Mari join..:)

Tuesday, April 23, 2013

Pengalaman aku makan MCS.

Dah berapa minggu eh aku pakai Maixara c sential ni. Dari awal April kot. Eh cop2. Masa tu aku makan sebijik sehari ja. Now baru seminggu kot makan 2bijik sehari. Kadang2 tu aku tak makan malam pun. Petang makan dah pastu sebelum tidur aku makanla MCS ni. Hehe.

Aku terpengaruh betul tengok muka orang cantik makan MCS ni. Okey aku memang banyak masalah kulit muka ni. Jap aku tunjuk muka real okey. Jangan lari pulak keseraman. This is me. Hehe.

Abaikan parut susu kat pipi belah kanan tu key. Kalau makan MCS ni bole kasi hilang parut tu sebotol aku makan sekaligus. Hehe. Susahla yang tu kot. Sebab dari baby kan. Harap nak laser ja.

Masalah muka aku sejak puberty ialah jerawat nasik. Mungkin keturunan gak kot. Mak aku pun banyak jerawat nasik. Sekali sekala jerawat batu akan muncul tapi tempat yang tak nampak. Konon orang ingat takde jerawat batu padahallll.

Sejak akhir tahun lepas kot. Yang aku dok keja dari 8.15 sampai 6.30 petang dalam air con. Aku rajin pakai pelembap. Sebab tu la kot jerawat besar2 bole tumbuh di pipi. Sampaikan mak Fizah bole tegur,tapi kat fizah la. Pastu tak taula lagi pasal ape. Tapi jerawat aku ni dah tumbuh memang adaaaaa la kat situ sampai dia hilang sendiri. Bukan tak ambik berat muka,tapi buntu nak buat ape. Tengok kat atas hidung kemek aku antara 2 mata aku tu kan ada satu. Berapa lama dah tu. Hurmm. Tapi dah surut la ni. Dah macam taik lalat pulak aku tengok. Kaler je lain.

Pastu T-zone aku pores dia agak kelihatan la. Aku rasa tak sampai tahap kritikal lagi tapi takut la. Buruk kot pores besar. Dahla memang tak lawa..-.-"

Satu ja pasal MCS ni. Ko kena banyak minum air. Baru detox lancar barula bole cantik. Tapi aku ni tak leh minum banyak sangat. Nanti minum dua gelas je gi toilet sampai 4kali. Toilet is jauh..-.-"

Orang kate mula2 je macam tu. Nanti dah lame ko takkan kerap sangat ke toilet. Tapi aku tak berani try. Takut tak dan dah...urm..Haha.

Kulit asal aku cerah la. Aku rasa kategori putih kuning kot. Ke kuning langsat. Takla putih sangat. Tapi nak classify sebagai sawo matang tak boleh. Orang cakap la kan bukan aku. Tapi kalau dalam adik beradik aku antara paling putih la. Mak cerah. Ayah ada kaler kopi sikit. Hehe

So matlamat aku takla nak cerah lagi. Cuma nak tona kulit sekata, pores kecik,tak kusam,bebas dari parut jerawat ni. Pastu leh masuk kategori cun la. Hehe. Masuk bakul angkat sendiri.

Kadang2 geram jugak dengan produk2 kat pasaran. Kan memang belambak. Pastu banyak testi sana sini. Ko sampai rambang mata. Tapi first aku try pun VCOA la. Pastu jumpa MCS. Tak kata produk ni bagus,produk tu tak bagus. Sebenarnya ikut orang semua ni. Kulit muka bukan same. Sebab tu Fizah dia gi specialist terus. Macam2 ubat gakla dia makan. Tapi dia makan jugak VCO I jual. Support kawan.hehe. Muka dia memang tak bermasalah. Cuma kengkadang la jerawat naik tetiba. Muka tegang gila pulak tu. Dulu sekolah dia gelap sikit. Sejak dia berevolusi menjadi kurus makin cerah dah dia. Banyak peminat tu.

Eh cite pasal fizah pulak. Hihi.

Masa aku makan VCOA, aku memang selalu haus. Tekak kering gila. Memang selalu 2botol 500ml tu gak la aku minum. Makan MCS nak rasa haus tu camna. Kan makan sebelum tido. Tapi aku memang selalu kalau terjaga malam aku minum air masak. Sebab tu botol air sentiasa ada dekat. Kalau bangun gi dapur amik jawabnye sejam 2jam la baru dapat tido balik. Bukan boleh aku ni.

So senang kata sendiri mau ingatla yang part minum air masak banyak tu. Aku okey ja minum air masak tapi antara banyak ngan tak banyak la. Kalau kat umah,semua orang ada. 4botol besar air dalam peti ais tu sat ja licin. Pastu diorang ni bukan reti nak letak luar botol kosong tu. Mak pun bebel. Tapi sebenarnya dalam kata lain kami ni tak la hero minum air manis2 ni. Padahal minum air sejuk pun bukan elok sangat kan. Hihi.

Adik aku yang kecik tu nampak aku makan aritu. Aku da warning dia takleh makan. Tapi aku bagila dia sebijik dua. Dia suka. Adik aku ni masa kecik dulu pernah habiskan sebotol vitamin minda macam Examo tu dalam beberapa minit. Kami sedar2 tengok botol da kosong. Padahal beria dah kami buh atas almari. Dia boleh panjat masa kami tak sedaq.

Satu ja la kesan yang aku nampak. Jerawat aku ni dia asal ada kesan dia akan dok tumbuh kat tempat yang sama. Tapi alhamdulillah takde dah. Tapi aku tak berani nak hepi sangat. Jerawat ni bukan bole tegur. Hehe.

So pada readers aku yang da makan,share la pengalaman korang pulak. Nak tau jugak camne korang jadi cantik. Plzzz.


No comments:

Post a Comment