah kiri tanah yang ada pokok2 je takde rumah,sebelah tu rumah tinggal,sebelah kanan ada la jiran. Tapi macam ada tapi takda. Bukan tak bertegur ke apa, kami sangat close okey.Sebab jiran sebelah takde rakan sebaya,anak Opah Lebor paling kecik pun tua 5 tahun dari aku maka jadi macam takde jiran la.Boleh camtu?Haha. Pastu jarak rumah aku dengan rumah belakang pun jauh. Belakang rumah dulu ada reban ayam la,jamban,stor pastu pokok cempedak durian rambai jambu macang semua ada. Maka jarak penglihatan macam kurang. So aku selalu rasa rumah aku terpencil. Tapi laku jugak tau kuih sepit ni. Tak putus gak la order. Tapi pastu mak tak sempat dah kot nak bisnes2 sebab anak ramai,so kerja rumah pun banyak. Satu plastik besar RM10. Aku rasa berbaloi sangat.


Pastu tamat la masa sekolah rendah ni. So start sekolah menengah pulak.


Third produk aku jual ialah Sandwich. Masa hari kantin form 3 kelas kami 3S jual sandwich. Sandwich ni ada macam2 la. Ada sandwich sardin, scrambled egg,apatah lagi. Tak ingat. Tapi rasanya ada dalam 6-7 jenis berbeza. Roti ja sama.Kahkah tak lawak.

 
Masa ni ayah aku ada datang. Tak silap haritu dapat report card ke apa. Entahlah. So ayah pun beli la. Padahal ayah aku dia so-so je sandwich ni. Perut aku ikot perut dia kena makan nasi jugak. Tapi aku suka jugak laksa mee hailam dan sup macam mak. Ayah aku memang tak suka benda berkuah ni. Perfect combination kan aku.Hehe
 
Masa hari kantin ni,aku tukang potong roti.Pastu masa dah start jual aku jadi promoter suh orang test makan. Sandwich kami laku keras.Mungkin sebab paling senang nak makan kot. Kalau bubur ke payah sikit kan.sandwich sambil jalan pun boleh. Kami antara kelas yang untung paling tinggi masa ni. Ingat lagi,cikgu kelas nama Cikgu Chin atau kami panggil Cikgu Kacak.Hehe
 
 
Fourth produk is Murtabak Megi.
 
 
Makanan je semua kan.Hehe. Masa ni masa matrik. Ada Hari Antidadah ke apa. Ramai orang luar datang termasuk la students sekolah lama aku Taayah. Kami rakan-rakan sekelas yang buat,tapi tak semua la terlibat.Mana yang minat ja. Ketua dia Abe. Dia biasa jual la benda ni. First time dengar pasal murtabak megi ni dan first time gak belajar buat. Best! Laku keras gak. Resipi paling simple. Masa aku buat kat rumah mula2 laku gila. Tak cukup2.Sekarang adik2 aku boring dah. Haritu masa maklong stay 2minggu kat rumah dia request kat aku murtabak ni. Tapi dia tak cakap sedap ka apa. Habis tu sedap la kot.Hehe
 
 
Fifth produk is service. Bukan service bilik eh. Service laptop. Masa ni aku 3rd year kot. Aku jadi partner sorang senior aku ni. Masa tu dia extend satu sem. Pastu wat la part time sikit sebab banyak masa terluang kan.Dia tau format laptop. So tiap2 kolej dia assign satu partner. Aku ni agen Sakura la kiranya. Sekali format RM20. Aku dapat RM6 kot tiap kali orang format.Eh yeke. Rasanya la. Aku tak buat apa pun. Senior aku tu print ja iklan tu. Aku gi tampal.Tunggu ja orang call. Pastu bila ada laptop,aku gi jumpa diorang amik laptop tu pastu nanti bagitau senior aku tu dia datang pickup. Aku keluar modal kredit jela. Okey la masa tu aku memang sengkek sikit.Huhu.
 
Laptop yang dirindui dengan Mr. Botak comel.
 
 
And last before jual VCOA ialah promoter kat Giant Teluk Intan tuh. Promot F&N Fruit Tree. Takyahla buh gambar aku masa tu kan.Hihi.
 
 
 
So last but not least,sekarang ni yang aku betul jual ialah Maixara C-Sential, VCOA Treenea dan cardigan korea.
 
 
 
Maixara C-Sential: RM99.90 (tahan 2 bulan,untung gila!)
VCOA Treenea (tahan sebulan,depends ngan penggunaan)
Cardigan Korea: RM30 (including post)




 



No comments:

Post a Comment